There Are Reasons Behind It..=)

" Kadang - Kadang manusia mudah putus asa akan rahmat Allah sebelum melakukan sesuatu, kadang - kadang manusia terlalu mahukan yang terbaik tanpa berusaha yang terbaik, kadang - kadang manusia jahil dalam ilmunya tanpa berusaha memperbaikinya, Ingatlah keberkatan dalam hidup ini perlukan HIJRAH ke arah yang MAKRUF. " =]

"Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang memuji anda, tetapi orang yg dapat menunjukkan kesalahan anda. Kasihilah musuh anda kerana ia telah menyebutkan kesalahan anda. Lazimnya pujian itu menjauhkan dirimu dari kebenaran. Salah satu hal yg mesti engkau mohon pada Allah ialah dijauhkan dari perasaan sudah sempurna, kerana pada saat dirimu telah merasa sempurna, disitulah sebenarnya kekurangannya.."

Ya. Sebelum ia berakhir. Itu tajuk post yang saya letakkan pada post kali ini. Selesa dengan tajuk tersebut. Mudah.

Apa yang berakhir? Kehidupan? Tidak, itu bukan jawapan saya. Bukan kehidupan saya yang berakhir ketika ini. (kalau saat ini kehidupan saya telah berakhir, siapa pula yang menulis post kali ini pula kan? ^^) Kehidupan saya hanya akan berakhir dengan izin Allah. Apabla dia mengizinkannya, berakhirlah kehidupan saya di dunia ini. Tidak pasti akan bagaimana keadaan saya dalam hidup di alam seterusnya. Sungguh. Saya tidak pasti bagaimana keadaan saya nanti.

Apa yang berakhir?

- Kehidupan saya sepanjang tahun ini. Insya-Allah, jika diizinkan oleh Nya, saya akan meninggalkan tahun 2011, meneruskan kehidupan pada tahun 2012. Menginjak usia daripada 16 tahun ke 17 tahun. Tahun yang mencabar rasanya. Banyak tanggungjawab yang perlu dipikul. Banyak amanah buat saya yang perlu saya laksanakan dengan sebaik mungkin.

Sepanjang tahun ini - banyak pengalaman. Banyak peristiwa. Banyak kenangan pahit & manisnya. Dia telah mengizinkan saya bernafas sehingga masa kini. Dia juga telah mengizinkan saya melalui pelbagai peristiwa sepanjang tahun ini. Pelbagai peristiwa yang pastinya memerlukan kekuatan untuk melaluinya. Ada juga di antara peristiwa - peristiwa itu meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri.

Masih kemas dalam ingatan saya, betapa sukarnya melalui hari - hari persekolahan pada tahun ini. Satu perubahan yang besar. Berhadapan dengan emosi yang mudah terusik tanpa sebab yang jelas, subjek - subjek yang saya rasakan sangat berat untuk dihadam, berhadapan dengan rakan - rakan yang semuanya lebih baik akademiknya yang pada ketika itu saya nilai melalui keputusan peperiksaan kedua terbesar dalam hidup saya - PMR.

Secara jujurnya, selepas menerima keputusan peperiksaan itu yang mana kedua ibu bapa dan sahabat saya katakan pada saya "Bagus" itu, saya rasakan belum cukup bagus buat saya. Yang bermain - main di fikiran saya ketika itu hanyalah "mengapa ni? salah akukah?". Sangat merisaukan, bila Ayah saya kata, "kawan baik kakak tu dapat straight A. Mesti dia pergi mana - mana asrama lepas ni. Kesian lah kamu, keseorangan di sini." Ya, memang itulah yang saya fikirkan saat itu. Takut kehilangan sahabat seperjuangan yang rapat ketika itu. Namun, mujurlah. Syukur dia masih bersama, Alhamdulillah. Terasa pedih bila membandingkan keputusan saya dengan rakan yang saya anggap bukan saingan saya ketika itu. Pedih.

Syukur pada Allah, dia mengurniakan saya orang yang memahami saya. Mereka tidak putus - putus memberikan semangat buat saya. =') Sayang kalian  ♥

Permulaan persekolahan, saya mengambil keputusan untuk mengambil aliran sains agama. Mama utarakan pendapatnya agar saya terus ambil subjek Bahasa Arab. Katanya, sangat rugi bila tinggalkan subjek itu. Sebab mama tahu, bahawa saya menggemari subjek itu. Rasa tidak yakin yang menjengah membuatkan saya meluahkan kepada mama yang saya takut tidak boleh bawa subjek - subjek sains & add math. Pada mulanya saya hanya merancang untuk mengambil aliran sastera. Tetapi dengan tambahan subjek Bahasa Arab. Ada juga rancangan ingin drop beberapa subjek. Saya utarakan rancangan tersebut pada mama. Mama hanya memberikan nasihat yang amat saya perlukan. Dia mahu saya fikirkan & buat keputusan yang terbaik. Namun, sekolah tidak membenarkan mana - mana pelajar mengambil subjek yang di luar daripada alirannya & drop mana - mana subjek yang ada dalam alirannya. Saya adukan hal ini pada jiran saya yang sudi mendengar luahan saya. (jiran saya ini seorang kaunselor sekolah, lagi mudah untuk dia faham rasanya. ^^ Tapi sekarang dia dah pindah) Jiran yang saya senang memanggilnya dengan panggilan Kak Chik, memberikan nasihat & semangat. Memberitahu apa rasionalnya sekolah melarang pelajarnya berbuat begitu. Juga memberikan beberapa cara & tips belajar untuk saya praktikkan. Dan dengan itu, saya nekad. Saya akan terus kekal dalam aliran ini. Aliran yang saya pilih dengan izin - Nya jua.

Ketika saya masih cuba menyesuaikan diri dalam beberapa perubahan besar ini, saya merasakan bahawa.......

- bersambung pada post seterusnya =')

0 comments:

Post a Comment

Thursday, December 29, 2011

Sebelum Ia Berakhir 1.

No comments:

Post a Comment

♥ Aim

Aku ingin menjadi seorang Mukmin Profesional yang memiliki High Touch & High Tech untukku menyepadukan antara kehidupan di Dunia dan Akhirat. :)

♥ Status

Can I push my self harder ? leisure time should not be wasted just only for the social network. Goodbye all. I need to be focus. My passion towards books, never ends :)

♥ Greetings :'D

♥ Self Reminder

Allah adalah KEKUATAN. Untuk mencari kekuatan, carilah Allah.
Optimislah ! :')

♥ Blog Post

♥ Friendships :')

♥ Friendships :')
Diyana & Jehaada

Fathin, Ashikin, Yam & Diyana

Fourlks Of Charisma ♥

♥ Compliments

Proudly Posted By Nurdiyana Mohd Rohaizad ♥. Powered by Blogger.