There Are Reasons Behind It..=)

" Kadang - Kadang manusia mudah putus asa akan rahmat Allah sebelum melakukan sesuatu, kadang - kadang manusia terlalu mahukan yang terbaik tanpa berusaha yang terbaik, kadang - kadang manusia jahil dalam ilmunya tanpa berusaha memperbaikinya, Ingatlah keberkatan dalam hidup ini perlukan HIJRAH ke arah yang MAKRUF. " =]

"Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang memuji anda, tetapi orang yg dapat menunjukkan kesalahan anda. Kasihilah musuh anda kerana ia telah menyebutkan kesalahan anda. Lazimnya pujian itu menjauhkan dirimu dari kebenaran. Salah satu hal yg mesti engkau mohon pada Allah ialah dijauhkan dari perasaan sudah sempurna, kerana pada saat dirimu telah merasa sempurna, disitulah sebenarnya kekurangannya.."
Showing posts with label school. Show all posts

Credits to Facebook.
16 Mei 2012 - " Exam Syariah kertas 1 & 2 ditangguhkan sempena sambutan Hari Guru." Pada rancangan asalnya sambutan Hari Guru akan diadakan pada 25 Mei 2012 sejurus sahaja tamat peperiksaan pertengahan tahun. Tetapi, pengumuman tersebut mengejutkan kami semua. " Tak pernah - pernah postpone exam semata - mata nak buat sambutan Hari Guru. -_-''  tak pernah juga hari sebelum cuti sekolah tu jadi hari last exam. Tak apalah. Allah tahu yang terbaik. He Knows what's the best for us. =')

Pada asalnya juga, aku merancang untuk tidak hadir pada hari tersebut. Tetapi, disebabkan beberapa faktor dan memikirkan bahawa tahun ini tahun akhir persekolahan, aku gagahkan diri juga untuk hadir pada hari tersebut. =') Menonton persembahan guru pada hari tersebut sentiasa membuat ku tidak berhenti - henti tersenyum. Pada hari yang sama, turut diadakan hari koperasi sekolah. Tahniah kepada rakan - rakan 5 Karisma yang berjaya membuka gerai pada hari tersebut. Gerai jualan mereka mendapat sambutan. wah, tahniah. Tahniah. =')

Sempat juga aku berjumpa dengan beberapa orang guru yang mendidikku. Ucap Selamat Hari Guru pada mereka. Terasa syahdu. huhu. Tak akan aku lupakan momen memakaikan button batch pada ustazah shamsiah. Pada awalnya aku ingin memakaikan button batch tersebut pada ustazah Zunita. Tapi, ustazah Zunita duduk tengah. susah nak lalu. Jadi, pada masa yang singkat itu, aku telah membuat keputusan untuk memakaikan button batch tersebut pada Ustazah Shamsiah. Lepas tu, salam dengan ustazah Sabariah & Ustazah Zunita yang duduk berdekatan dengan Ustazah Shamsiah. =') Mohon doa daripada mereka. Pelbagai pesan dan nasihat yang telah mereka curahkan pada hari tersebut.  Jumpa Pn Hamidah, teacher Chemistry. Teacher hamidah pesan "jangan lupa study, ya." Memang itu selalu menjadi nasihatnya buatku. (Alhamdulillah, chemistry selalu lulus. Tapi tak pernah dapat A. rasanya, memang patutlah kan teacher pesan macam tu?)  ='D Sebelum balik, sempat jumpa Pn Azizah. Pesannya, "Belajar, Diyana. SPM ni penentu masa depan". Guru yang berbeza, pesan yang sama. BELAJAR! Ya, pesanan yang sama daripada guru yang berbeza. Terima kasih Cikgu. Hanya Allah yang mampu membalas budi baik kalian. =')

NEW RESOLUTION

  • Belajar. Betulkan niat sentiasa. "Aku belajar kerana Allah"
  • Laksanakan apa yang Allah suruh & tinggal apa yang Allah larang.
  • Gunakan masa dengan baik.
  • Hormat Ibu Bapa
  • Respect them. Always.
  • Tetapkan sasaran. Tuliskan apa yang engkau inginkan dalam hidup. Tulis secara jelas
  • Fokus.
  • Siapkan kerja sekolah
  • Banyakkan latihan
  • Buat banyak ulangkaji
  • Banyakkan bertanya.
  • Tumpu perhatian dalam kelas. 
  • Sentiasa bantu rakan yang lain
  • Buang rasa malas & sifat negatif yang lain
  • Tambahkan rasa cinta terhadap ILMU.  ♥
  • Gandakan usaha
  • Banyakkan berdoa
  • Istiqamah
  • Tawakkal.
  • Hargai apa yang Allah kurniakan, sentiasa bersyukur & jangan persia - siakannya.
  • LAKSANAKAN AMANAH. =')
Dan pelbagai resolusi yang lain. Ya Allah, permudahknlah urusanku. =)

Aku tersentak saat aku di suakan borang akujanji. Perlu ku isi targetku untuk semua pelajaran yang akan ku ambil peperiksaan. Aku meletakkan sasaran 11A+ untuk ke semua subjek. Rancangnya begini, aku ingin memberikan Mama tandatangan dahulu borang itu, sebelum aku mengisi sasaranku untuk kesemua subjek. Tapi, bila difikirkan kembali, baik aku isi dahulu borang itu & kemudiannya serah pada mama untuk ditandatangani. Biar mama tahu sasaranku dan aku yakin mama akan mendoakanku. =')

Hari ini, sekali lagi aku tersentak. Tersedar. "sekarang ini, bukan masa untuk kau main - main lagi. cukuplah dengan masa yang kau persia - siakan dahulu. cukuplah. Jangan diulang lagi kesilapan yang sama."

Masa ikrar dilafazkan pagi tadi. Tersedar sekali lagi. "this is your last year. you must work hard as there is no tomorrow. I refuse to give up. Prove to the rest that you can do it!"

Ingat, perkongsian penceramah tadi. Allah tidak akan memberati seseorang dengan sesuatu yang tidak mampu dipikulnya. Sebesar mana pun masalah kita, pasti ada jalan penyelesaiannya. Rancang cara belajar dengan cara yang betul & berkesan. Kau pasti boleh !

Bahawasanya kami,
Dengan ini berikrar,
Akan belajar bersungguh - sungguh,
Bagi mencapai kejayaan,
Dalam SPM & PMR.

Mentaati segala suruhan Tuhan,
Berdoa & bertawakkal,
Mendengar nasihat ibu bapa & guru,
Mematuhi segala peraturan sekolah.
Inilah ikrar kami.

IKRAR AKU JANJI. Sejujurnya, saya tidak melafazkan ikrar itu tadi. Tidak suka berjanji dengan sesiapa. Risau janji itu tidak dapat ditunaikan. 

11A+. You must get it! Jordan, tunggu aku. InsyaAllah. =')

The second week of school. But why I named this week as Co-curriculum week? It's weird, right? haha. okay, fine. Lets begin. =)

Tuesday, 10 January.
It's trial run. Larian saujana. Tujuan asalnya ialah untuk semua pelajar tahu trek larian. Tak adalah kes salah trek pulak kan nanti. Padahal trek sama sahaja tiap - tiap tahun.  It's fun. We're not running, actually. We're walking. And plus, we're chatting together. All along the way. ='D

Hari ini juga, ada mesyuarat PRS. Mesyuarat untuk pilih ajk tertinggi. fuhh. Mesyuarat tu pula clash dengan kelas Syariah. Fav subjek tuu. -_-'. Jadi aku buat keputusan untuk pergi lewat sedikit sebab aku pasti mesyuarat tak akan mula awal seperti yang dijanjikan. Mesti lewat sikit punya. Haha. Tapi, aku mula rasa lain macam. Tak senang duduk. Tangan dah mula sejuk. Mula rasa berdebar - debar. Berkali - kali juga ku kerling ke arah jam tangan yang di pakai. Tanya sahabat sebelah, "sekarang pukul berapa ya?". Padahal jam tangan sendiri ada. =') Siap pesan pula tu, suruh beritahu jika masa untuk aku hadir mesyuarat sudah tiba. (huh, macam - macam) Sahabat yang faham keadaan saya ketika hanya melayan kerenah aku ketika itu. Berkali - kali mohon Dia tenangkan & lapangkan dada. Tiba masanya, aku ke hadapan kelas, minta izin keluar kelas awal. Alhamdulillah, ustazah izinkan kami keluar awal.

Mula mesyuarat, mereka minta saya untuk tulis nama - nama yang di cadangkan untuk menjawat jawatan tertinggi PRS. Dengan berbekalkan pen marker dan tulisan yang tidak lawa, aku menulis juga. Sedang sahabat prs memberi cadangan mereka untuk calon yang sesuai untuk di lantik sebagai pengerusi tahun ini, alih - alih, aku pula yang dicadangkan. Setelah selesai pencalonan di buat, calon - calon perlu buat kempen, "Jika saya di lantik menjadi pengerusi tahun ini." (ala - ala pilihanraya pula. Gaya calon pilihanraya yang berkempen dengan pelbagai manifesto jika dia menang pilihanraya.) I give them a just short speech.

Selesai berkempen & undian di buat, mereka memilih _____________________________ sebagai pengerusi PRS tahun 2012. Fuh. Terkejut kot. Tak sangka pula. Alhamdulillah. (amanah berat & tugas menanti kamu.).

Thursday, 12 January.
Ohh...  Hari ini ada mesyuarat koko. =') Guy's, it's important to add your co-cu marks. Semua classmates tersayang datang hari ini. Mesyuarat koko kan? Siapa yang nak lepaskan peluang untuk tambah markah koko. haha. Alhamdulillah, sekali lagi. Aku dilantik sebagai Naib Pengerusi Persatuan Bahasa Arab & Naib Pengerusi Pandu Puteri yang cikgu cadangkan berdasarkan penglibatan dan di persetujuan ramai. =)

Friday, 13 January.
LARIAN SAUJANA. Sekali lagi, I'm not running at first. Tapi bila merasakan mereka - mereka berjalan terlalu perlahan, I decided to run. It's final year. Bila lagi nak rasa suasana begitu kan? Tahun terakhir sekolah kan? Mesti join. Cipta kenangan bersama rakan - rakan tersayang supaya nanti kita dapat sama - sama rasa kemanisan ukhwah kerana Dia. =')
And, Ruby wins! Oh, tidak. Musuh tradisi Amethyst juara lagi. Tak  apa. Kalian bergembiralah dahulu. =)

p/s: That's why I named this week as co-curriculum week.

4 January 2012.

It's January! 4th January. It's school. ok, It's school. I know that. =)
My first day of school is fun - Taaruf with a few new teacher, classmates and new surroundings.. Walaupun ada beberapa peristiwa yang kurang menyenangkan berlaku pada hari ini, tetapi, tidak mengapalah. Bukan semua yang kita mahukan kita akan dapat, tapi kita akan selalu akan dapat apa yang kita perlu. (saya dah dapat apa yang saya perlu, jadi tak perlulah diungkit lagi ya. Dah berlalu pun. =] ) Oh God, Forgive-Me-When-I-Whine. Kelas habis awal hari ini. yeay! Oh, ya. Tahun ini SMKSI ada pengetua yang baru - PN HAJAH ZAITON. =)

5 January 2012
Kelas hari ini di mulakan dengan subjek Add Maths. Azam saya tahun ini - saya akan cuba untuk lepas markah lulus untuk Add Maths. Saya cuba, Insya Allah.

6 January 2012
Hari ini ada mesyuarat agung rumah sukan untuk memilih ahli jawatankuasa tertinggi rumah sukan. Seorang sahabat saya telah dilantik menjadi setiausaha Rumah sukan kami - AMETHYST. Tahun lepas, rumah sukan kami jadi juara keseluruhan. Harapnya tahun ini juga amethyst akan terus jadi juara. =)

p/s: itulah antara catatan saya untuk minggu pertama persekolahan. Rasanya agak kekok untuk menulis pada kali ini. Tetapi, tidak mengapalah. Nanti lama - lama nanti biasalah =')

Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Nya. Masih lagi diberikan peluang untuk terus bernafas hari ini. Ya, aku masih lagi bernafas walaupun masih lagi terus - terusan melakukan dosa, Astaghfirullah.

Alhamdulillah, saya dipilih oleh Dia untuk menyertai program tersebut. Dia menggerakkan & menetapkan hati saya untuk menyertai program ini. Menghadapi konflik sama ada ingin turut serta atau menarik diri. Namun itulah takdirnya. Kita merancang dan Allah juga merancang. Tentunya perancangan - Nya lebih sempurna.

15 Nov 2011.

Ustaz Ikmal Azizi Abdullah mengisi slot ceramahnya. Seorang muallaf yang sudah 6 tahun memeluk agama Islam. Perkongsian bersama saat - saat dia mendapat hidayah daripada Allah. Juga teguran buat kami. Mendengar ceramahnya membuatkan aku terpana. Banyak sangat yang perlu kau ubah. Banyak.

"Sesungguhnya aku seorang yang hina, tapi Allah muliakan aku dengan iman & taqwa"
- Bilal bin Rabah -

16 Nov 2011

Hari kedua diisi dengan tiga slot ceramah. Menariknya, ketiga - tiga slot ceramah hari ini menekankan tentang Islam & solat. Solat - satu - satunya ibadah yang Nabi dapat perintah secara terus daripada Allah. Pentingnya solat kan? Penting sangat. Sangat.

- Sesiapa yang mendirikan solat, dia orang yang mendirikan agama
- Sesiapa yang meninggalkan solat, dia meruntuhkan agamanya sendiri. Seolah - olah ada rasa memperlekehkan Allah.
- Solat, amalan yang pertama di hisab. Sempurna solat, sempurnalah amalan yang lainnya.

Ingat ini, tidak ada orang yang meninggalkan solat, mati dalam keadaan yang baik.

Ila mardhatillah, Insha Allah ! =)

This Weeks paper:
Physic paper 3 & Biology paper 3 on Monday
Chemistry paper 1 & 2 on Tuesday
Chemistry paper 3 & Quran Sunnah on Wednesday
Arabic Language Paper 1 & 2 on the last day of the final examination. 

Okay... Study ! Study ! =)
All the best! 

مع التوفيق والنجاح

اتمنى لكم النجاح الباهر والتفوق

All The Best Guys !

Assalamualaikum & hello readers! =)

Alhamdulillah, I had a such unforgettable, memorable & enjoyable Saturday. Alhamdulillah, I managed to join a Girl Guides program yesterday. I know that I'm still in examination week. But, It doesn't makes me to feel reluctant to join it. It was "Pandu Puteri Turun Padang". It's fun! We went to the school, wait for the teacher & friends before we're heading to Kampung Jawa, Hulu Langat. Our activity is helping a mushroom entrepreneur, learning more about the mushrooms & we're also given a chance to try it ! It's fun. Alhamdulillah =)

Bergambar bersama Aqilah & Fitrah sebelum bertolak ! =)
Our Teacher - Pn Norlia
Bergambar di halaman sekolah. Baru perasan bunga warna putih yang lawa tu.. haha =)
Bersama Rakan - Rakan yang turut serta....

Di Halaman Rumah Cik Habibah, usahawan cendawan. Lebih mesra panggil Cik Bib =)
Cik Bib yang baik hati & mesra. =)

Rumah Cendawan Cik Bib.

Sembur tangan dengan air detol dahulu ya ! =)

Membersihkan bongkah cendawan ! =)

Membersihkan Batas & menanam anak pokok peria =)

Betik ! =)

bergambar bersama pokok daun kesum masing - masing. Daun kesum ya, bukan ketum ! =)

Bergambar selepas kepenatan berkebun ! =)

Ketika makan tengah hari

Actually, I don't know how to describe my feelings right now. I'm speechless ! Let's the pictures above to describe how happy am I =) What can I say that, gardenig is fun ! Really fun !

We're heading home after lunch. Thanks Cik Bib for the precious knowledge about the mushrooms. And gardening also ! Thanks teacher for inviting us to join the program. Thanks to my friends for joining the program. And, Alhamdulillah, All praises only to Him for giving me permission to join it. Alhamdulillah. =)

p/s : Thanks a lot for Pn Norlia & Norhafizah for the memorable pics ! =)

Okay, Fine! The final exam comes. I know that. 
I must face it bravely & confidently with Allah's help. I can't make it without His help and guidance. =)
I want to get a good result for the final examination. I must. I don't want to disappoint my mum with my bad result. 
I must. My mum helps me a lot, Alhamdulillah. Thank you Allah for the great blessings.
This is my Final exam. It means that, form 4 is nearly ends. Form 5 is about to begin. SPM candidates, next year ! I can't believe it! The time passes so fast.

oh, It's okay. You're grown up know. You know what's best for you with Allah's help. 

I'll sitting for the examination for three weeks.

Tomorrow's exam ;-
- BAHASA MELAYU 1 & BAHASA MELAYU 2.

Let's try our very best for this final examination ! & don't forget to always pray to Allah.
LET'S US BE THE BEST AMONG THE BEST! =)

KURSUS KEJURULATIHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA [PRS] GEMILANG,
DAERAH HULU LANGAT 2011,
KEM IDAMAN NURANI, SG LEPOH,
HULU LANGAT,
25 JULAI - 27 JULAI 2011
ISNIN - RABU

Seramai 4 orang wakil dari SMK Saujana Impian telah terpilih menyertai kursus ini. Sebanyak 31 buah sekolah sekitar Hulu Langat menyertainya. Alhamdulillah, syukur kerana saya dan tiga rakan sejawatan yang lain, Farhana, Nizar & Falihin, telah terpilih untuk menyertai kursus ini. Pada awalnya, saya sedikit keberatan untuk menyertainya kerana memikirkan hari Ahad itu baru sahaja pulang dari UKM menghadiri Persidangan Kebangsaan Pelajar Islam & tempat kursus tersebut merupakan tempat yang sama Kem PRS sekolah diadakan. Tetapi, terselit juga rasa ingin menyertainya. Pada ketika itu, saya telah menelefon mama, bertanyakan pendapatnya serta menyatakan keinginan untuk menyertainya. Alhamdulillah, Mama mengizinkan saya untuk menyertainya. Terima kasih juga diucapkan kepada Kaunselor, Kak Chik [Pn Rohana] & Abi [En Zahir] kerana telah memberi peluang kepada kami untuk menyertai kursus ini.

HARI PERTAMA,
=> ISNIN, 25 JULAI 2011. =D

Kami berempat bertolak ke Kem Idaman Nurani pada jam 12.30 tgh hari. Sebelum bertolak, saya sempat menyerahkan modul & buku SPS Chemistry kepada Ilham serta bertemu dengan rakan - rakan sekelas. Dalam perjalanan kami ke Kem Idaman Nurani bersama Cikgu Farihah, kami berbual - bual tentang perancangan masa hadapan kami. Cikgu banyak menceritakan tentang pengalamannya dan sebab dia memilih untuk menjadi kaunselor sekolah. Salah seorang rakan saya, Nizar mengatakan bahawa dia lebih berminat untuk menceburi bidang kulinari. Ada juga cikgu Farihah bertanyakan tentang beg ABIM yang saya bawa bersama ketika itu. Beg itu saya perolehi ketika menghadiri Persidangan Kebangsaan Pelajar Islam yang diadakan di UKM pada hari Sabtu & Ahad yang lepas [23 Julai - 24 Julai 2011]

Setibanya kami di Kem Idaman Nurani, kami dikehendaki untuk mendaftar, solat zohor serta menyiapkan keperluan untuk aktiviti seterusnya. Selepas solat zohor, saya & Farhana mengambil keputusan untuk terus duduk menanti arahan seterusnya di dewan serbaguna tersebut. Sedang kami seronok berbual - bual, Farhana bertemu dengan rakan lamanya. Saya dapat rasakan gembiranya Farhana bertemu dengan rakan lamanya, Fadzilah & Fadhilah. Dan untuk saya pula, mereka berdua merupakan orang yang mula - mula saya kenali di Kem ini.

Selepas solat Asar, Kursus diteruskan dengan slot "Pecah Bendungan". It's sounds weird, haha. "Ice breaking lah !". Banyak yang kami pelajari dalam slot ini. Aktiviti yang kami jalankan sepanjang slot ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan persahabatan antara ahli PRS dan menyingkirkan rasa malu yang berlebihan. Pada saya, aktiviti tersebut telah berjaya membuatkan saya lebih friendly & peramah dengan rakan - rakan yang baru serta menyingkirkan rasa malu pada perkara yang tidak sepatutnya.

"Di sini, di sini, kita berkumpul,
Di sini di sini kita berkumpul,
Salam, Salam, Salam, Salam, Salam,
Hoi, "

" Here we are, here we are,
Here we are again,
Here we are, here we are,
Here we are again,
Hello, Hello, Hello, Hello, Hello,
Hoi, "

" Cai celi, Cai celi Woh Men Cai Celi,
Cai celi, Cai celi Woh Men Cai Celi,
How Ma, How Ma, How Ma, How Ma, How Ma,
Hoi, "

" Enggeye, Enggeye, Engli porengeh,
Enggeye, Enggeye, Engli porengeh,
Vanikam, Vanikam, Vanikam, Vanikam, Vanikam,
Hoi, "

" Nengkene, Nengkene Ketemu Mering,
Nengkene, Nengkene Ketemu Mering,
Kabare, Kabare, Kabare, Kabare, Kabare,
Hoi. "

" Awak pegang saya punya,
Saya pegang awak punya,
Kita sama - sama pegang,
Pegang TANGANNYA. "

* yg kat atas ni lagu2 yg kami nyanyikan masa slot. Seronok ! =) *

Selepas itu, pemilihan Tok Batin & Nek Batin diadakan. Teh Chee Hong telah dipilih sebagai Tok Batin. Dia yang mencadangkan dirinya sendiri dan menang TANPA bertanding sebab tidak ada orang yang nak cabar beliau. Untuk jawatan Nek Batin pula, ada seorang calon yang saya tidak pasti dari sekolah mana. Rakannya yang mencadangkan dia. Pada ketika itu, Abi, selaku Kem Komandan kami bertanyakan sama ada untuk terus memilih beliau tanpa undian atau secara undian. Ramai yang bersetuju untuk pilih beliau tanpa undian. Saya yang tidak bersetuju ketika itu berbisik kepada rakan sebelah untuk cabar calon tersebut. Rakan tersebut pula memulangkan paku buah kerasnya kepada saya. Dia pula yang minta saya untuk cabar calon tersebut. Tanpa berlengah & berfikir panjang, saya terus mengangkat tangan. Abi bertanya kepada saya " awak nak cabar dia? " Saya hanya mengangguk dan terus kehadapan. Seingat saya ada tiga orang calon Nek Batin ketika itu. Tujuan saya ketika itu hanyalah untuk melatih sifat & mengasah bakat kepimpinan saya. Bukan untuk mendapatkan gelaran semata - mata. Setelah memperkenalkan diri masing - masing & undian dijalankan, Alhamdulillah Allah memahami hasrat saya. =)

Saya dilantik menjadi Nek Batin. =)

Pada sebelah malam, selepas solat maghrib, bacaan Yasin, Solat hajat & Solat Isyak, aktiviti kami diteruskan lagi dengan sesi Taaruf. Selepas itu, kami diperingatkan oleh Tuan Mahadzir tentang Khalifah dalam slotnya KHALIFAH BUMI (WORLD CALIPHS). Banyak yang di perolehi pada malam itu. Antaranya,

"kita semua adalah khalifah di muka bumi ini. Allah tidak menciptakan manusia kecuali hanya untuk beribadah kepada Nya. Allah tidak menciptakan kita secara sia - sia. Sebagai khalifah, kita ditugaskan untuk memakmurkan bumi Allah ini. "

"Sebagai khalifah, apa yang telah engkau lakukan untuk memakmurkan bumi Allah ini? "

"Sedarlah, kau tiada masa lagi untuk main - main."

" Banyak yang perlu engkau lakukan. "

Selepas minum malam, aktiviti di teruskan lagi dengan night walk. Berjalan meredah hutan dalam kegelapan malam. Pada ketika itu, hanya ketua kumpulan yang dibenarkan untuk memegang lampu suluh. Bayangkanlah betapa gelapnya hutan & sejuknya air sungai ketika itu. Kami bagai orang buta malam itu. Mengingatkan kami supaya menggunakan nikmat pancaindera yang dikurniakan Allah dengan sebaik - baiknya. Subhanallah, nyamannya udara ketika itu. =) Alhamdulillah.

HARI KEDUA,
=> SELASA, 26 JULAI 2011 =)

Selepas senaman & sarapan pagi, aktiviti kami dimulakan dengan ceramah bersama Tuan Rosli. Dalam ceramah ini, kami didedahkan dengan KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING. Berikut adalah antara kemahiran asas kaunseling yang kami pelajari;

* KEMAHIRAN JIWA.

- Bersedia.
Kaunselor / PRS perlu bersedia untuk mendengar. Juga tidak terganggu dengan emosi sendiri. Jika masa itu merupakan masa klien untuk meluahkan masalah tidak sesuai dengan masa kita, (kita belum cukup bersedia) cuba tolak dengan baik dan menangguhkan sesi pada waktu yang sesuai.

- Ikhlas
Kita perlu ikhlas. Ikhlas disini ialah melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan daripada orang yang dibantu. Juga hanya untuk mengharapkan redha Allah. Kita perlu ikhlas menerima klien tanpa meletakkan sebarang syarat.

- Tidak Berperasangka
Kita tidak seharusnya meletakkan persepsi terhadap klien. Juga tidak patut & tidak layak untuk menghakimi klien. Tolak tepi dan buang jauh - jauh tanggapan negatif terhadap klien.

- Empati
Kemahiran tertinggi seorang kaunselor / PRS. Empati ialah memahami dan merasai dengan mendalam apa yang dirasai oleh klien. Secara mudahnya, kita meletakkan diri kita dalam situasi klien. Kita merasai apa yang dirasai oleh klien.

* KEMAHIRAN KOMUNIKASI

- Eye Contact.
Adanya hubungan pandangan dengan klien. Pandangan tersebut perlulah dilakukan dengan ikhlas. Namun, jika klien kita itu berlawanan jenis, elakkan daripada terlalu lama memandang matanya. Perlu juga kita alihkan pandangan mata sekali sekala.

- Dorongan Minima.
Perbuatan yang mengiyakan seperti mengangguk - anggukkan kepala & apa sahaja perbuatan yang menunjukkan rasa berminat untuk mendengar masalah klien. Perlu untuk menggalakkan klien untuk terus menceritakan masalahnya.

- Soalan Tertutup.
Soalan yang ringkas untuk jawapan yang pendek. Contoh,

"Siapa nama awak?"
"Diyana"

Perlu untuk dapatkan kepastian & maklumat.

- Soalan Terbuka.
Perlu untuk menggalakkan klien terus berkongsi. Juga untuk mendapatkan penjelasan yang lebih luas dan panjang.

- Parafarsa.
Ulang apa yang klien kongsi dengan perkataan sendiri. Bertujuan untuk memudahkan seseorang mengingat masalah klien. Hanya cukup dengan mengulang isi - isi penting sahaja. Kesannya, membuatkan klien rasa difahami.

- Rumusan.
Rumuskan apa yang telah diperkatakan oleh klien.

Pada sebelah tengah harinya pula, aktiviti jungle trekking diadakan. Seronok! Pengalaman yang saya dapat sepanjang jungle trekking ialah Jangan mudah berputus asa. Hadapilah segala cabaran dan halangan dengan tabah. Pengalaman yang paling berharga pada saya ialah, menunaikan solat zohor dalam hutan. Hanya beralaskan daun sebaai tempat sujud. Subhanallah!

" Layakkah engkau mempunyai rasa sombong, riya' & bongkak sedangkan engaku hanyalah hambanya yang telah diciptakan oleh Nya dan akan kembali kepada Nya jua? "

Pada sebelah petang, ada aktiviti Ultimate challenge. Sungguh mencabar & menyeronokkan. Ada 7 halangan yang perlu dilalui semuanya. Salah satu halangan yang sangat mencabar untuk saya ialah berenang melepasi halangan. Agak risau ketika itu. Namun, Alhamdulillah kami berjaya melepasi halangan tersebut. * Alhamdulillah, syukur saya masih bernafas =D

Pada sebelah malamnya pula, aktiviti kami diteruskan lagi dengan forum bertajuk REMAJA: REALITI, CABARAN DAN HARAPAN. Forum ini seronok! Forum ini dikendalikan oleh beberapa orang PRS lelaki. Lebih membincangkan tentang remaja masa kini.

Selepas solat Isyak, aktiviti kami diteruskan lagi dengan Ceramah undangan, KOMUNIKASI BERKESAN oleh TUAN SHAMSUL BAHRAIN. Selepas tamatnya forum, saya dipanggil oleh Tuan Rosli dan beliau memberi tugas yang agak mencabar bagi saya malam itu. Saya ditugaskan untuk menjadi PENGACARA MAJLIS. Saya hanya menerimanya walaupun bergelut dengan rasa gementar ketika itu. Sebelum memulakan majlis, saya berjumpa dengan Tuan Rosli mengatakan bahawa "ini merupakan kali pertama saya ditugaskan menjadi Pengacara majlis. Saya mohon ampun & maaf sekiranya apa yang Tuan Rosli harapkan tidak menjadi seperti apa yang Tuan harapkan." Tuan Rosli hanya meminta saya untuk bertenang dan memberikan kata - kata semangat kepada saya ketika itu. Saya ingat lagi kata - kata beliau ketika itu,

" yakinlah yang kamu boleh melakukannya, InsyaAllah, boleh. Allah bantu."

Selepas itu juga, Abi juga sempat memberikan kata - kata semangatnya buat saya. Katanya,

"awak lakukan yang terbaik. sehabis mungkin. InsyaAllah, boleh. Allah bantu"

Saya memulakan ucapan saya dengan doa. Ya, mulut saya terkumat kamit membaca doa ketika itu. Seusai membaca doa, saya menarik nafas dalam - dalam dan membisikkan kepada diri yang saya boleh melakukannya. Seorang rakan saya yang duduk dihadapan ketika itu, yang mungkin memahami keadaan saya ketika itu, senyum dan menunjukkan 'thumbs up' nya kepada saya sebagai tanda sokongan.

Alhamdulillah, Ya Allah. Kau memahami hasratku Ya Allah. Walaupun ada kekurangan pada malam itu, namun ianya satu percubaan pertama yang baik untuk saya. *need to practice more*

Ada pengajaran yang amat bernilai yang saya perolehi pada malam itu. Antaranya, pentingnya kebergantungan kita, HambaNya dengan pencipta Kita, Allah. Sentiasalah mengharap kepada Allah juga sentiasalah kita mendekatkan diri & mentaati Allah.

Selesainya ceramah, slot MENJUNJUNG KASIH bersama Tuan Rosli pula menyusul. Secara jujurnya, slot ini merupakan slot yang banyak memberi kesan yang cukup mendalam kepadaku. Kami diperingatkan tentang AMANAH.

" Ibu adalah pemegang amanah yang cukup setia. Walaupun ibu kesakitan ketika mengandungkan kita, namun Ibu cukup tabah. Walaupun ibu merintih kesakitan ketika mengandungkan kita, Ibu tetap mengandungkan kita. Walaupun ibu hampir - hampir hilang nyawanya ketika melahirkan kita, Ibu tetap melahirkan kita. Kerana apa? Kerana, kita adalah amanahnya. Ingatlah bahawa Ibu adalah amanah buat kita. Jangan sesekali kau persia - siakan mereka, amanah yang dipertanggungjawabkan Allah ke atasmu. "

" Ada lagi amanah yang dipertanggungjawabkan keatasmu. Masih ingat lagi perjanjianmu dengan Allah? Ketahuilah, perjanjian itu bukanlah ditulis diatas lembaran kertas. Namun perjanjian itu telah terpahat kemas didalam hatimu. Apa yang telah engkau lakukan dengan perjanjian & amanah tersebut? Adakah kau telah melaksanakannya dengan baik? "

" Beratnya amanah Mu ini Ya Allah. Lebih berat daripada apa yang ada di bumi ini. Letakkan amanah tersebut di hati. Jalankanlah amanah tersebut dengan sebaik - baiknya. Selagi kita masih hidup, peganglah & jalankanlah amanah tersebut dengan sebaik yang mungkin. "

Ya Allah, beratnya amanahMu yang telah di pertanggungjawabkan ke atasku. Bantulah aku, melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan keatasku dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah. Allah ya Qawiy, bantulah aku melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas ku Ya Allah.

HARI TERAKHIR
=> RABU, 27 JULAI 2011.

Pagi ini, aktiviti dimulakan dengan senaman pagi oleh Tuan Zahir (gelaran untuk Abi ketika kursus). Selepas itu, kami semua diperuntukkan masa untuk sarapan pagi dan mengemas barang - barang kami. Terasa sayu pada pagi itu kerana kami akan berpisah setelah 3 hari berkampung di Kem Idaman Nurani. Pada jam 9.30 pagi, aktiviti diteruskan dengan slot RUMUSAN dalam kumpulan. Dalam slot ini, kami semua merumuskan apa yang kami perolehi sepanjang mengikuti kursus ini.

Setelah tamatnya slot rumusan & sementara menanti ketibaan Tetamu kehormat untuk majlis penutup, kami mengambil kesempatan ini untuk merakamkan detik - detik indah kami bersama. =) *rindu kalian*

Bersama ahli kumpulan, cikgu Azri (fasilitator kumpulan kami), Tuan Zahir, Tuan Rosli & 2 org Fasilitator yg saya lupa namanya. *hehe, maaf2*

Bergambar di hadapan scoreboard bersama rakan - rakan.

Petai !!! =)

Selepas ucapan tetamu kehormat, acara diteruskan dengan acara penyampaian hadiah. Alhamdulillah, kumpulan kami memenangi hadiah kumpulan terbaik dan ketua kumpulan kami di angkat sebagai Peserta Perempuan Terbaik. =)

Seusai pembahagian hadiah bersama rakan - rakan, kami semua turun ke dewan makan untuk makan tengah hari seterusnya bersiap - siap untuk pulang. Sedih & sayu masa ini. Tidak mengapalah. "Setiap pertemuan ada perpisahan & Seandainya ini pertemuan kita yang terakhir, moga syurga menjadi tempat pertemuan kita seterusnya "

Kursus ini banyak mengajar saya untuk lebih menghargai sesuatu. Banyak lagi sebenarnya. Tetapi itulah pengajaran yang paling bermakna buat saya. Alhamdulillah. =D

*semua gambar di atas di rakam pada hari terakhir Kursus.*
- credits to Pei Yee. Thanks Pei Yee for the such memorable and awesome pics ! -

Amethyst JUARA !

Glory Glory Amethyst !

Tahniah kalian ! =)

Awesome

* Saya masuk acara perbarisan tahun ini & jadi tukang sorak bersama rakan baik saya, Fathin. *

Alhamdulillah.

Farewell Party - Jamuan Perpisahan

" Setiap pertemuan ada perpisahan. Kalau tidak ada perpisahan, maka tiadalah pertemuan yang baru "

" Seandainya ini pertemuan terakhir kita, semoga syurga menjadi tempat pertemuan kita seterusnya "

Hari ini kelas karisma telah mengadakan Jamuan Perpisahan untuk Ustaz Fadzil dengan jayanya. Great job guys ! Moga Allah membalas jasa baik kalian dengan sebaik - baik balasan. Insha Allah ! :)

Sekali lagi, Jazakumullah khairan khathira. Semoga Allah membalas jasa baik kalian dengan sebaik - baik balasan.

Kami sudah sedia maklum bahawa minggu ini merupakan minggu akhir Ustaz Fadzil berada di SMKSI. Hari Jumaat ini merupakan hari tamatnya praktikal Ustaz Fadzil & Ustaz Fahmi di sini.

We need to ask the principal permission to do the party. And plus, invite them to the party too. We're just wondering, " why we need to always invite them to our class party? "... hmmm..., it's okay. As long they give the permission for us to do the party. Thanks !

Majlis hari ini bermula pada pukul 1.40 petang. Selepas tamatnya kelas Bahasa Arab hari ini. Selepas ketibaan tetamu khas dari pejabat dan Ustaz Fadzil, Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Fadzil. Seterusnya, acara diteruskan dengan ucapan khas untuk ustaz. Ucapan ini dalam dwibahasa, Bahasa Arab & Bahasa Melayu. Saya hanya membantu mereka menyediakan teks tersebut. Ilham & Arqyla yang membacakan teks ucapan tersebut. Namun, di pertengahan ucapan, Arqyla memanggil saya untuk turut sama membantu mereka membaca teks tersebut.
* maaf kalian jika tulisan pada ketika itu sukar difahami =) *

Tetapi semasa mereka membacakan teks ucapan tersebut, Saya dapat melihat sesuatu yang agak membuatkan saya terkilan pada ketika itu. Ya, memang kamu tidak faham apa yang sedang dibacakan ketika itu, tapi sekurang - kurangnya pun, berhentilah sebentar. Dengar apa yang kami sedang ucapkan. Hormatilah orang yang sedang bercakap di hadapan. Bukannya tiada terjemahan teks tersebut. Ada !. Ya, pada waktu itu memang saya rasa terkilan sehinggakan saya terdetik di hati " lepas ni jika kalian yang memberi ucapan di hadapan, aku tak nak dengar pun! "...

Disebalik rasa terkilan itu, terselit juga rasa gembira kerana rakan - rakan dan ustaz sendiri mendengar dan memahami apa yang kami sampaikan di hadapan. Kalian memang terbaik ! =)

* During the speech *

* Ustz Fadzil. *

Seterusnya, jamuan diteruskan dengan acara makan - makan. Semua orang tengah lapar masa tu. The food was fantastic ! The delicacies was awesome ! Thank you guys for bringing the the food ! =D

Enjoy the pics. :)

* The food and delicacies. DELICIOUS! *

* Baca lah doa sebelum makan ! =) *

* Introducing the photographer, NUR AMALINA AZMI. Thanks a lot Amal *

=)

Pada akhir majlis, Ustaz mengucapkan ribuan terima kasih kepada kami semua. =) Alhamdulillah, semua seronok & berpuas hati dengan jamuan.

Akhir sekali, Jazakallah Khairan Khathira, Ustaz Fadzil. Daripada 4 Karisma ! =)

Credits :
To Amal. Thanks Amal for the awesome pics ! =)

Sunday, May 20, 2012

2012's Teacher's Day =')

Monday, January 30, 2012

Aku Janji SPM & PMR.

Thursday, January 19, 2012

Co-curriculum Week.

Friday, January 6, 2012

The First Week Of Senior Year.

4 January 2012.

It's January! 4th January. It's school. ok, It's school. I know that. =)
My first day of school is fun - Taaruf with a few new teacher, classmates and new surroundings.. Walaupun ada beberapa peristiwa yang kurang menyenangkan berlaku pada hari ini, tetapi, tidak mengapalah. Bukan semua yang kita mahukan kita akan dapat, tapi kita akan selalu akan dapat apa yang kita perlu. (saya dah dapat apa yang saya perlu, jadi tak perlulah diungkit lagi ya. Dah berlalu pun. =] ) Oh God, Forgive-Me-When-I-Whine. Kelas habis awal hari ini. yeay! Oh, ya. Tahun ini SMKSI ada pengetua yang baru - PN HAJAH ZAITON. =)

5 January 2012
Kelas hari ini di mulakan dengan subjek Add Maths. Azam saya tahun ini - saya akan cuba untuk lepas markah lulus untuk Add Maths. Saya cuba, Insya Allah.

6 January 2012
Hari ini ada mesyuarat agung rumah sukan untuk memilih ahli jawatankuasa tertinggi rumah sukan. Seorang sahabat saya telah dilantik menjadi setiausaha Rumah sukan kami - AMETHYST. Tahun lepas, rumah sukan kami jadi juara keseluruhan. Harapnya tahun ini juga amethyst akan terus jadi juara. =)

p/s: itulah antara catatan saya untuk minggu pertama persekolahan. Rasanya agak kekok untuk menulis pada kali ini. Tetapi, tidak mengapalah. Nanti lama - lama nanti biasalah =')

Thursday, November 17, 2011

Program Sahsiah Imtiyaz.

Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Nya. Masih lagi diberikan peluang untuk terus bernafas hari ini. Ya, aku masih lagi bernafas walaupun masih lagi terus - terusan melakukan dosa, Astaghfirullah.

Alhamdulillah, saya dipilih oleh Dia untuk menyertai program tersebut. Dia menggerakkan & menetapkan hati saya untuk menyertai program ini. Menghadapi konflik sama ada ingin turut serta atau menarik diri. Namun itulah takdirnya. Kita merancang dan Allah juga merancang. Tentunya perancangan - Nya lebih sempurna.

15 Nov 2011.

Ustaz Ikmal Azizi Abdullah mengisi slot ceramahnya. Seorang muallaf yang sudah 6 tahun memeluk agama Islam. Perkongsian bersama saat - saat dia mendapat hidayah daripada Allah. Juga teguran buat kami. Mendengar ceramahnya membuatkan aku terpana. Banyak sangat yang perlu kau ubah. Banyak.

"Sesungguhnya aku seorang yang hina, tapi Allah muliakan aku dengan iman & taqwa"
- Bilal bin Rabah -

16 Nov 2011

Hari kedua diisi dengan tiga slot ceramah. Menariknya, ketiga - tiga slot ceramah hari ini menekankan tentang Islam & solat. Solat - satu - satunya ibadah yang Nabi dapat perintah secara terus daripada Allah. Pentingnya solat kan? Penting sangat. Sangat.

- Sesiapa yang mendirikan solat, dia orang yang mendirikan agama
- Sesiapa yang meninggalkan solat, dia meruntuhkan agamanya sendiri. Seolah - olah ada rasa memperlekehkan Allah.
- Solat, amalan yang pertama di hisab. Sempurna solat, sempurnalah amalan yang lainnya.

Ingat ini, tidak ada orang yang meninggalkan solat, mati dalam keadaan yang baik.

Ila mardhatillah, Insha Allah ! =)

Saturday, October 29, 2011

Exam Is Not Finished Yet!

This Weeks paper:
Physic paper 3 & Biology paper 3 on Monday
Chemistry paper 1 & 2 on Tuesday
Chemistry paper 3 & Quran Sunnah on Wednesday
Arabic Language Paper 1 & 2 on the last day of the final examination. 

Okay... Study ! Study ! =)
All the best! 

مع التوفيق والنجاح

اتمنى لكم النجاح الباهر والتفوق

All The Best Guys !

Sunday, October 16, 2011

Unforgettable & Memorable Saturday ! =)

Assalamualaikum & hello readers! =)

Alhamdulillah, I had a such unforgettable, memorable & enjoyable Saturday. Alhamdulillah, I managed to join a Girl Guides program yesterday. I know that I'm still in examination week. But, It doesn't makes me to feel reluctant to join it. It was "Pandu Puteri Turun Padang". It's fun! We went to the school, wait for the teacher & friends before we're heading to Kampung Jawa, Hulu Langat. Our activity is helping a mushroom entrepreneur, learning more about the mushrooms & we're also given a chance to try it ! It's fun. Alhamdulillah =)

Bergambar bersama Aqilah & Fitrah sebelum bertolak ! =)
Our Teacher - Pn Norlia
Bergambar di halaman sekolah. Baru perasan bunga warna putih yang lawa tu.. haha =)
Bersama Rakan - Rakan yang turut serta....

Di Halaman Rumah Cik Habibah, usahawan cendawan. Lebih mesra panggil Cik Bib =)
Cik Bib yang baik hati & mesra. =)

Rumah Cendawan Cik Bib.

Sembur tangan dengan air detol dahulu ya ! =)

Membersihkan bongkah cendawan ! =)

Membersihkan Batas & menanam anak pokok peria =)

Betik ! =)

bergambar bersama pokok daun kesum masing - masing. Daun kesum ya, bukan ketum ! =)

Bergambar selepas kepenatan berkebun ! =)

Ketika makan tengah hari

Actually, I don't know how to describe my feelings right now. I'm speechless ! Let's the pictures above to describe how happy am I =) What can I say that, gardenig is fun ! Really fun !

We're heading home after lunch. Thanks Cik Bib for the precious knowledge about the mushrooms. And gardening also ! Thanks teacher for inviting us to join the program. Thanks to my friends for joining the program. And, Alhamdulillah, All praises only to Him for giving me permission to join it. Alhamdulillah. =)

p/s : Thanks a lot for Pn Norlia & Norhafizah for the memorable pics ! =)

Tuesday, October 11, 2011

Final Exam Comes ! =)

Okay, Fine! The final exam comes. I know that. 
I must face it bravely & confidently with Allah's help. I can't make it without His help and guidance. =)
I want to get a good result for the final examination. I must. I don't want to disappoint my mum with my bad result. 
I must. My mum helps me a lot, Alhamdulillah. Thank you Allah for the great blessings.
This is my Final exam. It means that, form 4 is nearly ends. Form 5 is about to begin. SPM candidates, next year ! I can't believe it! The time passes so fast.

oh, It's okay. You're grown up know. You know what's best for you with Allah's help. 

I'll sitting for the examination for three weeks.

Tomorrow's exam ;-
- BAHASA MELAYU 1 & BAHASA MELAYU 2.

Let's try our very best for this final examination ! & don't forget to always pray to Allah.
LET'S US BE THE BEST AMONG THE BEST! =)

Friday, July 29, 2011

Kursus Kejurulatihan PRS Daerah =)

KURSUS KEJURULATIHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA [PRS] GEMILANG,
DAERAH HULU LANGAT 2011,
KEM IDAMAN NURANI, SG LEPOH,
HULU LANGAT,
25 JULAI - 27 JULAI 2011
ISNIN - RABU

Seramai 4 orang wakil dari SMK Saujana Impian telah terpilih menyertai kursus ini. Sebanyak 31 buah sekolah sekitar Hulu Langat menyertainya. Alhamdulillah, syukur kerana saya dan tiga rakan sejawatan yang lain, Farhana, Nizar & Falihin, telah terpilih untuk menyertai kursus ini. Pada awalnya, saya sedikit keberatan untuk menyertainya kerana memikirkan hari Ahad itu baru sahaja pulang dari UKM menghadiri Persidangan Kebangsaan Pelajar Islam & tempat kursus tersebut merupakan tempat yang sama Kem PRS sekolah diadakan. Tetapi, terselit juga rasa ingin menyertainya. Pada ketika itu, saya telah menelefon mama, bertanyakan pendapatnya serta menyatakan keinginan untuk menyertainya. Alhamdulillah, Mama mengizinkan saya untuk menyertainya. Terima kasih juga diucapkan kepada Kaunselor, Kak Chik [Pn Rohana] & Abi [En Zahir] kerana telah memberi peluang kepada kami untuk menyertai kursus ini.

HARI PERTAMA,
=> ISNIN, 25 JULAI 2011. =D

Kami berempat bertolak ke Kem Idaman Nurani pada jam 12.30 tgh hari. Sebelum bertolak, saya sempat menyerahkan modul & buku SPS Chemistry kepada Ilham serta bertemu dengan rakan - rakan sekelas. Dalam perjalanan kami ke Kem Idaman Nurani bersama Cikgu Farihah, kami berbual - bual tentang perancangan masa hadapan kami. Cikgu banyak menceritakan tentang pengalamannya dan sebab dia memilih untuk menjadi kaunselor sekolah. Salah seorang rakan saya, Nizar mengatakan bahawa dia lebih berminat untuk menceburi bidang kulinari. Ada juga cikgu Farihah bertanyakan tentang beg ABIM yang saya bawa bersama ketika itu. Beg itu saya perolehi ketika menghadiri Persidangan Kebangsaan Pelajar Islam yang diadakan di UKM pada hari Sabtu & Ahad yang lepas [23 Julai - 24 Julai 2011]

Setibanya kami di Kem Idaman Nurani, kami dikehendaki untuk mendaftar, solat zohor serta menyiapkan keperluan untuk aktiviti seterusnya. Selepas solat zohor, saya & Farhana mengambil keputusan untuk terus duduk menanti arahan seterusnya di dewan serbaguna tersebut. Sedang kami seronok berbual - bual, Farhana bertemu dengan rakan lamanya. Saya dapat rasakan gembiranya Farhana bertemu dengan rakan lamanya, Fadzilah & Fadhilah. Dan untuk saya pula, mereka berdua merupakan orang yang mula - mula saya kenali di Kem ini.

Selepas solat Asar, Kursus diteruskan dengan slot "Pecah Bendungan". It's sounds weird, haha. "Ice breaking lah !". Banyak yang kami pelajari dalam slot ini. Aktiviti yang kami jalankan sepanjang slot ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan persahabatan antara ahli PRS dan menyingkirkan rasa malu yang berlebihan. Pada saya, aktiviti tersebut telah berjaya membuatkan saya lebih friendly & peramah dengan rakan - rakan yang baru serta menyingkirkan rasa malu pada perkara yang tidak sepatutnya.

"Di sini, di sini, kita berkumpul,
Di sini di sini kita berkumpul,
Salam, Salam, Salam, Salam, Salam,
Hoi, "

" Here we are, here we are,
Here we are again,
Here we are, here we are,
Here we are again,
Hello, Hello, Hello, Hello, Hello,
Hoi, "

" Cai celi, Cai celi Woh Men Cai Celi,
Cai celi, Cai celi Woh Men Cai Celi,
How Ma, How Ma, How Ma, How Ma, How Ma,
Hoi, "

" Enggeye, Enggeye, Engli porengeh,
Enggeye, Enggeye, Engli porengeh,
Vanikam, Vanikam, Vanikam, Vanikam, Vanikam,
Hoi, "

" Nengkene, Nengkene Ketemu Mering,
Nengkene, Nengkene Ketemu Mering,
Kabare, Kabare, Kabare, Kabare, Kabare,
Hoi. "

" Awak pegang saya punya,
Saya pegang awak punya,
Kita sama - sama pegang,
Pegang TANGANNYA. "

* yg kat atas ni lagu2 yg kami nyanyikan masa slot. Seronok ! =) *

Selepas itu, pemilihan Tok Batin & Nek Batin diadakan. Teh Chee Hong telah dipilih sebagai Tok Batin. Dia yang mencadangkan dirinya sendiri dan menang TANPA bertanding sebab tidak ada orang yang nak cabar beliau. Untuk jawatan Nek Batin pula, ada seorang calon yang saya tidak pasti dari sekolah mana. Rakannya yang mencadangkan dia. Pada ketika itu, Abi, selaku Kem Komandan kami bertanyakan sama ada untuk terus memilih beliau tanpa undian atau secara undian. Ramai yang bersetuju untuk pilih beliau tanpa undian. Saya yang tidak bersetuju ketika itu berbisik kepada rakan sebelah untuk cabar calon tersebut. Rakan tersebut pula memulangkan paku buah kerasnya kepada saya. Dia pula yang minta saya untuk cabar calon tersebut. Tanpa berlengah & berfikir panjang, saya terus mengangkat tangan. Abi bertanya kepada saya " awak nak cabar dia? " Saya hanya mengangguk dan terus kehadapan. Seingat saya ada tiga orang calon Nek Batin ketika itu. Tujuan saya ketika itu hanyalah untuk melatih sifat & mengasah bakat kepimpinan saya. Bukan untuk mendapatkan gelaran semata - mata. Setelah memperkenalkan diri masing - masing & undian dijalankan, Alhamdulillah Allah memahami hasrat saya. =)

Saya dilantik menjadi Nek Batin. =)

Pada sebelah malam, selepas solat maghrib, bacaan Yasin, Solat hajat & Solat Isyak, aktiviti kami diteruskan lagi dengan sesi Taaruf. Selepas itu, kami diperingatkan oleh Tuan Mahadzir tentang Khalifah dalam slotnya KHALIFAH BUMI (WORLD CALIPHS). Banyak yang di perolehi pada malam itu. Antaranya,

"kita semua adalah khalifah di muka bumi ini. Allah tidak menciptakan manusia kecuali hanya untuk beribadah kepada Nya. Allah tidak menciptakan kita secara sia - sia. Sebagai khalifah, kita ditugaskan untuk memakmurkan bumi Allah ini. "

"Sebagai khalifah, apa yang telah engkau lakukan untuk memakmurkan bumi Allah ini? "

"Sedarlah, kau tiada masa lagi untuk main - main."

" Banyak yang perlu engkau lakukan. "

Selepas minum malam, aktiviti di teruskan lagi dengan night walk. Berjalan meredah hutan dalam kegelapan malam. Pada ketika itu, hanya ketua kumpulan yang dibenarkan untuk memegang lampu suluh. Bayangkanlah betapa gelapnya hutan & sejuknya air sungai ketika itu. Kami bagai orang buta malam itu. Mengingatkan kami supaya menggunakan nikmat pancaindera yang dikurniakan Allah dengan sebaik - baiknya. Subhanallah, nyamannya udara ketika itu. =) Alhamdulillah.

HARI KEDUA,
=> SELASA, 26 JULAI 2011 =)

Selepas senaman & sarapan pagi, aktiviti kami dimulakan dengan ceramah bersama Tuan Rosli. Dalam ceramah ini, kami didedahkan dengan KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING. Berikut adalah antara kemahiran asas kaunseling yang kami pelajari;

* KEMAHIRAN JIWA.

- Bersedia.
Kaunselor / PRS perlu bersedia untuk mendengar. Juga tidak terganggu dengan emosi sendiri. Jika masa itu merupakan masa klien untuk meluahkan masalah tidak sesuai dengan masa kita, (kita belum cukup bersedia) cuba tolak dengan baik dan menangguhkan sesi pada waktu yang sesuai.

- Ikhlas
Kita perlu ikhlas. Ikhlas disini ialah melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan daripada orang yang dibantu. Juga hanya untuk mengharapkan redha Allah. Kita perlu ikhlas menerima klien tanpa meletakkan sebarang syarat.

- Tidak Berperasangka
Kita tidak seharusnya meletakkan persepsi terhadap klien. Juga tidak patut & tidak layak untuk menghakimi klien. Tolak tepi dan buang jauh - jauh tanggapan negatif terhadap klien.

- Empati
Kemahiran tertinggi seorang kaunselor / PRS. Empati ialah memahami dan merasai dengan mendalam apa yang dirasai oleh klien. Secara mudahnya, kita meletakkan diri kita dalam situasi klien. Kita merasai apa yang dirasai oleh klien.

* KEMAHIRAN KOMUNIKASI

- Eye Contact.
Adanya hubungan pandangan dengan klien. Pandangan tersebut perlulah dilakukan dengan ikhlas. Namun, jika klien kita itu berlawanan jenis, elakkan daripada terlalu lama memandang matanya. Perlu juga kita alihkan pandangan mata sekali sekala.

- Dorongan Minima.
Perbuatan yang mengiyakan seperti mengangguk - anggukkan kepala & apa sahaja perbuatan yang menunjukkan rasa berminat untuk mendengar masalah klien. Perlu untuk menggalakkan klien untuk terus menceritakan masalahnya.

- Soalan Tertutup.
Soalan yang ringkas untuk jawapan yang pendek. Contoh,

"Siapa nama awak?"
"Diyana"

Perlu untuk dapatkan kepastian & maklumat.

- Soalan Terbuka.
Perlu untuk menggalakkan klien terus berkongsi. Juga untuk mendapatkan penjelasan yang lebih luas dan panjang.

- Parafarsa.
Ulang apa yang klien kongsi dengan perkataan sendiri. Bertujuan untuk memudahkan seseorang mengingat masalah klien. Hanya cukup dengan mengulang isi - isi penting sahaja. Kesannya, membuatkan klien rasa difahami.

- Rumusan.
Rumuskan apa yang telah diperkatakan oleh klien.

Pada sebelah tengah harinya pula, aktiviti jungle trekking diadakan. Seronok! Pengalaman yang saya dapat sepanjang jungle trekking ialah Jangan mudah berputus asa. Hadapilah segala cabaran dan halangan dengan tabah. Pengalaman yang paling berharga pada saya ialah, menunaikan solat zohor dalam hutan. Hanya beralaskan daun sebaai tempat sujud. Subhanallah!

" Layakkah engkau mempunyai rasa sombong, riya' & bongkak sedangkan engaku hanyalah hambanya yang telah diciptakan oleh Nya dan akan kembali kepada Nya jua? "

Pada sebelah petang, ada aktiviti Ultimate challenge. Sungguh mencabar & menyeronokkan. Ada 7 halangan yang perlu dilalui semuanya. Salah satu halangan yang sangat mencabar untuk saya ialah berenang melepasi halangan. Agak risau ketika itu. Namun, Alhamdulillah kami berjaya melepasi halangan tersebut. * Alhamdulillah, syukur saya masih bernafas =D

Pada sebelah malamnya pula, aktiviti kami diteruskan lagi dengan forum bertajuk REMAJA: REALITI, CABARAN DAN HARAPAN. Forum ini seronok! Forum ini dikendalikan oleh beberapa orang PRS lelaki. Lebih membincangkan tentang remaja masa kini.

Selepas solat Isyak, aktiviti kami diteruskan lagi dengan Ceramah undangan, KOMUNIKASI BERKESAN oleh TUAN SHAMSUL BAHRAIN. Selepas tamatnya forum, saya dipanggil oleh Tuan Rosli dan beliau memberi tugas yang agak mencabar bagi saya malam itu. Saya ditugaskan untuk menjadi PENGACARA MAJLIS. Saya hanya menerimanya walaupun bergelut dengan rasa gementar ketika itu. Sebelum memulakan majlis, saya berjumpa dengan Tuan Rosli mengatakan bahawa "ini merupakan kali pertama saya ditugaskan menjadi Pengacara majlis. Saya mohon ampun & maaf sekiranya apa yang Tuan Rosli harapkan tidak menjadi seperti apa yang Tuan harapkan." Tuan Rosli hanya meminta saya untuk bertenang dan memberikan kata - kata semangat kepada saya ketika itu. Saya ingat lagi kata - kata beliau ketika itu,

" yakinlah yang kamu boleh melakukannya, InsyaAllah, boleh. Allah bantu."

Selepas itu juga, Abi juga sempat memberikan kata - kata semangatnya buat saya. Katanya,

"awak lakukan yang terbaik. sehabis mungkin. InsyaAllah, boleh. Allah bantu"

Saya memulakan ucapan saya dengan doa. Ya, mulut saya terkumat kamit membaca doa ketika itu. Seusai membaca doa, saya menarik nafas dalam - dalam dan membisikkan kepada diri yang saya boleh melakukannya. Seorang rakan saya yang duduk dihadapan ketika itu, yang mungkin memahami keadaan saya ketika itu, senyum dan menunjukkan 'thumbs up' nya kepada saya sebagai tanda sokongan.

Alhamdulillah, Ya Allah. Kau memahami hasratku Ya Allah. Walaupun ada kekurangan pada malam itu, namun ianya satu percubaan pertama yang baik untuk saya. *need to practice more*

Ada pengajaran yang amat bernilai yang saya perolehi pada malam itu. Antaranya, pentingnya kebergantungan kita, HambaNya dengan pencipta Kita, Allah. Sentiasalah mengharap kepada Allah juga sentiasalah kita mendekatkan diri & mentaati Allah.

Selesainya ceramah, slot MENJUNJUNG KASIH bersama Tuan Rosli pula menyusul. Secara jujurnya, slot ini merupakan slot yang banyak memberi kesan yang cukup mendalam kepadaku. Kami diperingatkan tentang AMANAH.

" Ibu adalah pemegang amanah yang cukup setia. Walaupun ibu kesakitan ketika mengandungkan kita, namun Ibu cukup tabah. Walaupun ibu merintih kesakitan ketika mengandungkan kita, Ibu tetap mengandungkan kita. Walaupun ibu hampir - hampir hilang nyawanya ketika melahirkan kita, Ibu tetap melahirkan kita. Kerana apa? Kerana, kita adalah amanahnya. Ingatlah bahawa Ibu adalah amanah buat kita. Jangan sesekali kau persia - siakan mereka, amanah yang dipertanggungjawabkan Allah ke atasmu. "

" Ada lagi amanah yang dipertanggungjawabkan keatasmu. Masih ingat lagi perjanjianmu dengan Allah? Ketahuilah, perjanjian itu bukanlah ditulis diatas lembaran kertas. Namun perjanjian itu telah terpahat kemas didalam hatimu. Apa yang telah engkau lakukan dengan perjanjian & amanah tersebut? Adakah kau telah melaksanakannya dengan baik? "

" Beratnya amanah Mu ini Ya Allah. Lebih berat daripada apa yang ada di bumi ini. Letakkan amanah tersebut di hati. Jalankanlah amanah tersebut dengan sebaik - baiknya. Selagi kita masih hidup, peganglah & jalankanlah amanah tersebut dengan sebaik yang mungkin. "

Ya Allah, beratnya amanahMu yang telah di pertanggungjawabkan ke atasku. Bantulah aku, melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan keatasku dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah. Allah ya Qawiy, bantulah aku melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas ku Ya Allah.

HARI TERAKHIR
=> RABU, 27 JULAI 2011.

Pagi ini, aktiviti dimulakan dengan senaman pagi oleh Tuan Zahir (gelaran untuk Abi ketika kursus). Selepas itu, kami semua diperuntukkan masa untuk sarapan pagi dan mengemas barang - barang kami. Terasa sayu pada pagi itu kerana kami akan berpisah setelah 3 hari berkampung di Kem Idaman Nurani. Pada jam 9.30 pagi, aktiviti diteruskan dengan slot RUMUSAN dalam kumpulan. Dalam slot ini, kami semua merumuskan apa yang kami perolehi sepanjang mengikuti kursus ini.

Setelah tamatnya slot rumusan & sementara menanti ketibaan Tetamu kehormat untuk majlis penutup, kami mengambil kesempatan ini untuk merakamkan detik - detik indah kami bersama. =) *rindu kalian*

Bersama ahli kumpulan, cikgu Azri (fasilitator kumpulan kami), Tuan Zahir, Tuan Rosli & 2 org Fasilitator yg saya lupa namanya. *hehe, maaf2*

Bergambar di hadapan scoreboard bersama rakan - rakan.

Petai !!! =)

Selepas ucapan tetamu kehormat, acara diteruskan dengan acara penyampaian hadiah. Alhamdulillah, kumpulan kami memenangi hadiah kumpulan terbaik dan ketua kumpulan kami di angkat sebagai Peserta Perempuan Terbaik. =)

Seusai pembahagian hadiah bersama rakan - rakan, kami semua turun ke dewan makan untuk makan tengah hari seterusnya bersiap - siap untuk pulang. Sedih & sayu masa ini. Tidak mengapalah. "Setiap pertemuan ada perpisahan & Seandainya ini pertemuan kita yang terakhir, moga syurga menjadi tempat pertemuan kita seterusnya "

Kursus ini banyak mengajar saya untuk lebih menghargai sesuatu. Banyak lagi sebenarnya. Tetapi itulah pengajaran yang paling bermakna buat saya. Alhamdulillah. =D

*semua gambar di atas di rakam pada hari terakhir Kursus.*
- credits to Pei Yee. Thanks Pei Yee for the such memorable and awesome pics ! -

Thursday, July 21, 2011

Kejohanan Sukan & Balapan SMKSI

Amethyst JUARA !

Glory Glory Amethyst !

Tahniah kalian ! =)

Awesome

* Saya masuk acara perbarisan tahun ini & jadi tukang sorak bersama rakan baik saya, Fathin. *

Alhamdulillah.

Tuesday, July 19, 2011

حفلة الوداع

Farewell Party - Jamuan Perpisahan

" Setiap pertemuan ada perpisahan. Kalau tidak ada perpisahan, maka tiadalah pertemuan yang baru "

" Seandainya ini pertemuan terakhir kita, semoga syurga menjadi tempat pertemuan kita seterusnya "

Hari ini kelas karisma telah mengadakan Jamuan Perpisahan untuk Ustaz Fadzil dengan jayanya. Great job guys ! Moga Allah membalas jasa baik kalian dengan sebaik - baik balasan. Insha Allah ! :)

Sekali lagi, Jazakumullah khairan khathira. Semoga Allah membalas jasa baik kalian dengan sebaik - baik balasan.

Kami sudah sedia maklum bahawa minggu ini merupakan minggu akhir Ustaz Fadzil berada di SMKSI. Hari Jumaat ini merupakan hari tamatnya praktikal Ustaz Fadzil & Ustaz Fahmi di sini.

We need to ask the principal permission to do the party. And plus, invite them to the party too. We're just wondering, " why we need to always invite them to our class party? "... hmmm..., it's okay. As long they give the permission for us to do the party. Thanks !

Majlis hari ini bermula pada pukul 1.40 petang. Selepas tamatnya kelas Bahasa Arab hari ini. Selepas ketibaan tetamu khas dari pejabat dan Ustaz Fadzil, Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Fadzil. Seterusnya, acara diteruskan dengan ucapan khas untuk ustaz. Ucapan ini dalam dwibahasa, Bahasa Arab & Bahasa Melayu. Saya hanya membantu mereka menyediakan teks tersebut. Ilham & Arqyla yang membacakan teks ucapan tersebut. Namun, di pertengahan ucapan, Arqyla memanggil saya untuk turut sama membantu mereka membaca teks tersebut.
* maaf kalian jika tulisan pada ketika itu sukar difahami =) *

Tetapi semasa mereka membacakan teks ucapan tersebut, Saya dapat melihat sesuatu yang agak membuatkan saya terkilan pada ketika itu. Ya, memang kamu tidak faham apa yang sedang dibacakan ketika itu, tapi sekurang - kurangnya pun, berhentilah sebentar. Dengar apa yang kami sedang ucapkan. Hormatilah orang yang sedang bercakap di hadapan. Bukannya tiada terjemahan teks tersebut. Ada !. Ya, pada waktu itu memang saya rasa terkilan sehinggakan saya terdetik di hati " lepas ni jika kalian yang memberi ucapan di hadapan, aku tak nak dengar pun! "...

Disebalik rasa terkilan itu, terselit juga rasa gembira kerana rakan - rakan dan ustaz sendiri mendengar dan memahami apa yang kami sampaikan di hadapan. Kalian memang terbaik ! =)

* During the speech *

* Ustz Fadzil. *

Seterusnya, jamuan diteruskan dengan acara makan - makan. Semua orang tengah lapar masa tu. The food was fantastic ! The delicacies was awesome ! Thank you guys for bringing the the food ! =D

Enjoy the pics. :)

* The food and delicacies. DELICIOUS! *

* Baca lah doa sebelum makan ! =) *

* Introducing the photographer, NUR AMALINA AZMI. Thanks a lot Amal *

=)

Pada akhir majlis, Ustaz mengucapkan ribuan terima kasih kepada kami semua. =) Alhamdulillah, semua seronok & berpuas hati dengan jamuan.

Akhir sekali, Jazakallah Khairan Khathira, Ustaz Fadzil. Daripada 4 Karisma ! =)

Credits :
To Amal. Thanks Amal for the awesome pics ! =)

♥ Aim

Aku ingin menjadi seorang Mukmin Profesional yang memiliki High Touch & High Tech untukku menyepadukan antara kehidupan di Dunia dan Akhirat. :)

♥ Status

Can I push my self harder ? leisure time should not be wasted just only for the social network. Goodbye all. I need to be focus. My passion towards books, never ends :)

♥ Greetings :'D

♥ Self Reminder

Allah adalah KEKUATAN. Untuk mencari kekuatan, carilah Allah.
Optimislah ! :')

♥ Blog Post

♥ Friendships :')

♥ Friendships :')
Diyana & Jehaada

Fathin, Ashikin, Yam & Diyana

Fourlks Of Charisma ♥

♥ Compliments

Proudly Posted By Nurdiyana Mohd Rohaizad ♥. Powered by Blogger.