Sungguh, dia tidak memahami. Tetapi aku percaya, DIA yang Maha Tahu, lebih memahami diriku. Ampunilah dosa - dosaku, Ya Allah. Aku rasa menyesal atas perbuatanku. Rasa bersalah padaNya.
Aku tak tahu apa yang aku rasakan sekarang. Bercampur - baur. It's hard to describe. Kadang - kadang aku rasa aku tidak memahami diriku sendiri. Sungguh, aku betul - betul tak faham.
Mungkin 'hal itu' ujian-Nya buatku. Ujian yang bakal menjadikan aku lebih kuat. Lebih kuat daripada yang sebelumnya. Ujian yang bakal mengajar aku pelbagai perkara. Mungkin ujian - Nya itu adalah sebagai satu titik permulaan untukku berubah ke arah yang lebih baik. Aku percaya ujianNya itu adalah tanda sayangNya padaku. Dia tidak mahu aku jauh meninggalkanNya. Aku rasa berdosa dalam 'hal itu'. Aku leka dalam mempertahankan prinsip. Aku tidak tegas pada diriku sendiri. Aku tidak berhati - hati dalam 'hal itu'. Aku ego. Aku rasa aku mampu menjaga hatiku sendirian. Tapi, aku silap. Sungguh. Cukup besar kesalahanku itu. Sepatutnya aku perlu jaga hatiku itu sebaik - baiknya dengan bantuanNya, kerana tidak mungkin aku boleh menjaganya sendirian. Aku sangat - sangat perlu bantuanNya untuk menjaga hatiku.
Sudah aku jelaskan sebabnya. Kau boleh kongsi apa sahaja dengan rakan - rakan kau seperti mana kau pernah kongsikan pada diriku dahulu. Kau boleh, sebenarnya. Cuma kau yang tidak memulakannya dahulu. Aku tidak tahu apakah itu pendapatku atau itu hanya tuduhan melulu terhadap kau. Memang kau dan rakan - rakan kau yang lain itu berbeza. Kau istimewa. You're different, I know that. Aku juga berbeza dengan kau sebenarnya. Terlalu banyak perbezaan antara kita. Banyak.
Aku tidak mahu lagi 'hal itu' mengganggu fokusku. Aku perlu fokus sekarang. Masih banyak prioriti yang perlu aku tunaikan. Masih banyak amanah yang perlu aku tunaikan. Aku tidak mahu menghancurkan harapan kedua ibu bapa ku yang aku kira setinggi gunung. Sekali - kali tidak ! Aku tidak mahu mereka kecewa denganku. Biarlah mereka rasa bahagia denganku. Kerana mereka layak untuk berasa gembira denganku atas pengorbanan mereka membesarkan, mendidik & menjagaku.
Aku sangat berharap agar aku mampu jadi lebih kuat. Yang sudah, sudahlah. Yang lepas, biarkanlah ia berlalu. Jadikan ia sebagai satu pengajaran yang cukup untuk mengajar aku erti kehidupan. Tahun ini aku kira banyak sangat pengajaran hidup yang Dia beri padaku. Terima kasih Allah atas segala pengajaran tersebut. Bangkitlah. Segera bangkit apabila jatuh tersungkur. Aku perlu tunaikan seribu satu amanah, prioriti, impian dan cita - cita. Aku perlu gandakan usaha untuk capai kejayaan serta aku tidak perlu rasa bongkak, sombong, riya' & takabbur apabila berjaya kerana aku tahu, semua itu tidak mungkin dapat aku capai melainkan dengan izinNya jua.
Aku mohon bantuanMu Ya Allah. Pandanglah aku, hambaMu yang hina ini dengan pandangan rahmatMu yang sangat luas. Ampunilah segala dosa - dosaku, dosa mama ayahku, dosa guru - guruku & dosa semua rakan - rakanku. Terimalah segala amalanku. Kuatkanlah semangatku agar aku mampu menghadapi seribu satu macam ujian & mehnah kehidupan. Berkatilah pelajaranku, Ya Allah. Permudahkanlah segala urusan kami. Ya Allah, jadikanlah kami orang yang berjaya di dunia & di akhirat.
Rabbi yassir wala tua'ssir.



0 comments:
Post a Comment