Persoalan yang sering bermain di fikiran telah berjaya disusun menjadi kata, seterusnya membentuk ayat yang membolehkan ia mudah difahami. Telah ku ajukan juga soalan tersebut. Sekarang, aku hanya mengharapkan salah satu daripada 2 pilihan ini. Pertama - mesej ku itu dibalas dan soalan itu dijawab secara langsung olehnya (tidak kira cepat atau lambat kerana aku pasti dia sangat sibuk dengan tugasan memimbing ummah). Kedua - aku sendiri yang bakal menemukan sendiri jawapan kepada persoalan tersebut, melalui pembacaan buku - buku yang bermanfaat buatku atau melalui mujahadah, pengalaman, pemerhatian serta pengamatan.
Sekarang, aku puas... Walau masih tidak dapat menemukan jawapan kepada persoalan tersebut secara pasti, walau ianya masih samar - samar, belum jelas, - tapi aku puas. Sekurang - kurangnya aku telah berjaya merungkaikan persoalan tersebut melalui tulisan. Persoalan itu telah jadi lebih jelas sekarang walau jawapannya masih samar - samar. Berjaya juga aku memecahkan tembok penghalang dalam diriku yang selama ini telah menghalangku untuk mengajukan persoalan tersebut.
Tetapi, sekarang ini aku tidak pasti... - Adakah patut untukku tersenyum atas kejayaanku menyusun kata untuk menjadikan persoalan tersebut lebih jelas atau terus bersedih kerana bagiku, aku telah membuka cerita, menceritakan rahsia yang sangat sulit untukku.
Moga yang terbaik selalu ada untukku - Itu harapanku...



0 comments:
Post a Comment