10 down. 1 left. Then, I'll be free from SPM. yeay! :)
Pelbagai rasa yang telah aku & rakan - rakan alami sepanjang hampir sebulan menghadapi peperiksaan. Alhamdulillah, syukur kerana Allah telah mempermudahkan segala urusan kami semua. Kini masanya untuk kami berdoa, mengharapkan bantuan-Nya. Moga kami mampu mendapatkan kejayaan yang cemerlang. Amin.
Selain berdoa, mari, kita bersangka baik dengan Nya. Dia Maha Tahu apa yang terbaik buat kita.
Sepanjang cuti hampir seminggu sebelum menjelang paper Bahasa Arab & sehari cuti sebelum paper Quran Sunnah, aku sempat menadah telinga, mendengar perkongsian ilmu yang di sampaikan oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi dalam segmen Mukmin Profesional di radio Ikim. Banyak aku yang aku belajar daripadanya. Banyak yang kita semua boleh dapat sebenarnya. Sejujurnya, aku mulai tertarik dengan gaya penyampaiannya. Penuh hikmah, adab dan santun. Pelbagai analogi yang sangat mudah difahami telah digunakan sepanjang perkongsiannya. Moga aku lebih istiqamah untuk terus menadah telinga mendapatkan pelbagai mutiara ilmu daripada ustaz. InsyaAllah, Moga Allah permudahkan :)
I will be free. Soon :')



0 comments:
Post a Comment