Persoalan yang sering bermain di fikiran telah berjaya disusun menjadi kata, seterusnya membentuk ayat yang membolehkan ia mudah difahami. Telah ku ajukan juga soalan tersebut. Sekarang, aku hanya mengharapkan salah satu daripada 2 pilihan ini. Pertama - mesej ku itu dibalas dan soalan itu dijawab secara langsung olehnya (tidak kira cepat atau lambat kerana aku pasti dia sangat sibuk dengan tugasan memimbing ummah). Kedua - aku sendiri yang bakal menemukan sendiri jawapan kepada persoalan tersebut, melalui pembacaan buku - buku yang bermanfaat buatku atau melalui mujahadah, pengalaman, pemerhatian serta pengamatan.
10 down. 1 left. Then, I'll be free from SPM. yeay! :)
Selain berdoa, mari, kita bersangka baik dengan Nya. Dia Maha Tahu apa yang terbaik buat kita.
Sungguh, dia tidak memahami. Tetapi aku percaya, DIA yang Maha Tahu, lebih memahami diriku. Ampunilah dosa - dosaku, Ya Allah. Aku rasa menyesal atas perbuatanku. Rasa bersalah padaNya.
Aku tak tahu apa yang aku rasakan sekarang. Bercampur - baur. It's hard to describe. Kadang - kadang aku rasa aku tidak memahami diriku sendiri. Sungguh, aku betul - betul tak faham.
Mungkin 'hal itu' ujian-Nya buatku. Ujian yang bakal menjadikan aku lebih kuat. Lebih kuat daripada yang sebelumnya. Ujian yang bakal mengajar aku pelbagai perkara. Mungkin ujian - Nya itu adalah sebagai satu titik permulaan untukku berubah ke arah yang lebih baik. Aku percaya ujianNya itu adalah tanda sayangNya padaku. Dia tidak mahu aku jauh meninggalkanNya. Aku rasa berdosa dalam 'hal itu'. Aku leka dalam mempertahankan prinsip. Aku tidak tegas pada diriku sendiri. Aku tidak berhati - hati dalam 'hal itu'. Aku ego. Aku rasa aku mampu menjaga hatiku sendirian. Tapi, aku silap. Sungguh. Cukup besar kesalahanku itu. Sepatutnya aku perlu jaga hatiku itu sebaik - baiknya dengan bantuanNya, kerana tidak mungkin aku boleh menjaganya sendirian. Aku sangat - sangat perlu bantuanNya untuk menjaga hatiku.
Sudah aku jelaskan sebabnya. Kau boleh kongsi apa sahaja dengan rakan - rakan kau seperti mana kau pernah kongsikan pada diriku dahulu. Kau boleh, sebenarnya. Cuma kau yang tidak memulakannya dahulu. Aku tidak tahu apakah itu pendapatku atau itu hanya tuduhan melulu terhadap kau. Memang kau dan rakan - rakan kau yang lain itu berbeza. Kau istimewa. You're different, I know that. Aku juga berbeza dengan kau sebenarnya. Terlalu banyak perbezaan antara kita. Banyak.
Aku tidak mahu lagi 'hal itu' mengganggu fokusku. Aku perlu fokus sekarang. Masih banyak prioriti yang perlu aku tunaikan. Masih banyak amanah yang perlu aku tunaikan. Aku tidak mahu menghancurkan harapan kedua ibu bapa ku yang aku kira setinggi gunung. Sekali - kali tidak ! Aku tidak mahu mereka kecewa denganku. Biarlah mereka rasa bahagia denganku. Kerana mereka layak untuk berasa gembira denganku atas pengorbanan mereka membesarkan, mendidik & menjagaku.
Aku sangat berharap agar aku mampu jadi lebih kuat. Yang sudah, sudahlah. Yang lepas, biarkanlah ia berlalu. Jadikan ia sebagai satu pengajaran yang cukup untuk mengajar aku erti kehidupan. Tahun ini aku kira banyak sangat pengajaran hidup yang Dia beri padaku. Terima kasih Allah atas segala pengajaran tersebut. Bangkitlah. Segera bangkit apabila jatuh tersungkur. Aku perlu tunaikan seribu satu amanah, prioriti, impian dan cita - cita. Aku perlu gandakan usaha untuk capai kejayaan serta aku tidak perlu rasa bongkak, sombong, riya' & takabbur apabila berjaya kerana aku tahu, semua itu tidak mungkin dapat aku capai melainkan dengan izinNya jua.
Aku mohon bantuanMu Ya Allah. Pandanglah aku, hambaMu yang hina ini dengan pandangan rahmatMu yang sangat luas. Ampunilah segala dosa - dosaku, dosa mama ayahku, dosa guru - guruku & dosa semua rakan - rakanku. Terimalah segala amalanku. Kuatkanlah semangatku agar aku mampu menghadapi seribu satu macam ujian & mehnah kehidupan. Berkatilah pelajaranku, Ya Allah. Permudahkanlah segala urusan kami. Ya Allah, jadikanlah kami orang yang berjaya di dunia & di akhirat.
Rabbi yassir wala tua'ssir.
It's time to start it over again. As you are still breathing today, you still have the chance.
![]() |
| Di stesyen KTM Kajang. Menanti ketibaan keretapi. |
Mereka ke Dataran Merdeka berhimpun BERSIH, kami pula berziarah ke pesta buku di PWTC. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Pengalaman pertama outing bersama rakan2 di luar kawasan Kajang. Selaluya outing dengan adik. Terima kasih Mama & Ayah sebab mengizinkan. Jazakillah kak Nabilah & Ummi 'Asma yang menghantar & mengambil kami di stesyen KTM Kajang. Syukran Ili, Akashah & 'Asma yang sentiasa menceriakan suasana sepanjang perjalanan.
Sesekali, kami digamit rasa gerun pabila terlihat sekumpulan mereka yang berpakaian Kuning & bertulis BERSIH.Terdengar juga laungan & sorakan mereka dari dalam koc. Bimbang sesuatu yang tidak diingini berlaku. Syukur, tiada apa yang berlaku. Allah permudahkan segalanya. =')
Alhamdulillah. ='D ♥
![]() |
| Dalam perjalanan pulang ke rumah. =) |
p/s: First time outing dengan sahabat tersayang ♥ , first time keluar pakai pashmina (syukran Jehaada for that pashmina. It's lovely. I ♥ it), first time naik KTM ke PWTC, first time merasa keadaan dalam koc (yang ini buat aku rasa lucu sikit sbb katanya koc wanita hanya KHAS untuk wanita tetapi ada juga mereka yang tak faham bahasa berada di dalam koc wanita. Mereka jadi wanita sekejap katanya. Huh, macam - macam ragam) & BELAJAR DARIPADA PENGALAMAN. Allah lah sebaik - baik perancang. =')
♥
Teringat pada masa awal persekolahan tahun ini. Ketika itu saya dan sahabat bertukar - tukar cerita tentang keadaan kami di sekolah.
"Allah tahu Diyana mampu.", katanya untuk memberi semangat buat saya.
Pelbagai dugaan, cabaran dan rintangan yang telah dilalui sepanjang beberapa bulan awal persekolahan. Juga, saya bersyukur atas pelbagai nikmat - Nya.
Awal persekolahan saya diuji dengan kehilangan guru Bahasa Arab kerana beliau kini sedeng bertugas di SMK JLN 3. Alhamdulillah, pada awal bulan 3 yang lepas tempatnya telah diganti oleh seorang guru Bahasa Arab yang baru. Ustazah Raudadatul Adawiyah namanya. =)
SEKALI LAGI, kami sekelas diuji.Kami dapat tahu daripada guru Quran Sunnah kami, Ustazah Shamsiah, bahawa guru Bahasa Arab kami yang baru ini memang ada degree Bahasa Arab cumanya, dahulu Ustazah Adawiyah mengajar Pendidikan Islam sebelum dia ditugaskan untuk mengajar kami Bahasa Arab. Kiranya dia dah lama tinggalkan Bahasa Arab untuk ajar Pendidikan Islam. Benarlah apa yang telah diberitahu oleh Ustazah Shamsiah kepada kami apabila Ustazah Adawiyah sendiri ada mengulang perkara yang sama pada kelas pertamanya...
Mulanya, saya agak risau. Tetapi, pada kelas yang seterusnya, saya cuba memberi tumpuan sepenuhnya untuk memahami apa yang telah diajarkan di dalam kelas. Alhamdulillah, saya faham apa yang telah diajarkan oleh Ustazah Adawiyah. =)
Khamis lepas, kami sekelas telah diberi peringatan oleh Ustazah Shamsiah agar kami semua sentiasa menjaga adab semasa guru sedang mengajar. Kemudian, Ustazah Shamsiah memberitahu kami bahawa Ustazah Bahasa Arab kami rasa kurang senang dengan sikap segelintir daripada kami. Mengikut apa yang telah diceritakan oleh Ustazah Shamsiah, Ustazah Bahasa Arab kami rasa tersinggung dengan sikap segelintir daripada kami. Ada yang menerima teguran tersebut. Malah ada juga yang tidak boleh menerimanya. Tambah Ustazah Shamsiah lagi, guru bahasa arab kami itu perlu rujuk & banyak buat ulangkaji untuk memudahkan dia memahami silibus sebelum dia mengajar kami di dalam kelas. Guru bahasa Arab kami perlukan sokongan moral daripada kami semua.
Saya faham keadaan tersebut dan saya nampak usaha Ustazah Adawiyah. Ustazah sering membawa notanya sendiri ketika mengajar kami di dalam kelas. Maksudnya disini, saya nampak usaha ustazah yang belajar & membuat ulangkaji sendiri dahulu sebelum mengajar kami sekelas.
Rasa risau yang sekian lama menghilang muncul kembali. Aduh, apa yang perlu aku lakukan sekarang? Kadang - kadang, saya rasa macam tersepit di tengah - tengah situasi ini. Ada cikgu yang pesan begini (tentang ustazah arab), ada guru yang cakap macam ni, ada ustazah yang kata begitu.... Entahlah. Saya meluahkan rasa risau yang dialami kepada Ustazah Roshayati yang juga merupakan Ummi kepada sahabat baik saya apabila di tanya olehnya. Dia cuba memberi cadangan untuk saya menghadapi situasi ini,
"Awak baca dahulu sebelum Ustazah Adawiyah ajar. Buat ulangkaji sendiri dahulu sebelum kelas Arab. Awak minta tolong kawan - kawan yang pergi tusyen ajar apa yang mereka telah belajar. Mana yang pergi tusyen hari Ahad, hari Isnin tu awak minta mereka ajar di sekolah & mana yang pergi tusyen hari Rabu dengan Ustazah Anida, hari Khamis awak mintalah mereka ajar. Manfaatnya nanti, kamu semua sama - sama dapat. Dia jadi lebih faham & ingat dan awak pun dapat ilmunya juga."Setakat ini, langkah pertama yang telah saya ambil ialah menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas ketika guru sedang mengajar. Berusaha untuk menyiapkan kerja sekolah & nota dengan lebih awal. Langkah yang sedang saya rancangkan sekarang ialah meminta nota - nota tusyen Bahasa Arab daripada rakan - rakan yang hadiri kelas tusyen Bahasa Arab serta minta bantuan mereka ajarkan, cuba untuk rajinkan diri hafal mufradat semula, elakkan kerja sekolah yang tertangguh, buat ulangkaji sendiri sebelum kelas bermula, bantu rakan yang kurang faham dengan sabar dan cuba sempurnakan diri dengan adab dan akhlak ketika berurusan dengan para guru. =)
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”. - Surah Al Baqarah, ayat 286 -Oh ya, sebelum terlupa, langkah yang saya kira penting untuk diambil juga ialah, membuang segala pemikiran negatif yang ada. Jadilah orang yang sentiasa positif. Letakkan sepenuh pergantungan kita kepada Allah.
I choose to be optimistic, NOT pessimistic !
Ya Allah, permudahkanlah urusanku. =)
Before I start writing this post, I would love to share this post.
Ingat, perkongsian penceramah tadi. Allah tidak akan memberati seseorang dengan sesuatu yang tidak mampu dipikulnya. Sebesar mana pun masalah kita, pasti ada jalan penyelesaiannya. Rancang cara belajar dengan cara yang betul & berkesan. Kau pasti boleh !
Inspired by Novel Sinergi - saya mula memasang impian untuk melanjutkan pelajaran di Jordan =)
Ketika saya masih cuba menyesuaikan diri dalam beberapa perubahan besar ini, saya dapat rasa yang beberapa sisi yang baik daripada diri saya mula beransur hilang. Saya dapat rasakan itu di tengah - tengah kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan perubahan besar tersebut.
Emosi kerap kali terusik. Rasa tidak yakin dengan diri. Rasa putus asa yang selalu menjengah. Rasa susah sangat nak mulakan kebaikan. Rasa diri ini semakin jauh daripada Dia.
Untuk mengatasainya, saya meminta nasihat daripada beberapa orang sahabat yang saya percaya, mereka sudi mendengar & membantu. Cuba bergerak, berubah untuk mendapatkan beberapa sisi yang baik yang saya katakan hilang itu.
Dalam pada itu, Allah telah mengizinkan saya untuk melalui beberapa peristiwa. Peristiwa - peristiwa yang banyak memberi pengajaran.
Ada satu peristiwa yang saya kira paling bermakna. Peristiwa ini banyak mengajar saya. Mengajar erti sabar, cekal & tabah hadapi cabaran, kasih sayang kepada keluarga, kejujuran, hormat menghormati dan yang paling penting sekali, ia mengingatkan saya untuk lebih menjaga maruah diri. Ya, peristiwa ini sangat berkait rapat dengan maruah diri. Maruah keluarga yang saya sayangi. Juga maruah sebagai seorang hamba - Nya.
Peristiwa itu lah yang membuatkan saya berfikir sejenak - Mengapa jadi begini?. Cuba membayangkan, bagaimana perasaan mak ayah sekiranya saya melakukan perkara yang sama. Saya mula berjanji pada diri sendiri yang saya akan lebih menjaga maruah diri. Lebih menjaga diri. Elakkan ikhtilat. Hanya berhubung dengan lawan jenis sekiranya perlu sahaja. Tak perlulah nak jebakkan diri dalam masalah ikhtilat yang saya kira banyak buruknya. Tak tenang pun jika terlibat dengan ikhtilat. Lagi tambah masalah lagi ada. Sekali lagi, saya katakan pada diri saya - Tak payahlah kamu cari fasal dengan Allah. Kau hanya mengundang murka Nya.
Jadi, sebelum terlambat saya mahu ubah diri saya. ( I need to have an aim to achieve. I need a strategies to achieve it. A good one. Tak nak tangguh - tangguh lagi dah. I have to start now.)
Please Diyana, before it's too late, change! change! change!
Sebelum ia berakhir, berubahlah. =') - (please Diyana, jangan hanya tahu cakap. Buat. Laksanakan!)
Ya. Sebelum ia berakhir. Itu tajuk post yang saya letakkan pada post kali ini. Selesa dengan tajuk tersebut. Mudah.
Apa yang berakhir? Kehidupan? Tidak, itu bukan jawapan saya. Bukan kehidupan saya yang berakhir ketika ini. (kalau saat ini kehidupan saya telah berakhir, siapa pula yang menulis post kali ini pula kan? ^^) Kehidupan saya hanya akan berakhir dengan izin Allah. Apabla dia mengizinkannya, berakhirlah kehidupan saya di dunia ini. Tidak pasti akan bagaimana keadaan saya dalam hidup di alam seterusnya. Sungguh. Saya tidak pasti bagaimana keadaan saya nanti.
Apa yang berakhir?
- Kehidupan saya sepanjang tahun ini. Insya-Allah, jika diizinkan oleh Nya, saya akan meninggalkan tahun 2011, meneruskan kehidupan pada tahun 2012. Menginjak usia daripada 16 tahun ke 17 tahun. Tahun yang mencabar rasanya. Banyak tanggungjawab yang perlu dipikul. Banyak amanah buat saya yang perlu saya laksanakan dengan sebaik mungkin.
Sepanjang tahun ini - banyak pengalaman. Banyak peristiwa. Banyak kenangan pahit & manisnya. Dia telah mengizinkan saya bernafas sehingga masa kini. Dia juga telah mengizinkan saya melalui pelbagai peristiwa sepanjang tahun ini. Pelbagai peristiwa yang pastinya memerlukan kekuatan untuk melaluinya. Ada juga di antara peristiwa - peristiwa itu meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri.
Masih kemas dalam ingatan saya, betapa sukarnya melalui hari - hari persekolahan pada tahun ini. Satu perubahan yang besar. Berhadapan dengan emosi yang mudah terusik tanpa sebab yang jelas, subjek - subjek yang saya rasakan sangat berat untuk dihadam, berhadapan dengan rakan - rakan yang semuanya lebih baik akademiknya yang pada ketika itu saya nilai melalui keputusan peperiksaan kedua terbesar dalam hidup saya - PMR.
Secara jujurnya, selepas menerima keputusan peperiksaan itu yang mana kedua ibu bapa dan sahabat saya katakan pada saya "Bagus" itu, saya rasakan belum cukup bagus buat saya. Yang bermain - main di fikiran saya ketika itu hanyalah "mengapa ni? salah akukah?". Sangat merisaukan, bila Ayah saya kata, "kawan baik kakak tu dapat straight A. Mesti dia pergi mana - mana asrama lepas ni. Kesian lah kamu, keseorangan di sini." Ya, memang itulah yang saya fikirkan saat itu. Takut kehilangan sahabat seperjuangan yang rapat ketika itu. Namun, mujurlah. Syukur dia masih bersama, Alhamdulillah. Terasa pedih bila membandingkan keputusan saya dengan rakan yang saya anggap bukan saingan saya ketika itu. Pedih.
Syukur pada Allah, dia mengurniakan saya orang yang memahami saya. Mereka tidak putus - putus memberikan semangat buat saya. =') Sayang kalian ♥
Permulaan persekolahan, saya mengambil keputusan untuk mengambil aliran sains agama. Mama utarakan pendapatnya agar saya terus ambil subjek Bahasa Arab. Katanya, sangat rugi bila tinggalkan subjek itu. Sebab mama tahu, bahawa saya menggemari subjek itu. Rasa tidak yakin yang menjengah membuatkan saya meluahkan kepada mama yang saya takut tidak boleh bawa subjek - subjek sains & add math. Pada mulanya saya hanya merancang untuk mengambil aliran sastera. Tetapi dengan tambahan subjek Bahasa Arab. Ada juga rancangan ingin drop beberapa subjek. Saya utarakan rancangan tersebut pada mama. Mama hanya memberikan nasihat yang amat saya perlukan. Dia mahu saya fikirkan & buat keputusan yang terbaik. Namun, sekolah tidak membenarkan mana - mana pelajar mengambil subjek yang di luar daripada alirannya & drop mana - mana subjek yang ada dalam alirannya. Saya adukan hal ini pada jiran saya yang sudi mendengar luahan saya. (jiran saya ini seorang kaunselor sekolah, lagi mudah untuk dia faham rasanya. ^^ Tapi sekarang dia dah pindah) Jiran yang saya senang memanggilnya dengan panggilan Kak Chik, memberikan nasihat & semangat. Memberitahu apa rasionalnya sekolah melarang pelajarnya berbuat begitu. Juga memberikan beberapa cara & tips belajar untuk saya praktikkan. Dan dengan itu, saya nekad. Saya akan terus kekal dalam aliran ini. Aliran yang saya pilih dengan izin - Nya jua.
Ketika saya masih cuba menyesuaikan diri dalam beberapa perubahan besar ini, saya merasakan bahawa.......
- bersambung pada post seterusnya =')
I'm writing this post especially for you, readers & friends. =)
Soalan2 di Tag oleh sahabat saya. Terkejut juga sebenarnya. Betul ke ni? -_-' haha. So, as appreciating her, I'm decided to write this post.
The Questions are -
1- Warna favourite and why?
2- Perangai orang yang paling anda menyampah sekali. explain sikit.
3- Benda yang anda teringin nak buat tapi belum kesampaian.
4- Makanan yang anda rasa pelik
5- Favourite quote
6- Situasi di mana anda teringin nak terjun dari pokok tauge bangunan KLCC
7- Anda skema atau jenis yang suka rebel?
8- Asal perempuan suka gossip eh?
9- Kalau anda ada TIME MACHINE, anda teringin hidup di zaman mana?
10- 3 benda wajib bawa kalau keluar jalan - jalan.
11- Anda rasa pelik bila....
12- Binatang yang anda rasa comel / hensem
13- Ada bebelan khas buat pakcik / makcik yang gatal tag anda?
♥ Sila jawab soalan - soalan yang tidak berapa maut di atas
♥ Lepas itu, anda dikehendaki tag rakan anda yang ada blog dengan meletakkan link mereka di bawah.
Okay, let's start answering that questions. ♥
![]() |
| Laut & Awan. Credit to Google. =') |
- Kuasai add-maths & physic. Antara banyak - banyak subjek, 2 subjek inilah yang saya paling lemah sekali.
- Berubah menjadi orang yang baik - baik. Inilah yang saya rasa sukar sebab rasanya sudah banyak kali usaha ke arahnya menemui kegagalan.
- Berjaya dalam pelajaran & balas jasa Mama Ayah. Nak bawa mereka berdua menunaikan ibadah haji.
Peringatan buat diri - Usaha laksanakan apa yang ditulis. Jangan sekadar berdoa, berharap & tawakkal. Perlu adanya usaha. Tawakkal tanpa usaha & doa - itu tawakkal buta namanya itu.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” [Al-Baqarah: 216]
4th Quote - Did u know a story about Rabbit n Tortoise? In that story, Rabbit was so arrogant. The rabbit say that tortoise is so slow. To prove that he wasn't too slow, even he know that he walks slow, the tortoise challenged the rabbit for a race. The rabbit was too confident that he will win that race but finally, he failed. The tortoise wins. I may be the tortoise. The tortoise which never give up to strive for success! *self Quote*
![]() |
| Lagi satu. =') |
SOALAN KEENAM
- Situasi di mana anda teringin nak terjun dari
Bila berhadapan dengan jenis manusia yang saya cukup - cukup tidak suka. Tapi, bila berhadapan dengan orang sebegitu, tak bolehlah kita kita ambil keputusan untuk terjun bangunan. Kena hadapi dengan matang. Kamu kan dah besar? =)
SOALAN KETUJUH
- Anda skema atau jenis yang suka rebel?
Bergantung pada keadaan. Ada masanya saya skema. Ada juga masanya saya perlu rebel. Rebel pada situasi yang memerlukan saya untuk rebel. Rebel pada perkara yang mungkar, pada saya tidak salah. ^^
SOALAN KELAPAN
- Asal perempuan suka gossip eh?
Entah. Sebagai hiburan rasanya.
SOALAN KESEMBILAN
- Kalau anda ada TIME MACHINE, anda teringin hidup di zaman mana?
Teringin nak hidup pada zaman :-
Zaman Rasulullah & para sahabatnya. Zaman itu para sahabat taat pada perintah Allah & Rasul - Nya. Juga zaman pemerintahan Sultan Muhammad Al - Fateh. Pemerintahnya sebaik - baik pemerintah, tenteranya & rakyatnya juga sebaik - baik tentera serta sebaik - baik rakyat.
SOALAN KESEPULUH
- 3 benda wajib bawa kalau keluar jalan - jalan.
- Hand-phone
- Dompet
- Novel [kalau teringat, hehe]
SOALAN KESEBELAS
- Anda rasa pelik bila....
Bila ada orang cuba kaitkan orang yang tidak bersalah dengan onar yang dia sendiri lakukan dengan kerelaan hatinya. Tapi bila dah tertangkap / ada orang tahu tentang onar yang dia sendiri lakukan, dia cuba tabur fitnah. Dan dalam fitnahnya itu, dia kaitkan orang yang tidak bersalah dalam fitnahnya.
SOALAN KEDUA BELAS
- Binatang yang anda rasa comel / hensem
- KUCING
![]() |
| Scottish fold. |
SOALAN TERAKHIR.
- Ada bebelan khas buat pakcik / makcik yang gatal tag anda?
Ada. Terima kasih sebab tag kita, awak. - Sesiapa yang tidak berterima kasih dalam perkara kecil, maka dia tidak tahu berterima kasih dalam perkara yang banyak. Sesiapa yang tidak tahu berterima kasih kepada manusia, maka dia tidak berterima kasih kepada Allah. - Sabda Nabi.
Ada bebelan khas buat awak, -> Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah. Semulia - mulia manusia ialah yang mempunyai adab, merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan berikap adil ketika kuat. - Khalifah Abdul Malik Marwan.
Saya mahu tag kepada Amira Rahim, Syuhada, Yasmin, Kak Shahirah, Atikah, Helena & Aisyah [maaf sebab kita x jumpa link blog awak] =')
I'm watching this movie, Paradise Now (الجنة الأن) last night. An Arabic movie. It's easy to understand the movie. Based on the summary and of course, the subtitle. hehe.
The Summary, based on Wikipedia.
Paradise Now (Arabic: الجنّة الآن) is a 2005 film directed by Hany Abu-Assad about twoPalestinian men preparing for a suicide attack in Israel. It won a Golden Globe for best foreign language film and was nominated for an Academy Award in the same category.
Program Imtiyaz Sahsiah.
SMK Engku Husain.
15 & 16 NOV 2011
=)
Should I go for it? I'm not sure, but I need it. For myself. For Him, Insha-Allah. Aku perlu seimbangkan antara keperluan jasmani & rohani. Juga, ttik permulaan untuk ku terus melaksanakan perubahan. Hanya kerana-Nya, Insha-Allah. =)
Ya Allah, permudahkanlah urusanku, tetapkanlah hatiku, bantulah aku.
p/s: Tanyakan kembali kepada dirimu, Di mana niatmu yang kau katakan kerana Allah?
This conversation is between a mother and her obedient daughter....
Daughter: Mama, which one is Cik Yam?
Mother: That one is her.
Daughter: Which one mom?
Mother: That one. The lady which is wearing a red blouse.
Daughter: oh...., that one... Now, her daughter is studying abroad right?
Mother: Yes. Her daughter...
Daughter: Waaah ! How clever she is!... Where she is now?
Mother: erm..., Jordan, perhaps. I'm not sure... Someone told me about it. But, I'm forgot...hehe..
Daughter : oh, It's okay ma... I'm jealous with her ! I wonder how much effort did she do for her SPM examination. I want to get a good result. That will make me easier to further my studies abroad. Just like her. =)
Mother: First, I want you to do your very best to get a good result. That's really important. Then, It 'll be easier for you to further your studies. Kakak, I think it is better for you to further your studies here. It easier for me to visit you when I have the time & during your hard times. It's easy for you to visit us during your holiday. Another reason is, I'm afraid that something happens when you're studying abroad. Like Egypt. You know, what had happened to Egypt, right? Perhaps, you know it better than me.
Daughter : But Ma, Egypt is now safe.
Mother : I know that. Kakak, you know that when a country is in chaos, it will provide a unsafe situation for a student. It makes you to leave the country as soon as possible even you don't want it. It will disturb your studies. Hence, It is worst when you can't continue the studies there because of the chaos. You had to come back here, leave the things there and you had to continue your studies here. It takes a long time for you to finish your studies. I don't want it to happen to you, my dear. I don't. I want the best for you, my dear.
Daughter: Jordan is still safe, Ma....
Mother: Abroad or here it doesn't matter my dear. As long as you want to study. Your niat. That's important. Really important. Thus, I need you to always be here. =)
Daughter : Okay... please pray the best for me, Ma...=)
Mother : Yes, my dear. Always!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Okay, let's start. Actually, the conversation happens between my mom & I. A couple days before, Fathin say's that she is aiming to study abroad. Same with Ilham. During the assembly, the principle encourage all students to aim studying abroad. Congratulation to Kak Hidayah ! She managed to get a good results in her SPM examination. Now, she's studying in Egypt in medic course. I'm proud of her.
Last Friday, as I was accompanying Fathin to see the principle, Again. She did talked to us about further the studies abroad. The pride was there. She says that, " Both of you or one of you can make it. Be the one of them. If they can, why wouldn't you. In fact, you can make it better than them ! "
That time, I was encouraged by her for aiming studying abroad. But, I was thinking twice before aiming studying abroad. I was like..." why everyone is talking about studying abroad?! Does it too bad when you're just aiming to further your studies here?... It still the same, right? Further your studies. It still study. I know that the experience is totally different, but It's still an experience, right? No one in this world have the same experience, right? Everyone has it's own experience. " Yes, I know that some of you will say no for these statement, but it is only my opinion. I'm not going to force you or anyone to take it as your guideline when you are setting your goal.
The pictures above shows my today's status. Nisa is confidently says that studying abroad is better. Zalikha comments that I need to do a lot of Istikharah. Jehaada comments is " Jordan"... I think that I know what she is trying to say...
I'm confused. I want to further my studies abroad but my mum doesn't want to.
I'm still thinking of it. I'll leave it to Allah. It doesn't mean that I'm not going to care about my studies anymore. For now, I'll put my efforts more & let Him to decide it for me. He knows what's the best for all of us.
I'm really hopes the decision that He'll do for me will satisfy everyone. Have faith, Diyana !. He knows better. He is the All - Knowing. =)
Assalamualaikum. Peace be upon to you. Hi!
We went to the cinema to watch them.
![]() |
| Smurfs =) |
![]() |
| You guys are awesome ! =) |
![]() |
| You are so clumsy ! Clumsy. hihi =) |

![]() |
| Smurfette. The only female smurf. Actually, smurfette is created by Gargamel for his notorious intention. But, luckily, Papa managed to save Smurfette. |
![]() |
| The six of them. Clumsy, Grouchy, Papa Smurf, Smurfette, Gutsy, and Brainy. |
Tuesday, December 18, 2012
Puas.
Tuesday, December 4, 2012
I Will Be Free. Soon.
Selain berdoa, mari, kita bersangka baik dengan Nya. Dia Maha Tahu apa yang terbaik buat kita.
Saturday, November 3, 2012
The Past. My Wish & Hopes For The Future.
Sungguh, dia tidak memahami. Tetapi aku percaya, DIA yang Maha Tahu, lebih memahami diriku. Ampunilah dosa - dosaku, Ya Allah. Aku rasa menyesal atas perbuatanku. Rasa bersalah padaNya.
Aku tak tahu apa yang aku rasakan sekarang. Bercampur - baur. It's hard to describe. Kadang - kadang aku rasa aku tidak memahami diriku sendiri. Sungguh, aku betul - betul tak faham.
Mungkin 'hal itu' ujian-Nya buatku. Ujian yang bakal menjadikan aku lebih kuat. Lebih kuat daripada yang sebelumnya. Ujian yang bakal mengajar aku pelbagai perkara. Mungkin ujian - Nya itu adalah sebagai satu titik permulaan untukku berubah ke arah yang lebih baik. Aku percaya ujianNya itu adalah tanda sayangNya padaku. Dia tidak mahu aku jauh meninggalkanNya. Aku rasa berdosa dalam 'hal itu'. Aku leka dalam mempertahankan prinsip. Aku tidak tegas pada diriku sendiri. Aku tidak berhati - hati dalam 'hal itu'. Aku ego. Aku rasa aku mampu menjaga hatiku sendirian. Tapi, aku silap. Sungguh. Cukup besar kesalahanku itu. Sepatutnya aku perlu jaga hatiku itu sebaik - baiknya dengan bantuanNya, kerana tidak mungkin aku boleh menjaganya sendirian. Aku sangat - sangat perlu bantuanNya untuk menjaga hatiku.
Sudah aku jelaskan sebabnya. Kau boleh kongsi apa sahaja dengan rakan - rakan kau seperti mana kau pernah kongsikan pada diriku dahulu. Kau boleh, sebenarnya. Cuma kau yang tidak memulakannya dahulu. Aku tidak tahu apakah itu pendapatku atau itu hanya tuduhan melulu terhadap kau. Memang kau dan rakan - rakan kau yang lain itu berbeza. Kau istimewa. You're different, I know that. Aku juga berbeza dengan kau sebenarnya. Terlalu banyak perbezaan antara kita. Banyak.
Aku tidak mahu lagi 'hal itu' mengganggu fokusku. Aku perlu fokus sekarang. Masih banyak prioriti yang perlu aku tunaikan. Masih banyak amanah yang perlu aku tunaikan. Aku tidak mahu menghancurkan harapan kedua ibu bapa ku yang aku kira setinggi gunung. Sekali - kali tidak ! Aku tidak mahu mereka kecewa denganku. Biarlah mereka rasa bahagia denganku. Kerana mereka layak untuk berasa gembira denganku atas pengorbanan mereka membesarkan, mendidik & menjagaku.
Aku sangat berharap agar aku mampu jadi lebih kuat. Yang sudah, sudahlah. Yang lepas, biarkanlah ia berlalu. Jadikan ia sebagai satu pengajaran yang cukup untuk mengajar aku erti kehidupan. Tahun ini aku kira banyak sangat pengajaran hidup yang Dia beri padaku. Terima kasih Allah atas segala pengajaran tersebut. Bangkitlah. Segera bangkit apabila jatuh tersungkur. Aku perlu tunaikan seribu satu amanah, prioriti, impian dan cita - cita. Aku perlu gandakan usaha untuk capai kejayaan serta aku tidak perlu rasa bongkak, sombong, riya' & takabbur apabila berjaya kerana aku tahu, semua itu tidak mungkin dapat aku capai melainkan dengan izinNya jua.
Aku mohon bantuanMu Ya Allah. Pandanglah aku, hambaMu yang hina ini dengan pandangan rahmatMu yang sangat luas. Ampunilah segala dosa - dosaku, dosa mama ayahku, dosa guru - guruku & dosa semua rakan - rakanku. Terimalah segala amalanku. Kuatkanlah semangatku agar aku mampu menghadapi seribu satu macam ujian & mehnah kehidupan. Berkatilah pelajaranku, Ya Allah. Permudahkanlah segala urusan kami. Ya Allah, jadikanlah kami orang yang berjaya di dunia & di akhirat.
Rabbi yassir wala tua'ssir.
Saturday, May 12, 2012
It's Time =')
Saturday, April 28, 2012
- Bersih - PESTA BUKU 2012 - ♥
![]() |
| Di stesyen KTM Kajang. Menanti ketibaan keretapi. |
Mereka ke Dataran Merdeka berhimpun BERSIH, kami pula berziarah ke pesta buku di PWTC. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Pengalaman pertama outing bersama rakan2 di luar kawasan Kajang. Selaluya outing dengan adik. Terima kasih Mama & Ayah sebab mengizinkan. Jazakillah kak Nabilah & Ummi 'Asma yang menghantar & mengambil kami di stesyen KTM Kajang. Syukran Ili, Akashah & 'Asma yang sentiasa menceriakan suasana sepanjang perjalanan.
Sesekali, kami digamit rasa gerun pabila terlihat sekumpulan mereka yang berpakaian Kuning & bertulis BERSIH.Terdengar juga laungan & sorakan mereka dari dalam koc. Bimbang sesuatu yang tidak diingini berlaku. Syukur, tiada apa yang berlaku. Allah permudahkan segalanya. =')
Alhamdulillah. ='D ♥
![]() |
| Dalam perjalanan pulang ke rumah. =) |
p/s: First time outing dengan sahabat tersayang ♥ , first time keluar pakai pashmina (syukran Jehaada for that pashmina. It's lovely. I ♥ it), first time naik KTM ke PWTC, first time merasa keadaan dalam koc (yang ini buat aku rasa lucu sikit sbb katanya koc wanita hanya KHAS untuk wanita tetapi ada juga mereka yang tak faham bahasa berada di dalam koc wanita. Mereka jadi wanita sekejap katanya. Huh, macam - macam ragam) & BELAJAR DARIPADA PENGALAMAN. Allah lah sebaik - baik perancang. =')
♥
Saturday, March 10, 2012
Dia Tahu Aku Mampu. ♥
"Allah tahu Diyana mampu.", katanya untuk memberi semangat buat saya.
Pelbagai dugaan, cabaran dan rintangan yang telah dilalui sepanjang beberapa bulan awal persekolahan. Juga, saya bersyukur atas pelbagai nikmat - Nya.
Awal persekolahan saya diuji dengan kehilangan guru Bahasa Arab kerana beliau kini sedeng bertugas di SMK JLN 3. Alhamdulillah, pada awal bulan 3 yang lepas tempatnya telah diganti oleh seorang guru Bahasa Arab yang baru. Ustazah Raudadatul Adawiyah namanya. =)
SEKALI LAGI, kami sekelas diuji.Kami dapat tahu daripada guru Quran Sunnah kami, Ustazah Shamsiah, bahawa guru Bahasa Arab kami yang baru ini memang ada degree Bahasa Arab cumanya, dahulu Ustazah Adawiyah mengajar Pendidikan Islam sebelum dia ditugaskan untuk mengajar kami Bahasa Arab. Kiranya dia dah lama tinggalkan Bahasa Arab untuk ajar Pendidikan Islam. Benarlah apa yang telah diberitahu oleh Ustazah Shamsiah kepada kami apabila Ustazah Adawiyah sendiri ada mengulang perkara yang sama pada kelas pertamanya...
Mulanya, saya agak risau. Tetapi, pada kelas yang seterusnya, saya cuba memberi tumpuan sepenuhnya untuk memahami apa yang telah diajarkan di dalam kelas. Alhamdulillah, saya faham apa yang telah diajarkan oleh Ustazah Adawiyah. =)
Khamis lepas, kami sekelas telah diberi peringatan oleh Ustazah Shamsiah agar kami semua sentiasa menjaga adab semasa guru sedang mengajar. Kemudian, Ustazah Shamsiah memberitahu kami bahawa Ustazah Bahasa Arab kami rasa kurang senang dengan sikap segelintir daripada kami. Mengikut apa yang telah diceritakan oleh Ustazah Shamsiah, Ustazah Bahasa Arab kami rasa tersinggung dengan sikap segelintir daripada kami. Ada yang menerima teguran tersebut. Malah ada juga yang tidak boleh menerimanya. Tambah Ustazah Shamsiah lagi, guru bahasa arab kami itu perlu rujuk & banyak buat ulangkaji untuk memudahkan dia memahami silibus sebelum dia mengajar kami di dalam kelas. Guru bahasa Arab kami perlukan sokongan moral daripada kami semua.
Saya faham keadaan tersebut dan saya nampak usaha Ustazah Adawiyah. Ustazah sering membawa notanya sendiri ketika mengajar kami di dalam kelas. Maksudnya disini, saya nampak usaha ustazah yang belajar & membuat ulangkaji sendiri dahulu sebelum mengajar kami sekelas.
Rasa risau yang sekian lama menghilang muncul kembali. Aduh, apa yang perlu aku lakukan sekarang? Kadang - kadang, saya rasa macam tersepit di tengah - tengah situasi ini. Ada cikgu yang pesan begini (tentang ustazah arab), ada guru yang cakap macam ni, ada ustazah yang kata begitu.... Entahlah. Saya meluahkan rasa risau yang dialami kepada Ustazah Roshayati yang juga merupakan Ummi kepada sahabat baik saya apabila di tanya olehnya. Dia cuba memberi cadangan untuk saya menghadapi situasi ini,
"Awak baca dahulu sebelum Ustazah Adawiyah ajar. Buat ulangkaji sendiri dahulu sebelum kelas Arab. Awak minta tolong kawan - kawan yang pergi tusyen ajar apa yang mereka telah belajar. Mana yang pergi tusyen hari Ahad, hari Isnin tu awak minta mereka ajar di sekolah & mana yang pergi tusyen hari Rabu dengan Ustazah Anida, hari Khamis awak mintalah mereka ajar. Manfaatnya nanti, kamu semua sama - sama dapat. Dia jadi lebih faham & ingat dan awak pun dapat ilmunya juga."Setakat ini, langkah pertama yang telah saya ambil ialah menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas ketika guru sedang mengajar. Berusaha untuk menyiapkan kerja sekolah & nota dengan lebih awal. Langkah yang sedang saya rancangkan sekarang ialah meminta nota - nota tusyen Bahasa Arab daripada rakan - rakan yang hadiri kelas tusyen Bahasa Arab serta minta bantuan mereka ajarkan, cuba untuk rajinkan diri hafal mufradat semula, elakkan kerja sekolah yang tertangguh, buat ulangkaji sendiri sebelum kelas bermula, bantu rakan yang kurang faham dengan sabar dan cuba sempurnakan diri dengan adab dan akhlak ketika berurusan dengan para guru. =)
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”. - Surah Al Baqarah, ayat 286 -Oh ya, sebelum terlupa, langkah yang saya kira penting untuk diambil juga ialah, membuang segala pemikiran negatif yang ada. Jadilah orang yang sentiasa positif. Letakkan sepenuh pergantungan kita kepada Allah.
I choose to be optimistic, NOT pessimistic !
Ya Allah, permudahkanlah urusanku. =)
Monday, February 13, 2012
Saya Pelajar Cemerlang SPM. !
InsyaAllah.
11 A+ dalam genggaman. InsyaAllah.
Ya Allah, Izinkanlah. =')
Amin.
Friday, February 3, 2012
Appreciate ♥
Monday, January 30, 2012
Aku Janji SPM & PMR.
Ingat, perkongsian penceramah tadi. Allah tidak akan memberati seseorang dengan sesuatu yang tidak mampu dipikulnya. Sebesar mana pun masalah kita, pasti ada jalan penyelesaiannya. Rancang cara belajar dengan cara yang betul & berkesan. Kau pasti boleh !
Sunday, January 29, 2012
Menjelang Aku Janji.
Inspired by Novel Sinergi - saya mula memasang impian untuk melanjutkan pelajaran di Jordan =)
Thursday, December 29, 2011
Sebelum Ia Berakhir - Akhir
Emosi kerap kali terusik. Rasa tidak yakin dengan diri. Rasa putus asa yang selalu menjengah. Rasa susah sangat nak mulakan kebaikan. Rasa diri ini semakin jauh daripada Dia.
Untuk mengatasainya, saya meminta nasihat daripada beberapa orang sahabat yang saya percaya, mereka sudi mendengar & membantu. Cuba bergerak, berubah untuk mendapatkan beberapa sisi yang baik yang saya katakan hilang itu.
Dalam pada itu, Allah telah mengizinkan saya untuk melalui beberapa peristiwa. Peristiwa - peristiwa yang banyak memberi pengajaran.
Ada satu peristiwa yang saya kira paling bermakna. Peristiwa ini banyak mengajar saya. Mengajar erti sabar, cekal & tabah hadapi cabaran, kasih sayang kepada keluarga, kejujuran, hormat menghormati dan yang paling penting sekali, ia mengingatkan saya untuk lebih menjaga maruah diri. Ya, peristiwa ini sangat berkait rapat dengan maruah diri. Maruah keluarga yang saya sayangi. Juga maruah sebagai seorang hamba - Nya.
Peristiwa itu lah yang membuatkan saya berfikir sejenak - Mengapa jadi begini?. Cuba membayangkan, bagaimana perasaan mak ayah sekiranya saya melakukan perkara yang sama. Saya mula berjanji pada diri sendiri yang saya akan lebih menjaga maruah diri. Lebih menjaga diri. Elakkan ikhtilat. Hanya berhubung dengan lawan jenis sekiranya perlu sahaja. Tak perlulah nak jebakkan diri dalam masalah ikhtilat yang saya kira banyak buruknya. Tak tenang pun jika terlibat dengan ikhtilat. Lagi tambah masalah lagi ada. Sekali lagi, saya katakan pada diri saya - Tak payahlah kamu cari fasal dengan Allah. Kau hanya mengundang murka Nya.
Jadi, sebelum terlambat saya mahu ubah diri saya. ( I need to have an aim to achieve. I need a strategies to achieve it. A good one. Tak nak tangguh - tangguh lagi dah. I have to start now.)
Please Diyana, before it's too late, change! change! change!
Sebelum ia berakhir, berubahlah. =') - (please Diyana, jangan hanya tahu cakap. Buat. Laksanakan!)
Sebelum Ia Berakhir 1.
Apa yang berakhir? Kehidupan? Tidak, itu bukan jawapan saya. Bukan kehidupan saya yang berakhir ketika ini. (kalau saat ini kehidupan saya telah berakhir, siapa pula yang menulis post kali ini pula kan? ^^) Kehidupan saya hanya akan berakhir dengan izin Allah. Apabla dia mengizinkannya, berakhirlah kehidupan saya di dunia ini. Tidak pasti akan bagaimana keadaan saya dalam hidup di alam seterusnya. Sungguh. Saya tidak pasti bagaimana keadaan saya nanti.
Apa yang berakhir?
- Kehidupan saya sepanjang tahun ini. Insya-Allah, jika diizinkan oleh Nya, saya akan meninggalkan tahun 2011, meneruskan kehidupan pada tahun 2012. Menginjak usia daripada 16 tahun ke 17 tahun. Tahun yang mencabar rasanya. Banyak tanggungjawab yang perlu dipikul. Banyak amanah buat saya yang perlu saya laksanakan dengan sebaik mungkin.
Sepanjang tahun ini - banyak pengalaman. Banyak peristiwa. Banyak kenangan pahit & manisnya. Dia telah mengizinkan saya bernafas sehingga masa kini. Dia juga telah mengizinkan saya melalui pelbagai peristiwa sepanjang tahun ini. Pelbagai peristiwa yang pastinya memerlukan kekuatan untuk melaluinya. Ada juga di antara peristiwa - peristiwa itu meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri.
Masih kemas dalam ingatan saya, betapa sukarnya melalui hari - hari persekolahan pada tahun ini. Satu perubahan yang besar. Berhadapan dengan emosi yang mudah terusik tanpa sebab yang jelas, subjek - subjek yang saya rasakan sangat berat untuk dihadam, berhadapan dengan rakan - rakan yang semuanya lebih baik akademiknya yang pada ketika itu saya nilai melalui keputusan peperiksaan kedua terbesar dalam hidup saya - PMR.
Secara jujurnya, selepas menerima keputusan peperiksaan itu yang mana kedua ibu bapa dan sahabat saya katakan pada saya "Bagus" itu, saya rasakan belum cukup bagus buat saya. Yang bermain - main di fikiran saya ketika itu hanyalah "mengapa ni? salah akukah?". Sangat merisaukan, bila Ayah saya kata, "kawan baik kakak tu dapat straight A. Mesti dia pergi mana - mana asrama lepas ni. Kesian lah kamu, keseorangan di sini." Ya, memang itulah yang saya fikirkan saat itu. Takut kehilangan sahabat seperjuangan yang rapat ketika itu. Namun, mujurlah. Syukur dia masih bersama, Alhamdulillah. Terasa pedih bila membandingkan keputusan saya dengan rakan yang saya anggap bukan saingan saya ketika itu. Pedih.
Syukur pada Allah, dia mengurniakan saya orang yang memahami saya. Mereka tidak putus - putus memberikan semangat buat saya. =') Sayang kalian ♥
Permulaan persekolahan, saya mengambil keputusan untuk mengambil aliran sains agama. Mama utarakan pendapatnya agar saya terus ambil subjek Bahasa Arab. Katanya, sangat rugi bila tinggalkan subjek itu. Sebab mama tahu, bahawa saya menggemari subjek itu. Rasa tidak yakin yang menjengah membuatkan saya meluahkan kepada mama yang saya takut tidak boleh bawa subjek - subjek sains & add math. Pada mulanya saya hanya merancang untuk mengambil aliran sastera. Tetapi dengan tambahan subjek Bahasa Arab. Ada juga rancangan ingin drop beberapa subjek. Saya utarakan rancangan tersebut pada mama. Mama hanya memberikan nasihat yang amat saya perlukan. Dia mahu saya fikirkan & buat keputusan yang terbaik. Namun, sekolah tidak membenarkan mana - mana pelajar mengambil subjek yang di luar daripada alirannya & drop mana - mana subjek yang ada dalam alirannya. Saya adukan hal ini pada jiran saya yang sudi mendengar luahan saya. (jiran saya ini seorang kaunselor sekolah, lagi mudah untuk dia faham rasanya. ^^ Tapi sekarang dia dah pindah) Jiran yang saya senang memanggilnya dengan panggilan Kak Chik, memberikan nasihat & semangat. Memberitahu apa rasionalnya sekolah melarang pelajarnya berbuat begitu. Juga memberikan beberapa cara & tips belajar untuk saya praktikkan. Dan dengan itu, saya nekad. Saya akan terus kekal dalam aliran ini. Aliran yang saya pilih dengan izin - Nya jua.
Ketika saya masih cuba menyesuaikan diri dalam beberapa perubahan besar ini, saya merasakan bahawa.......
- bersambung pada post seterusnya =')
Friday, December 23, 2011
Tagged - By My Best Friend =')
Soalan2 di Tag oleh sahabat saya. Terkejut juga sebenarnya. Betul ke ni? -_-' haha. So, as appreciating her, I'm decided to write this post.
The Questions are -
1- Warna favourite and why?
2- Perangai orang yang paling anda menyampah sekali. explain sikit.
3- Benda yang anda teringin nak buat tapi belum kesampaian.
4- Makanan yang anda rasa pelik
5- Favourite quote
6- Situasi di mana anda teringin nak terjun dari
7- Anda skema atau jenis yang suka rebel?
8- Asal perempuan suka gossip eh?
9- Kalau anda ada TIME MACHINE, anda teringin hidup di zaman mana?
10- 3 benda wajib bawa kalau keluar jalan - jalan.
11- Anda rasa pelik bila....
12- Binatang yang anda rasa comel / hensem
13- Ada bebelan khas buat pakcik / makcik yang gatal tag anda?
♥ Sila jawab soalan - soalan yang tidak berapa maut di atas
♥ Lepas itu, anda dikehendaki tag rakan anda yang ada blog dengan meletakkan link mereka di bawah.
Okay, let's start answering that questions. ♥
![]() |
| Laut & Awan. Credit to Google. =') |
- Kuasai add-maths & physic. Antara banyak - banyak subjek, 2 subjek inilah yang saya paling lemah sekali.
- Berubah menjadi orang yang baik - baik. Inilah yang saya rasa sukar sebab rasanya sudah banyak kali usaha ke arahnya menemui kegagalan.
- Berjaya dalam pelajaran & balas jasa Mama Ayah. Nak bawa mereka berdua menunaikan ibadah haji.
Peringatan buat diri - Usaha laksanakan apa yang ditulis. Jangan sekadar berdoa, berharap & tawakkal. Perlu adanya usaha. Tawakkal tanpa usaha & doa - itu tawakkal buta namanya itu.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” [Al-Baqarah: 216]
4th Quote - Did u know a story about Rabbit n Tortoise? In that story, Rabbit was so arrogant. The rabbit say that tortoise is so slow. To prove that he wasn't too slow, even he know that he walks slow, the tortoise challenged the rabbit for a race. The rabbit was too confident that he will win that race but finally, he failed. The tortoise wins. I may be the tortoise. The tortoise which never give up to strive for success! *self Quote*
![]() |
| Lagi satu. =') |
SOALAN KEENAM
- Situasi di mana anda teringin nak terjun dari
Bila berhadapan dengan jenis manusia yang saya cukup - cukup tidak suka. Tapi, bila berhadapan dengan orang sebegitu, tak bolehlah kita kita ambil keputusan untuk terjun bangunan. Kena hadapi dengan matang. Kamu kan dah besar? =)
SOALAN KETUJUH
- Anda skema atau jenis yang suka rebel?
Bergantung pada keadaan. Ada masanya saya skema. Ada juga masanya saya perlu rebel. Rebel pada situasi yang memerlukan saya untuk rebel. Rebel pada perkara yang mungkar, pada saya tidak salah. ^^
SOALAN KELAPAN
- Asal perempuan suka gossip eh?
Entah. Sebagai hiburan rasanya.
SOALAN KESEMBILAN
- Kalau anda ada TIME MACHINE, anda teringin hidup di zaman mana?
Teringin nak hidup pada zaman :-
Zaman Rasulullah & para sahabatnya. Zaman itu para sahabat taat pada perintah Allah & Rasul - Nya. Juga zaman pemerintahan Sultan Muhammad Al - Fateh. Pemerintahnya sebaik - baik pemerintah, tenteranya & rakyatnya juga sebaik - baik tentera serta sebaik - baik rakyat.
SOALAN KESEPULUH
- 3 benda wajib bawa kalau keluar jalan - jalan.
- Hand-phone
- Dompet
- Novel [kalau teringat, hehe]
SOALAN KESEBELAS
- Anda rasa pelik bila....
Bila ada orang cuba kaitkan orang yang tidak bersalah dengan onar yang dia sendiri lakukan dengan kerelaan hatinya. Tapi bila dah tertangkap / ada orang tahu tentang onar yang dia sendiri lakukan, dia cuba tabur fitnah. Dan dalam fitnahnya itu, dia kaitkan orang yang tidak bersalah dalam fitnahnya.
SOALAN KEDUA BELAS
- Binatang yang anda rasa comel / hensem
- KUCING
![]() |
| Scottish fold. |
SOALAN TERAKHIR.
- Ada bebelan khas buat pakcik / makcik yang gatal tag anda?
Ada. Terima kasih sebab tag kita, awak. - Sesiapa yang tidak berterima kasih dalam perkara kecil, maka dia tidak tahu berterima kasih dalam perkara yang banyak. Sesiapa yang tidak tahu berterima kasih kepada manusia, maka dia tidak berterima kasih kepada Allah. - Sabda Nabi.
Ada bebelan khas buat awak, -> Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah. Semulia - mulia manusia ialah yang mempunyai adab, merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan berikap adil ketika kuat. - Khalifah Abdul Malik Marwan.
Saya mahu tag kepada Amira Rahim, Syuhada, Yasmin, Kak Shahirah, Atikah, Helena & Aisyah [maaf sebab kita x jumpa link blog awak] =')
Monday, November 21, 2011
Paradise Now (الجنة الأن)
I'm watching this movie, Paradise Now (الجنة الأن) last night. An Arabic movie. It's easy to understand the movie. Based on the summary and of course, the subtitle. hehe.
The Summary, based on Wikipedia.
Paradise Now (Arabic: الجنّة الآن) is a 2005 film directed by Hany Abu-Assad about twoPalestinian men preparing for a suicide attack in Israel. It won a Golden Globe for best foreign language film and was nominated for an Academy Award in the same category.
Tuesday, November 15, 2011
A Day Before.
SMK Engku Husain.
15 & 16 NOV 2011
=)
Should I go for it? I'm not sure, but I need it. For myself. For Him, Insha-Allah. Aku perlu seimbangkan antara keperluan jasmani & rohani. Juga, ttik permulaan untuk ku terus melaksanakan perubahan. Hanya kerana-Nya, Insha-Allah. =)
Ya Allah, permudahkanlah urusanku, tetapkanlah hatiku, bantulah aku.
p/s: Tanyakan kembali kepada dirimu, Di mana niatmu yang kau katakan kerana Allah?
Friday, October 28, 2011
Wednesday, October 5, 2011
Abroad or Here?...Which one is better? :)
This conversation is between a mother and her obedient daughter....
Daughter: Mama, which one is Cik Yam?
Mother: That one is her.
Daughter: Which one mom?
Mother: That one. The lady which is wearing a red blouse.
Daughter: oh...., that one... Now, her daughter is studying abroad right?
Mother: Yes. Her daughter...
Daughter: Waaah ! How clever she is!... Where she is now?
Mother: erm..., Jordan, perhaps. I'm not sure... Someone told me about it. But, I'm forgot...hehe..
Daughter : oh, It's okay ma... I'm jealous with her ! I wonder how much effort did she do for her SPM examination. I want to get a good result. That will make me easier to further my studies abroad. Just like her. =)
Mother: First, I want you to do your very best to get a good result. That's really important. Then, It 'll be easier for you to further your studies. Kakak, I think it is better for you to further your studies here. It easier for me to visit you when I have the time & during your hard times. It's easy for you to visit us during your holiday. Another reason is, I'm afraid that something happens when you're studying abroad. Like Egypt. You know, what had happened to Egypt, right? Perhaps, you know it better than me.
Daughter : But Ma, Egypt is now safe.
Mother : I know that. Kakak, you know that when a country is in chaos, it will provide a unsafe situation for a student. It makes you to leave the country as soon as possible even you don't want it. It will disturb your studies. Hence, It is worst when you can't continue the studies there because of the chaos. You had to come back here, leave the things there and you had to continue your studies here. It takes a long time for you to finish your studies. I don't want it to happen to you, my dear. I don't. I want the best for you, my dear.
Daughter: Jordan is still safe, Ma....
Mother: Abroad or here it doesn't matter my dear. As long as you want to study. Your niat. That's important. Really important. Thus, I need you to always be here. =)
Daughter : Okay... please pray the best for me, Ma...=)
Mother : Yes, my dear. Always!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Okay, let's start. Actually, the conversation happens between my mom & I. A couple days before, Fathin say's that she is aiming to study abroad. Same with Ilham. During the assembly, the principle encourage all students to aim studying abroad. Congratulation to Kak Hidayah ! She managed to get a good results in her SPM examination. Now, she's studying in Egypt in medic course. I'm proud of her.
Last Friday, as I was accompanying Fathin to see the principle, Again. She did talked to us about further the studies abroad. The pride was there. She says that, " Both of you or one of you can make it. Be the one of them. If they can, why wouldn't you. In fact, you can make it better than them ! "
That time, I was encouraged by her for aiming studying abroad. But, I was thinking twice before aiming studying abroad. I was like..." why everyone is talking about studying abroad?! Does it too bad when you're just aiming to further your studies here?... It still the same, right? Further your studies. It still study. I know that the experience is totally different, but It's still an experience, right? No one in this world have the same experience, right? Everyone has it's own experience. " Yes, I know that some of you will say no for these statement, but it is only my opinion. I'm not going to force you or anyone to take it as your guideline when you are setting your goal.
The pictures above shows my today's status. Nisa is confidently says that studying abroad is better. Zalikha comments that I need to do a lot of Istikharah. Jehaada comments is " Jordan"... I think that I know what she is trying to say...
I'm confused. I want to further my studies abroad but my mum doesn't want to.
I'm still thinking of it. I'll leave it to Allah. It doesn't mean that I'm not going to care about my studies anymore. For now, I'll put my efforts more & let Him to decide it for me. He knows what's the best for all of us.
I'm really hopes the decision that He'll do for me will satisfy everyone. Have faith, Diyana !. He knows better. He is the All - Knowing. =)
Thursday, September 8, 2011
The Smurf =)
Assalamualaikum. Peace be upon to you. Hi!
We went to the cinema to watch them.
![]() |
| Smurfs =) |
![]() |
| You guys are awesome ! =) |
![]() |
| You are so clumsy ! Clumsy. hihi =) |

![]() |
| Smurfette. The only female smurf. Actually, smurfette is created by Gargamel for his notorious intention. But, luckily, Papa managed to save Smurfette. |
![]() |
| The six of them. Clumsy, Grouchy, Papa Smurf, Smurfette, Gutsy, and Brainy. |
Sunday, August 21, 2011
Saturday, August 20, 2011
Why?















































