Farewell Party - Jamuan Perpisahan
" Setiap pertemuan ada perpisahan. Kalau tidak ada perpisahan, maka tiadalah pertemuan yang baru "" Seandainya ini pertemuan terakhir kita, semoga syurga menjadi tempat pertemuan kita seterusnya "


Hari ini kelas karisma telah mengadakan Jamuan Perpisahan untuk Ustaz Fadzil dengan jayanya. Great job guys ! Moga Allah membalas jasa baik kalian dengan sebaik - baik balasan. Insha Allah ! :)
Sekali lagi, Jazakumullah khairan khathira. Semoga Allah membalas jasa baik kalian dengan sebaik - baik balasan.
Kami sudah sedia maklum bahawa minggu ini merupakan minggu akhir Ustaz Fadzil berada di SMKSI. Hari Jumaat ini merupakan hari tamatnya praktikal Ustaz Fadzil & Ustaz Fahmi di sini.
We need to ask the principal permission to do the party. And plus, invite them to the party too. We're just wondering, " why we need to always invite them to our class party? "... hmmm..., it's okay. As long they give the permission for us to do the party. Thanks !
Majlis hari ini bermula pada pukul 1.40 petang. Selepas tamatnya kelas Bahasa Arab hari ini. Selepas ketibaan tetamu khas dari pejabat dan Ustaz Fadzil, Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Fadzil. Seterusnya, acara diteruskan dengan ucapan khas untuk ustaz. Ucapan ini dalam dwibahasa, Bahasa Arab & Bahasa Melayu. Saya hanya membantu mereka menyediakan teks tersebut. Ilham & Arqyla yang membacakan teks ucapan tersebut. Namun, di pertengahan ucapan, Arqyla memanggil saya untuk turut sama membantu mereka membaca teks tersebut.
* maaf kalian jika tulisan pada ketika itu sukar difahami =) *
Tetapi semasa mereka membacakan teks ucapan tersebut, Saya dapat melihat sesuatu yang agak membuatkan saya terkilan pada ketika itu. Ya, memang kamu tidak faham apa yang sedang dibacakan ketika itu, tapi sekurang - kurangnya pun, berhentilah sebentar. Dengar apa yang kami sedang ucapkan. Hormatilah orang yang sedang bercakap di hadapan. Bukannya tiada terjemahan teks tersebut. Ada !. Ya, pada waktu itu memang saya rasa terkilan sehinggakan saya terdetik di hati " lepas ni jika kalian yang memberi ucapan di hadapan, aku tak nak dengar pun! "...
Disebalik rasa terkilan itu, terselit juga rasa gembira kerana rakan - rakan dan ustaz sendiri mendengar dan memahami apa yang kami sampaikan di hadapan. Kalian memang terbaik ! =)

* During the speech *

* Ustz Fadzil. *
Seterusnya, jamuan diteruskan dengan acara makan - makan. Semua orang tengah lapar masa tu. The food was fantastic ! The delicacies was awesome ! Thank you guys for bringing the the food ! =D
Enjoy the pics. :)

* The food and delicacies. DELICIOUS! *
* Baca lah doa sebelum makan ! =) *
* Introducing the photographer, NUR AMALINA AZMI. Thanks a lot Amal *

=)
Pada akhir majlis, Ustaz mengucapkan ribuan terima kasih kepada kami semua. =) Alhamdulillah, semua seronok & berpuas hati dengan jamuan.


Akhir sekali, Jazakallah Khairan Khathira, Ustaz Fadzil. Daripada 4 Karisma ! =)

Credits :
To Amal. Thanks Amal for the awesome pics ! =)














0 comments:
Post a Comment