
* syukran jazilan in arabic means thank you in English & " terima kasih" in Malay =) *
for organizing a great program to us today.
Like usual, we had our boring assembly today. (but today's is not because there are Maths & Science Month closing ceremony and Prize Giving Ceremony. Great ! Awesome =] ) The prefect in charge told us to stay at the Dataran Gemilang (the name of our assembly site) after the assembly. We're curious but happy that time.
As the assembly finished, all the KAA students waits at the Dataran Gemilang. Then, we saw Ustaz Fadzil & go at him. Then, he says,
"kamu tiada kelas untuk hari ini. ada program. Lepas ini, terus pergi ke Bilik Saujana Harmoni"...
I'm speechless ! we're so happy. yeay! As we're so happy that time, Fathin and I hugged.
The program =)
(now i'm using Malay Languages)
نهضة شباب
Pada awal program ini, Ustazah mengatakan bahawa program ini merupakan program yang dianjurkan oleh Ustaz Fadzil & Ustaz Fahmi. =)
Selepas kami diperkenalkan dengan beberapa orang fasilitator, program bermula. Ustaz Fadzil banyak menceritakan tentang pengalamannya sebagai seorang pelajar. Program ini lebih kepada sharing moment & motivasi untuk menaikkan semangat kami semua. Banyak yang aku dapat sepanjang program ini. Antaranya,
Kita kena selalu ingat siapa pencipta kita. Ingat juga apa sebenarnya tujuan sebenar kita berada di muka bumi Allah ini. Selain itu, tanamkan juga rasa kasih, sayang & cinta kita kepada Rasulullah. Hayati perjalanan sirahnya.
Jangan pernah malu untuk menceritakan pengalamanmu bersama yang lain kerana setiap daripada kita mempunyai pengalaman yang tersendiri. Setiap pengalaman yang baik merupakan teladan dan setiap pengalaman yang kurang baik merupakan sempadan. Jadikan ia sebagai pengajaran. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Everything happens for a reason.=)
Ada juga Ustaz ceritakan tentang pengalamannya tika menjawab kertas SPM sejarah. Katanya, lepas sahaja ustaz buka kertas soalan, apa yang ustaz baca tidak ditanya. Pada waktu itu ustaz blank. Bayangkanlah bagaimana perasaan ustaz ketika itu. Apa yang telah ustaz lakukan ketika itu itu ialah;
Ingat Allah,
Selawat banyak - banyak,
baca surah Al - Insyirah,
tenangkan diri,
cuba ingat balik apa yang telah di ajarkan oleh guru,
jawab dan tawakkal kepada Allah.
Berdoa.
Alhamdulillah, Allah bantu ustaz, Hasilnya baik.
Pada akhir slot yang pertama, ustaz berpesan bahawa setiap apa yang kita lakukan, Kita perlu senantiasa ingat Allah.
Pada slot kedua, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Saya dapat no 4 maka saya berada dalam kumpulan 4. Namun, kumpulan kami di pecah - pecahkan dan dibahagikan untuk masuk ke kumpulan lain. Kini, saya berada dalam kumpulan 2 bersama Nadiah, Ashkin, Syafiqah, Siti, Amalina dan beberapa orang lagi. Fasilitator kumpulan kami ialah Kak Athirah. =)
Slot kedua ini diberi tajuk " Rumah Idaman ". Kami dikehendaki berbincang dalam kumpulan, lukis pada kertas mahjong & beberapa orang wakil daripada setiap kumpulan perlu menerangkan tentang rumah tersebut. Juga menjawab soalan yang di kemukakan oleh ustaz.

* khusyuk mendengar apa yang di perkatakan di hadapan *
Pada akhir slot ini, ustaz Fahmi ada berpesan kepada kami semua tentang dosa yang akan dipercepatkan azabnya. Kalau tidak di dunia, di akhirat kelak. Dosa yang akan dipercepatkan azabnya ialah Dosa kepada kedua ibu bapa. Maka ingatlah, sentiasalah berbuat baik kepada mereka. Jika kita pernah terkasar dengan mereka, katalah kepada mereka, " sekiranya aku pernah membuat perasaanmu terguris, maafkanlah aku. " Mohonlah keampunan mereka.
Akhir sekali,
Jazakallah khairan khathira. Moga Allah membalas jasa baik kalian dengan sebaik - baik balasan =)











0 comments:
Post a Comment