There Are Reasons Behind It..=)

" Kadang - Kadang manusia mudah putus asa akan rahmat Allah sebelum melakukan sesuatu, kadang - kadang manusia terlalu mahukan yang terbaik tanpa berusaha yang terbaik, kadang - kadang manusia jahil dalam ilmunya tanpa berusaha memperbaikinya, Ingatlah keberkatan dalam hidup ini perlukan HIJRAH ke arah yang MAKRUF. " =]

"Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang memuji anda, tetapi orang yg dapat menunjukkan kesalahan anda. Kasihilah musuh anda kerana ia telah menyebutkan kesalahan anda. Lazimnya pujian itu menjauhkan dirimu dari kebenaran. Salah satu hal yg mesti engkau mohon pada Allah ialah dijauhkan dari perasaan sudah sempurna, kerana pada saat dirimu telah merasa sempurna, disitulah sebenarnya kekurangannya.."
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Merenung ke dalam diri....

Aku dapat rasakan bahawa hatiku kini sangat - sangat perlu pada 'rawatan'. Hatiku kini sedang sakit... Rohaniku kian membarah! Sesuatu perlu aku lakukan kini. Ada yang perlu di sesah. Ada jahiliyyah dalam diri yang perlu aku hapus. Aku yakin, ada yang tidak kena dengan diri ini! 

Bila di ingat - ingatkan semula, aku dapat rasa yang kualiti ibadahku kini kian menurun. Kadang - kadang aku rasa, ibadah yang aku lakukan itu seolah - olah tidak memberi kesan pada diri. Bagai ada yang hilang dalam diri ini - Sesuatu yang sangat-sangat berharga untukku terus berusaha menggapai redhaNya!

Ada yang masih kurang dalam diri ini... - Ilmu, penghayatan, pengamalan, pemahaman dalam agamaku sendiri, sikap... Bagaimana aku ingin cetuskan rasa mahu daripada tahu? 
 Tahu itu pada akal. Mahu itu letaknya pada hati. - (petikan daripada buku Beduk Diketuk, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi)
Bagaimana dengan sikapku kini? Aku yang memandang mereka dengan pandangan yang kurang enak atau mereka yang memandangku sebegitu? Teringat kata - kata ini ; "What you see is what you get" Bukan pentingnya pada apa yang kita lihat, tapi yang lebih penting lagi adalah 'cara' kita melihat sesuatu perkara.
Ada satu lagi kata - kata yang aku rasa tepat mengena pada diriku sendiri ; " Satu jari kita menunding kesalahan pada orang lain, baki empat jari itu ke belakang, menunding pada diri kita sendiri." - maksudnya, aku yang lebih bersalah, bukan orang lain.

Pelbagai ragam. Berbagai rasa. Aneka reaksi. Baik atau buruk - itu penentunya. Aku yang perlu menentukannya. Perlu akal yang tajam untuk menimbang baik buruk sesuatu tindakan. Juga hati yang bersih untuk menggamit bantuanNya!

"Orang yang faham & amal agama memang suka menghukumkah?" - begitu soalku pada diri sendiri...
Atau apa yang aku rasa serta hadapi kini adalah pengajaran untukku kerana aku juga turut mudah menghukum 'orang lain' pada suatu ketika dahulu agar aku dapat belajar supaya sentiasa memandang 'orang lain' dengan pandangan rahmat & kasih?

Siapa aku untuk menghukum orang lain? Aku cuma hambaNya yang hina. Sedang aku juga penuh dengan dosa, masih merangkak - rangkak untuk berubah jadi baik serta seringkali pula tersungkur berkali - kali ke lembah dosa, selalu juga berputus asa, mudah patah dalam mujahadah, tidak gigih dalam berusaha, tak tahan dengan ujian, kalah dalam perjuangan, sering pula aku mengeluh... Andainya dosa - dosaku itu mempunyai bau, entah siapa yang sanggup berada di sampingku!

Orang yang bijak akan lebih mudah terkesan dengan bisikan berbanding jeritan - petikan daripada buku Beduk Diketuk, karya Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
 Dengarlah bisikan Tuhan. Penuhilah panggilan-Nya melalui kemanisan ketaatan. Jika tidak, kita terpaksa mendengar 'jeritan'Nya menerusi azab pedih dosa apabila terus menerus derhaka.... Ya Allah, jadikanlah kami hamba yang 'amil (mengamal) setelah 'alim (mengetahui) ilmu-MU amin. - Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Ikhlaskah aku? Atau aku masih mengharapkan imbuhan, pujian serta sanjungan daripada manusia lain?... Mana yang utama, redha Allah atau redha Manusia? Bahagiakah aku sekiranya hanya redha manusia sahaja yang dapat aku raih tanpa dapat aku mendapat redhaNya?

Hidup ini adalah perjuangan.
Matlamatnya adalah untuk menang di hari kemudian.
Kita bersedia untuk kematian,
namun kita bukan yang terburu-buru untuk mati dengan kesia-siaan.
Dunia adalah ladang,
akhirat adalah tempat menuai hasil,
maka di dunia inilah perlu ditumpahkan segala penat jerih,
agar di akhirat nanti mendapat kebahagiaan hasil usaha kita nan gigih. - Hilal Asyraf

Bagaimana pula aku ketika sedang menjalankan amanahku? - Bersungguh atau sambil lewa sahaja? Aku bersalah...bahkan berdosa dengan anak - anak yang suci fitrahnya itu! Aku bertanggungjawab mendidik mereka dengan nilai dan akhlak yang telah diajarkan oleh Allah dalam kitab suciNya - Al-Quran.
Bagaimana mungkin aku dapat mendidik mereka sedang aku juga masih tidak betul pengamalan ilmu & akhlak? Bagaimana mungkin aku dapat mengubah sekiranya aku yang tidak berubah terlebih dahulu?

Melakukan kesilapan bukan satu kesilapan... tetapi mengulangi kesilapan yang sama itulah kesilapan sebenar. Allah pun memaafkan kesilapan insan, mengapa kita tidak sudi memaafkan? Allah pun cinta kepada orang yang membetulkan kesilapannya, mengapa kita terus membencinya?
Maafkan dirimu, dengan memberi peluang untuk diri sendiri membetulkan kesilapan.
Maafkan orang lain, dengan menerima hakikat, kesilapan adalah fitrah seorang insan. - Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Kembali pada Allah.
Kembali pada Allah.
Kembali pada Allah

Itu pokok pangkalnya!

Jagalah Allah, maka Allah akan menjaga kamu :)

" Kita ini tidak baik, cuma kita sedang berusaha untuk jadi baik! "

Masa lalu kita bukan alasan untuk terus bergelumang dengan silap dan dosa.
Selagi Allah masih berikan kita hidup, itu tandanya peluang masih terbuka untuk menjadi hambaNya. - Hilal Asyraf

Ya,
Masa depanku masih suci untukku corakkan dengan warna - warna indah!
Masa depanku masih bersih untukku lakarkan dengan rona - rona keindahan!
Masih ada peluang untukku!
Masih ada peluang untukku!
Masih ada peluang untukku! - untuk berbekal-bekal dengan iman & takwa agar dapat aku layari 'bahtera' ini dengan selamat, tanpa karam, lemas.

Tak Usah Berpaling Ke Belakang lagi!

Berjalanlah dan Jangan pernah berhenti berlari!

Optimis dan kembalilah padaNya!

The Video =)

Saat engkau melalui sebuah kehidupan,
Ketika engkau mengalami,
Zaman perubahan,
Ketika zaman remajamu mula menjengah,
Jikala sang teruna mula mengintaimu,
Jikala sang teruna mula pandai memikatmu,

Waktu itu,
Kau akan leka,
dan,
Kau akan alpa.

Leka dengan dunia remajamu,
Alpa dengan dunia yang mempersonakan,
Dunia yang penuh dengan godaan,

Namun,
Janganlah kau lupa wahai remajaku,
Apa yang di ajar,
Oleh kedua orang tuamu.

Masihkah tersemat di mindamu?,
Masihkah terpahat di hatimu?,
Pesanan sang guru,
Yang tak pernah jemu mendidikmu,
Pesanan sang guru,
Yang begitu menyayangimu,

Dititipkan pesanan buatmu,
Perintah Allah jangan di lupa,
Hormati orang tua,
Janganlah alpa,
Tanggungjawab pada agama di pikul bersama.

Masih ingatkah lagi semua itu?,
Masih ingatkah lagi,
Wahai putera dan puteriku sekalian?.

Ingatlah pesananku ini,
Janganlah kau terpesona,
Dengan pujukan cinta,
Yang bakal menjerumusmu,
Ke lembah hina.

pejamkanlah matamu itu,
buat seketika,
ketika engkau sedang di rayu lusa,
bayangkan
panasnya mentari membara
panas lagi sang api neraka
lihatlah
letusan lahar gunung berapi
begitulah lahar
dari kolam nanah dan darah
yang akan engkau jilati
begitu hitam dan panasnya
debu gunung berapi
begitulah hitam dan panasnya
lidahmu yang akan terbakar nanti
sehingga mengeluarkan asap
hingga ke ubun kepala
dek kepanasan dosa
yang terpaksa kau telan jua

Tika nafsu mula merasukmu
bayangkan kau sedang di seksa
di dalam telaga yang membara
kedengaran suara esak tangis meraung
panas, panas, panas
tegakah engkau hadapi semua ini?
mampukah kau hadapi semua ini?

wahai putera dan puteri ku tersayang
ingatlah,
semua itu adalah kebenaran
dari itu, ingatlah
sebelum terlambat

bahawa janji Allah itu benar
jauhilah larangan - Nya
patuhilah suruhan - Nya
InsyaAllah, di sana sedang menanti
nikmatnya syurgawi
InsyaAllah.

Yes. It has been almost a month. I have to learn a lot -  Time management-priority-trust-respect-skills-self confidence-honesty-hope-acceptance-good listener-appreciation.

I have to learn to manage my time well. Allah gives me 24 hours a day. Everyday. Everyday in a week. Everyday in a month. Everyday in a year. I must manage my time well. It's must. I must use 24 hours, given to me well. In 24 hours, I must use that for Him which is I'm still trying to do that, I must have my time with my families & friends, I must study-do the homework-tuition, I need to arrange the suitable time for meeting which is not interrupt my & everyone class and time for myself. I must manage the time. I must control the time because I don't want to be the one who in loss for not manage the time well.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

 وَالْعَصْرِ.  إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْر. إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful. By (the Token of) Time (through the ages), Verily Man is in loss, Except such as have Faith, and do righteous deeds, and (join together) in the mutual teaching of Truth, and of Patience and Constancy. [surah al Asr. 1-3]

I have to learn to know, which one is important. Which one needs to be settled first. It's priority.

المهم على مهم 

I have to learn to appreciate people's trust. Plus, I need to trust myself. Give myself a chance to prove it. 

I need to learn to respect the others. Give all them the same chance to share. Treat them well. Respect all.

I must learn the skills. Skills to be fair to all and more. I need to consult the counselor always. 

I must gain my self confidence. I'm just wondering sometimes, "how they can believe that I can do it?, how can they trust me that I can? " Friends, I need your help. It's ours. We must do it together. Yes. Let's make this year as the best year for us. Us.

I must learn to be honest. Be honest to Him, all my friends and my self. Be honest.

I realized that all of my friends put really high hopes on me. They want to make this year as the best year for us. The best for us. Yes, I want it too. Friends, let's do it together. We're sharing the same dreams. Let us make it as a reality. =)

I must learn to accept. It's acceptance. Accept the difference. Because, the fact is, although we're all different, but we're just the same. For that reason, I start to learn to accept.

I need to be a good listener. A good listener must always be ready to listen. Plus, a good listener must be able to listen carefully. Pay attention to the people who are talking to us.

I must learn to appreciate. For a month that I've already practiced, I always say to them "Thank You". I thank them for their cooperation. They're great. They're easy to cooperate. Friends, thank you for always supported me. Thank you Allah for them - my reliable and trusted friends.

من لايشكر الناس, لا يشكر الله 

Narrated the hadith from the hadith of Muhammad bin Ziad, Abu Huraira (r.a) said: The Prophet Rasulullah (s.a.w) said: 

"who is not grateful to a man (then) he is not grateful to Allah"

I asked myself. Why?

p/s: Dear myself, please. Find that answer for that question. Please. It's important. Really. Important!

Ketahuilah wahai diri. Coretan ini buat kamu. Untuk kamu yang amat dirindui.

Aku amat merindui kamu yang dahulu. Sangat ♥.

Ke mana perginya kamu yang dahulu?

Ke mana perginya kamu yang dahulu?

Ke mana?

Mengapa sekarang kamu tinggalkan aku?

Mengapa? ='(

Aku ingin kamu tahu bahawa,

♥ Aku amat merindui kamu yang dahulunya taat kepada - Nya.

♥ Aku amat merindui kamu yang dahulunya sentiasa patuh pada kedua Ibu Bapa.

♥ Aku amat merindui kamu yang dahulunya pelajar yang baik.

♥ Aku amat merindui kamu yang dahulunya kawan yang baik kepada rakannya yang lain.

♥ Aku amat merindui kamu yang dahulunya kakak yang baik untuk adik - adiknya. Yang selalu disebut - sebut sebagai contoh kepada adik - adiknya yang lain.

♥ Aku amat merindui kamu yang dahulunya sukakan & cintakan ilmu. Yang tidak pernah berputus asa untuk menuntut ilmu. Yang sentiasa berusaha bersungguh - sungguh untuk memahami sesuatu ilmu yang baharu.

♥ Aku amat merindui kamu yang dahulunya selalu menjaga adab, akhlak & tatasusila.

♥ Aku amat merindui kamu yang dahulunya selalu mendalami ilmu Agama.

♥ Aku amat merindui kamu yang dahulunya tidak mudah mengalah.

♥ Aku amat merindui kamu yang dahulunya tidak mudah dipengaruhi oleh persekitaran.

♥ Aku amat merindui kamu yang dahulunya mudah untuk menerima teguran.

♥ Aku amat merindui kamu yang dahulunya tidak suka membiarkan masanya terbuang begitu sahaja.
Membiarkan masa yang berlalu itu menjadi sia - sia.

♥ Aku amat - amat merindui kamu yang dahulunya amat sukakan perubahan yang baik. Dan sentiasa berusaha melaksanakan perubahan. Menghapus sifat mazmumah yang bersarang dalam diri.

Lihat?

Aku amat - amat merindui hanya yang baik fasal kamu.

Ya,

Amat merindui  hanya yang baik fasal kamu.

Kamu tahu, kamu yang amat di rindui sekarang makin jauh meninggalkan aku.
Kamu yang sekarang ini amat berbeza sekali dengan kamu yang dahulu.
Jauh berbeza.

Kini, Ku ingin mengorak langkah untuk mendapatkan kamu yang dahulu. Kamu yang aku kenali dahulu.
Hanya yang baik - baik fasal kamu.
Juga Ku Ingin mengorak langkah untuk mendapatkan kamu yang lebih baik.

Mungkin hari ini permulaannya.
Ya, hari ini.
Jangan sia - siakan masa yang ada ini.
Ayuh, bangkitlah.
Sedarlah dari tidur yang lena.
Sedarlah dari mimpi & khayalan yang mengasyikkan.
Sedar.
Bangkit.

Mungkin sukar pada permulaannya.
Tetapi bukankanh Allah menegaskan bahawa "selepas kesusahan pasti ada kesenangan"

Aku ingin dakap kamu yang lebih baik daripada dahulu. Erat - erat.
Tidak mahu lagi mengabaikan & melepaskan kamu pergi sekali lagi.
Cukuplah sekali.
Cukup!
 ♥

Jazakillah Khairan Jaza' & thanks to Cik Arkitek. Gambar ni dari blog dia.

Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Nya. Masih lagi diberikan peluang untuk terus bernafas hari ini. Ya, aku masih lagi bernafas walaupun masih lagi terus - terusan melakukan dosa, Astaghfirullah.

Alhamdulillah, saya dipilih oleh Dia untuk menyertai program tersebut. Dia menggerakkan & menetapkan hati saya untuk menyertai program ini. Menghadapi konflik sama ada ingin turut serta atau menarik diri. Namun itulah takdirnya. Kita merancang dan Allah juga merancang. Tentunya perancangan - Nya lebih sempurna.

15 Nov 2011.

Ustaz Ikmal Azizi Abdullah mengisi slot ceramahnya. Seorang muallaf yang sudah 6 tahun memeluk agama Islam. Perkongsian bersama saat - saat dia mendapat hidayah daripada Allah. Juga teguran buat kami. Mendengar ceramahnya membuatkan aku terpana. Banyak sangat yang perlu kau ubah. Banyak.

"Sesungguhnya aku seorang yang hina, tapi Allah muliakan aku dengan iman & taqwa"
- Bilal bin Rabah -

16 Nov 2011

Hari kedua diisi dengan tiga slot ceramah. Menariknya, ketiga - tiga slot ceramah hari ini menekankan tentang Islam & solat. Solat - satu - satunya ibadah yang Nabi dapat perintah secara terus daripada Allah. Pentingnya solat kan? Penting sangat. Sangat.

- Sesiapa yang mendirikan solat, dia orang yang mendirikan agama
- Sesiapa yang meninggalkan solat, dia meruntuhkan agamanya sendiri. Seolah - olah ada rasa memperlekehkan Allah.
- Solat, amalan yang pertama di hisab. Sempurna solat, sempurnalah amalan yang lainnya.

Ingat ini, tidak ada orang yang meninggalkan solat, mati dalam keadaan yang baik.

Ila mardhatillah, Insha Allah ! =)

Rasanya tidak perlulah saya ulas dengan lebih panjang lagi. Cukuplah !
Lihatlah dengan mata hati. Kalian akan faham.
Malah lebih faham daripada apa yang saya fahami.

p/s: hanya untuk pengajaran & peringatan buat diri serta kalian...

Ya Allah,
Pintaku,
Bantulah aku,
Hamba Mu yang lemah ini,
Yang tiada daya upaya,
Melainkan dengan bantuan Mu jua,
Untukku sentiasa beristiqamah,
Istiqamah menjauhkan diriku daripada perkara - perkara yang menghampiri zina.
Bantulah hambamu yang lemah ini,
Ya Allah.....

Pada awalnya, saya ingin berkongsi tentang program yang telah diadakan di sekolah. Namun, tergendala disebabkan saya merasakan ada yang lebih penting & lebih patut untuk dicoret dan dikongsi bersama pada malam ini.

Terima kasih diucapkan kepada pengirim e - mel ini. Membaca e - mel tersebut membuatkan saya terdiam sejenak. Memikirkan, "aku tergolong dalam kumpulan yang mana?". "Layakkah aku untuk menyambut hari kemenangan yang bakal tiba ini?"

Namun itu hanya sebahagiannya sahaja. Untuk artikel penuh, klik pada link berikut.

Untuk peringatan diri yang lemah ini jua......
Moga Bermanfaat ! =)

Sekadar ingin berkongsi pengajaran yang bermakna buat saya daripada hasil tontonan rancangan Halaqah Sentuhan Qalbu tadi.

.....& jika dia mendekatkan kepada Ku sejengkal, aku akan mendekatkan kepadanya sehasta & jika dia mendekat kepada Ku sehasta, Aku mendekat kepadanya satu depa, & jika dia mendatangi Ku berjln, Aku mendatanginya dengan berlari "
(H.R Bukhari, Muslim, Tirmidzi & Ibnu Majjah)

Allah dekat dengan kita.... lebih dekat dari urat yg ada di leher kita.... betapa sayangnya Allah pada hamba Nya

I've read something inspire me today. Yes, it's truly amazing ! Inspiring. Really inspiring. I need something to inspire me. To make myself to feel better, strong and to make me to remember Him always :)

It is from my little brother's camp module (not so little actually. He is15 now. Although he is getting mature, but he is always my little brother) :] He had to go to school today for a prefect camp. Pity him. haha =)

Whatever it is, this is the article that inspire me a lot, Alhamdulilah! =)

Persoalan Hidup Seorang Manusia,
KENAPA?

  • Kenapa aku diuji?
" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan, 'kami telah beriman', sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang - orang sebelum mereka, Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang - orang yang benar dan mengetahui orang - orang yang dusta " [Al - Ankabut : 2 - 3]

  • Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam - idamkan?
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui " [Al - Baqarah : 216]

  • Kenapa susah sangat ujian ini?
" Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya " [Al - Baqarah : 286]

  • Rasa frust? Tension? Lemah semangat?
" Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang - orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang - orang yang beriman " [Al - Imran :139]

  • Bagaimana aku harus menghadapinya?
" Wahai orang - orang yang beriman ! Bersabarlah kamu (menghadapi pelbagai kesukaran dalam mengerjakan perkara - perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah - daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kejayaan) " [Al Imran : 200]

" Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang - orang yang khusyuk "
[ Al Baqarah : 45]

  • Apa yang aku dapat daripada semua ini?
" sesungguhnya Allah telah membeli dari orang - orang mukmin, diri, harta mereka denagn memberikan syurga untuk mereka " [At Taubah : 111]

  • Kepada siapa aku berharap?
" Cukuplah Allah bagiku, tidak ada tuhan selain dari Nya. Hanya kepada Nya aku bertawakal " [ At Taubah : 129]

  • ARGHHH Aku tak tahan!!! Aku dah bosan!!
" Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir " [Yusuf : 12]

&
Sekiranya Allah MENGUJI kita,

Ini bermakna Allah sayangkan kita
Dia mahukan kita supaya lebih hampir kepada Nya
Berushalah dan berdoalah kepada Nya supaya dibukakan pintu rezeki agar dapat kita menempuh perjalanan kehidupan yang sementara ini.
Jangan jadikan kesempitan ini untuk bertindak di luar batasan.
Ketahuilah, Allah hanya menurunkan 1/10 nikmat di dunia, jangam sampai 1 nikmat ini, kita kehilangan yang lagi 9 di 'sana'.
Yang pastinya Allah mengurniakan limpahan nikmat kepada kita.
Bagaimanakah kita menggunakannya?
selidikilah diri KITA.

Okay, that's all for today. Hope my posts brings a lots of benefit to all of us, InshaAllah =)

Untuk berubah menjadi insan yang lebih baik memerlukan kekuatan. Ya, kau perlu kuat untuk menempuh onak dan duri sepanjang usaha merubah diri menjadi insan kamil yang lebih baik daripada sebelumnya. Kita terlalu mudah untuk melakukan dosa berbanding sebaliknya. Untuk melakukan keburukan itu seperti air yang menuruni bukit & untuk melakukan kebaikan itu seperti air yang menaiki bukit. Bayangkanlah bagaimana air terjun yang dunia ramai sudah sedia maklum turun mencurah - curah ke bumi, berlakunya sebaliknya? Tentunya untuk itu, ia memerlukan Satu "tenaga" untuk membuatkan ia menaiki bukit. (hanyalah perumpamaannya)

Setelah itu, kau juga perlu istiqamah. Ya, ISTIQAMAH ! :) Berterusan melakukan sesuatu. Kau perlu teruskan usaha untuk merubah diri menjadi insan kamil yang lebih baik. Mulakan secara perlahan lahan kerana ianya lebih baik daripada melakukan perubahan secara mendadak, kemudian tersungkur kerana tidak mampu melakukannya. Mulakan dengan perlahan lahan. Terus istiqamah dan setelah telah berjaya melakukannya secara konsisten, mulakan perubahan daripada aspek yang lain pula.

BERDOA. Doa senjata mukmin. Tiada doa yang sia - sia. Kerana, Allah akan memperkenankan doanya di dunia, sekiranya bukan di dunia ini, di akhirat kelak. Percayalah dan yakinlah bahawa Allah sentiasa memperkenankan doa hambaNya.

" Wahai tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati kami untuk mentaati perintah Mu. Ya Allah, aku bermohon kepada Mu kurniakanlah kekuatan & ketabahan hati agar dapat menempuh ujianMu, juga agar aku dapat beristiqamah dengan perubahan yang sedang ku lakukan ini."

- USAHA - ISTIQAMAH - DOA - TAWAKKAL -
=)

Merupakan ingatan buat diri yang lemah ini serta semua yang membaca. =)
semoga kita semua mendapat keredaanNya.

Don't :-

-> Don't you easily give up !

-> Don't easily make yourself fall in Love with BOYS because it doesn't have any benefit. Plus, your right time has not come yet.

-> Do not talk while the teacher are teaching.

-> Don't be over confident and don't you feel ever feel that you can't do it because everyone has the same chances.

-> Don't be afraid.

-> Don't be sad when you are not deserve to get something. [Kita selalu dapat apa yang kita perlukan. Tak semua yang kita mahukan, kita akan dapat. Sebab, kita dah dapat lebih daripada apa yang kita inginkan. Bersyukurlah ! ] =)

Do :-

:) Remember HIM always.

:) Pay attention while the teacher are teaching.

:) Listen to others advises.

:) Do your own revision. [ sampai bila nak harapkan guru semata - mata tanpa adanya usaha daripada diri sendiri?]

:) Please take care of yourself and others too.

:) Do think before you act.

:) Please respect others.

:) Accept others advises because it will helps you to change yourself.

:) Increase your effort.

Lain kali, cikgu bagi homework terus buat !
Jangan tangguh tangguh...
Tengok sekarang ni, kerja berlambak lambak kat meja tuh !...
Padan muka kau, siapa suruh x siapkan homework....
Dah tahu kerja melambak2 lg kat meja tu, pergilah buat !
Ini tidak, menghadap " muka buku " jer kerjanya..
Sampai bila2 pun kerja tu x kan siap !...

Kesian Diyana....

Sudah2, jangan layan sangat rasa malas tu, tutup " muka buku " tu, sambung buat kerja sekolah....

kamu tak nak kena marah dengan cikgu kan?..
Nanti, kalau kena marah, kamu juga yang sakit hati nanti...
Kamu juga yang geram dengan cikgu nanti...
Kamu juga yang benci dengan subjek tuh...
&...
KAMU JUGA YANG RUGI...
Kamu tak nak jadi orang yang rugi kan?...

Bukankah, sebelum ni kamu juga yang nak jadi PELAJAR yang sentiasa BERUNTUNG?...
Bukankah sebelum ini kamu juga yang nak jadi PELAJAR yang sentiasa KEHADAPAN?...
Bukankah sebelum ini kamu juga yang nak jadi PELAJAR yang SENTIASA MENYELESAIKAN TUGASAN DENGAN BAIK DAN SEMPURNA?
Bukankah sebelum ini kamu juga yang nak jadi PELAJAR yang senantiasa TAAT PADA PERINTAH ALLAH, TAAT KEPADA KEDUA IBU BAPA & PATUH PADA GURU?

Kamu dah lupa pada AZAM tahun baru kamu?
Apa yang dah jadi dengan azam baru kamu?
KANU NAK AZAM KAMU TU BERKUBUR BEGITU SAHAJA???
aaahhh..., sia - sia saja kamu memperbaharui azam kamu, kalau begitulah kesudahannya.....

Kamu dah lupa dengan janji - janji yang kamu sendiri lafazkan kepada diri kamu yang kamu akan sentiasa berusaha menjadi yang terbaik dalam semua aspek?
Adakah kamu ingin menyesal tika kamu telah memungkiri janji tersebut?
ahhh......... masa tu nak menyesal pun sudah tiada gunanya lagi...
DAH TERLAMBAT..." NASI SUDAH PUN MENJADI BUBUR & BUBUR SEKALI KALI TAKKAN MENJADI NASI SEMULA"...

JADI,
Sementara kamu mempunyai kesempatan untuk berubah.....,
Sementara kamu mempunyai kehidupan di muka bumi ini....,
Sementara kamu masih lagi bernafas....,
Sementara kamu masih lagi dipinjamkan nikmat NYA....,
BERSYUKURLAH !
DAN...
BERUBAHLAH,
MENJADI SESEORANG YANG LEBIH BAIK !

Kau boleh lakukannya, Diyana !!!...=)

Look into yourself.... Please give yourself a chance... Please believe in yourself... Look what has happened to your life... Look what have you done to yourself... LOOK... LOOK... & LOOK with your heart.. OPEN YOUR EYES, HEARTS, AND MINDS... What is left is left... what is done is done... what is past is past... You can't NEVER turn back the time... So after this, I don't want to say. "I wish I could turn back the time again".. as that sentence is not exist in my life.. It's not worth it.. Life has to go on... You must carry on your life..:) If you did mistake in your past life, you still have the time to correct it... YOU STILL HAVE THE TIME... YOU STILL.. Don't despair... Don't you ever lose hope... Allah is always be with all his servant... Use the remaining time to correct your mistakes... use it to improve yourself... use it to make yourself better than before... Ask for HIS help and guidance...Insha Allah, He'll help you...

p/s : I should do this way in order to make myself better...So much mistakes and sins I have done before...:'(

The end of my stories...

والسلام عليكم و الى اللقاء....

Menikmati pemandangan indah di tepi pantai sungguh mengasyikkkan buatku. Kesempatan yang ada padaku kini, untuk menikmatinya tidak akan ku sia - siakan begitu sahaja. Memandang kearah lautan yang luas begitu menyenangkan buatku. Sungguh, aku sangat gembira. Aku dapat merasakan satu ketenangan yang sungguh luar biasa.

Ada suatu ketika, sedang ku asyik menikmati pemandangan tersebut, terlintas di fikiranku sebuah hadis Rasulullah SAW;

"Adapun umatku paling ramai pada suatu zaman, mereka itu hanyalah seperti buih - buih di lautan"

Aku tersentak pabila teringatkan hadis tersebut. Apabila aku melihat akan buih - buih di pantai tersebut, terlintas lagi sebuah pertanyaan yang menuntut kekuatan untukku jawab dengan sejujur - jujurnya dan dengan seikhlas - ikhlas hati, " Adakah aku juga telah menjadi buih - buih di lautan?".... "Adakah aku masih lagi menjadi buih - buih di lautan?"...Astaghfirullah...Alangkah ruginya aku!....Hampir saja aku menitiskan airmata menyesali segala perbuatanku selama ini...Pada ketika itu juga, aku berazam, Aku tidak ingin lagi menjadi buih - buih di lautan. Lihat sahajalah buih - buih tersebut, bergerak mengikut pergerakan ombak di lautan dan kemudiannya, apabila di hempas ombak, hilang begitu sahaja....Sia - sia sahaja sekiranya aku terus menjadi buih - buih di lautan...Tidak ada gunanya sekiranya aku terus - terusan menjadi buih di lautan...Tiada gunanya..

" Ya Allah, ampunkanlah aku, hambaMu yang lemah ini atas segala dosa- dosa silam ku...Ya Allah, kurniakanlah hambaMu ini kekuatan untuk terus merubah diri kearah kebaikan... Ya Allah, permudahkanlah urusanku...Ya Allah, sesungguhnya, hambaMu ini tidak lagi ingin menjadi buih - buih di lautan...- Amin -

Saturday, February 23, 2013

Merenung ke dalam diri...

Sunday, March 11, 2012

Tirai Kehidupan

Monday, January 23, 2012

A Month As A President.

Sunday, January 22, 2012

To Myself.

I asked myself. Why?

p/s: Dear myself, please. Find that answer for that question. Please. It's important. Really. Important!

Monday, December 12, 2011

Rindu Kamu. Sangat ♥

Ketahuilah wahai diri. Coretan ini buat kamu. Untuk kamu yang amat dirindui.

Aku amat merindui kamu yang dahulu. Sangat ♥.

Ke mana perginya kamu yang dahulu?

Ke mana perginya kamu yang dahulu?

Ke mana?

Mengapa sekarang kamu tinggalkan aku?

Mengapa? ='(

Aku ingin kamu tahu bahawa,

♥ Aku amat merindui kamu yang dahulunya taat kepada - Nya.

♥ Aku amat merindui kamu yang dahulunya sentiasa patuh pada kedua Ibu Bapa.

♥ Aku amat merindui kamu yang dahulunya pelajar yang baik.

♥ Aku amat merindui kamu yang dahulunya kawan yang baik kepada rakannya yang lain.

♥ Aku amat merindui kamu yang dahulunya kakak yang baik untuk adik - adiknya. Yang selalu disebut - sebut sebagai contoh kepada adik - adiknya yang lain.

♥ Aku amat merindui kamu yang dahulunya sukakan & cintakan ilmu. Yang tidak pernah berputus asa untuk menuntut ilmu. Yang sentiasa berusaha bersungguh - sungguh untuk memahami sesuatu ilmu yang baharu.

♥ Aku amat merindui kamu yang dahulunya selalu menjaga adab, akhlak & tatasusila.

♥ Aku amat merindui kamu yang dahulunya selalu mendalami ilmu Agama.

♥ Aku amat merindui kamu yang dahulunya tidak mudah mengalah.

♥ Aku amat merindui kamu yang dahulunya tidak mudah dipengaruhi oleh persekitaran.

♥ Aku amat merindui kamu yang dahulunya mudah untuk menerima teguran.

♥ Aku amat merindui kamu yang dahulunya tidak suka membiarkan masanya terbuang begitu sahaja.
Membiarkan masa yang berlalu itu menjadi sia - sia.

♥ Aku amat - amat merindui kamu yang dahulunya amat sukakan perubahan yang baik. Dan sentiasa berusaha melaksanakan perubahan. Menghapus sifat mazmumah yang bersarang dalam diri.

Lihat?

Aku amat - amat merindui hanya yang baik fasal kamu.

Ya,

Amat merindui  hanya yang baik fasal kamu.

Kamu tahu, kamu yang amat di rindui sekarang makin jauh meninggalkan aku.
Kamu yang sekarang ini amat berbeza sekali dengan kamu yang dahulu.
Jauh berbeza.

Kini, Ku ingin mengorak langkah untuk mendapatkan kamu yang dahulu. Kamu yang aku kenali dahulu.
Hanya yang baik - baik fasal kamu.
Juga Ku Ingin mengorak langkah untuk mendapatkan kamu yang lebih baik.

Mungkin hari ini permulaannya.
Ya, hari ini.
Jangan sia - siakan masa yang ada ini.
Ayuh, bangkitlah.
Sedarlah dari tidur yang lena.
Sedarlah dari mimpi & khayalan yang mengasyikkan.
Sedar.
Bangkit.

Mungkin sukar pada permulaannya.
Tetapi bukankanh Allah menegaskan bahawa "selepas kesusahan pasti ada kesenangan"

Aku ingin dakap kamu yang lebih baik daripada dahulu. Erat - erat.
Tidak mahu lagi mengabaikan & melepaskan kamu pergi sekali lagi.
Cukuplah sekali.
Cukup!
 ♥

Jazakillah Khairan Jaza' & thanks to Cik Arkitek. Gambar ni dari blog dia.

Thursday, November 17, 2011

Program Sahsiah Imtiyaz.

Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Nya. Masih lagi diberikan peluang untuk terus bernafas hari ini. Ya, aku masih lagi bernafas walaupun masih lagi terus - terusan melakukan dosa, Astaghfirullah.

Alhamdulillah, saya dipilih oleh Dia untuk menyertai program tersebut. Dia menggerakkan & menetapkan hati saya untuk menyertai program ini. Menghadapi konflik sama ada ingin turut serta atau menarik diri. Namun itulah takdirnya. Kita merancang dan Allah juga merancang. Tentunya perancangan - Nya lebih sempurna.

15 Nov 2011.

Ustaz Ikmal Azizi Abdullah mengisi slot ceramahnya. Seorang muallaf yang sudah 6 tahun memeluk agama Islam. Perkongsian bersama saat - saat dia mendapat hidayah daripada Allah. Juga teguran buat kami. Mendengar ceramahnya membuatkan aku terpana. Banyak sangat yang perlu kau ubah. Banyak.

"Sesungguhnya aku seorang yang hina, tapi Allah muliakan aku dengan iman & taqwa"
- Bilal bin Rabah -

16 Nov 2011

Hari kedua diisi dengan tiga slot ceramah. Menariknya, ketiga - tiga slot ceramah hari ini menekankan tentang Islam & solat. Solat - satu - satunya ibadah yang Nabi dapat perintah secara terus daripada Allah. Pentingnya solat kan? Penting sangat. Sangat.

- Sesiapa yang mendirikan solat, dia orang yang mendirikan agama
- Sesiapa yang meninggalkan solat, dia meruntuhkan agamanya sendiri. Seolah - olah ada rasa memperlekehkan Allah.
- Solat, amalan yang pertama di hisab. Sempurna solat, sempurnalah amalan yang lainnya.

Ingat ini, tidak ada orang yang meninggalkan solat, mati dalam keadaan yang baik.

Ila mardhatillah, Insha Allah ! =)

Sunday, September 11, 2011

Peringatan Buat Diriku yang Leka & Alpa

Rasanya tidak perlulah saya ulas dengan lebih panjang lagi. Cukuplah !
Lihatlah dengan mata hati. Kalian akan faham.
Malah lebih faham daripada apa yang saya fahami.

p/s: hanya untuk pengajaran & peringatan buat diri serta kalian...

Ya Allah, Bantulah HambaMu yang Lemah Ini...

Ya Allah,
Pintaku,
Bantulah aku,
Hamba Mu yang lemah ini,
Yang tiada daya upaya,
Melainkan dengan bantuan Mu jua,
Untukku sentiasa beristiqamah,
Istiqamah menjauhkan diriku daripada perkara - perkara yang menghampiri zina.
Bantulah hambamu yang lemah ini,
Ya Allah.....

Sunday, August 28, 2011

AIDILFITRI, Bukan KAMU Yang Punya.

Pada awalnya, saya ingin berkongsi tentang program yang telah diadakan di sekolah. Namun, tergendala disebabkan saya merasakan ada yang lebih penting & lebih patut untuk dicoret dan dikongsi bersama pada malam ini.

Terima kasih diucapkan kepada pengirim e - mel ini. Membaca e - mel tersebut membuatkan saya terdiam sejenak. Memikirkan, "aku tergolong dalam kumpulan yang mana?". "Layakkah aku untuk menyambut hari kemenangan yang bakal tiba ini?"

Namun itu hanya sebahagiannya sahaja. Untuk artikel penuh, klik pada link berikut.

Untuk peringatan diri yang lemah ini jua......
Moga Bermanfaat ! =)

Tuesday, August 16, 2011

Allah Sentiasa Dekat Dengan Kita

Sekadar ingin berkongsi pengajaran yang bermakna buat saya daripada hasil tontonan rancangan Halaqah Sentuhan Qalbu tadi.

.....& jika dia mendekatkan kepada Ku sejengkal, aku akan mendekatkan kepadanya sehasta & jika dia mendekat kepada Ku sehasta, Aku mendekat kepadanya satu depa, & jika dia mendatangi Ku berjln, Aku mendatanginya dengan berlari "
(H.R Bukhari, Muslim, Tirmidzi & Ibnu Majjah)

Allah dekat dengan kita.... lebih dekat dari urat yg ada di leher kita.... betapa sayangnya Allah pada hamba Nya

Saturday, July 16, 2011

Kenapa?

I've read something inspire me today. Yes, it's truly amazing ! Inspiring. Really inspiring. I need something to inspire me. To make myself to feel better, strong and to make me to remember Him always :)

It is from my little brother's camp module (not so little actually. He is15 now. Although he is getting mature, but he is always my little brother) :] He had to go to school today for a prefect camp. Pity him. haha =)

Whatever it is, this is the article that inspire me a lot, Alhamdulilah! =)

Persoalan Hidup Seorang Manusia,
KENAPA?

  • Kenapa aku diuji?
" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan, 'kami telah beriman', sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang - orang sebelum mereka, Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang - orang yang benar dan mengetahui orang - orang yang dusta " [Al - Ankabut : 2 - 3]

  • Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam - idamkan?
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui " [Al - Baqarah : 216]

  • Kenapa susah sangat ujian ini?
" Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya " [Al - Baqarah : 286]

  • Rasa frust? Tension? Lemah semangat?
" Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang - orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang - orang yang beriman " [Al - Imran :139]

  • Bagaimana aku harus menghadapinya?
" Wahai orang - orang yang beriman ! Bersabarlah kamu (menghadapi pelbagai kesukaran dalam mengerjakan perkara - perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah - daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kejayaan) " [Al Imran : 200]

" Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang - orang yang khusyuk "
[ Al Baqarah : 45]

  • Apa yang aku dapat daripada semua ini?
" sesungguhnya Allah telah membeli dari orang - orang mukmin, diri, harta mereka denagn memberikan syurga untuk mereka " [At Taubah : 111]

  • Kepada siapa aku berharap?
" Cukuplah Allah bagiku, tidak ada tuhan selain dari Nya. Hanya kepada Nya aku bertawakal " [ At Taubah : 129]

  • ARGHHH Aku tak tahan!!! Aku dah bosan!!
" Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir " [Yusuf : 12]

&
Sekiranya Allah MENGUJI kita,

Ini bermakna Allah sayangkan kita
Dia mahukan kita supaya lebih hampir kepada Nya
Berushalah dan berdoalah kepada Nya supaya dibukakan pintu rezeki agar dapat kita menempuh perjalanan kehidupan yang sementara ini.
Jangan jadikan kesempitan ini untuk bertindak di luar batasan.
Ketahuilah, Allah hanya menurunkan 1/10 nikmat di dunia, jangam sampai 1 nikmat ini, kita kehilangan yang lagi 9 di 'sana'.
Yang pastinya Allah mengurniakan limpahan nikmat kepada kita.
Bagaimanakah kita menggunakannya?
selidikilah diri KITA.

Okay, that's all for today. Hope my posts brings a lots of benefit to all of us, InshaAllah =)

Friday, July 15, 2011

Istiqamah =)

Untuk berubah menjadi insan yang lebih baik memerlukan kekuatan. Ya, kau perlu kuat untuk menempuh onak dan duri sepanjang usaha merubah diri menjadi insan kamil yang lebih baik daripada sebelumnya. Kita terlalu mudah untuk melakukan dosa berbanding sebaliknya. Untuk melakukan keburukan itu seperti air yang menuruni bukit & untuk melakukan kebaikan itu seperti air yang menaiki bukit. Bayangkanlah bagaimana air terjun yang dunia ramai sudah sedia maklum turun mencurah - curah ke bumi, berlakunya sebaliknya? Tentunya untuk itu, ia memerlukan Satu "tenaga" untuk membuatkan ia menaiki bukit. (hanyalah perumpamaannya)

Setelah itu, kau juga perlu istiqamah. Ya, ISTIQAMAH ! :) Berterusan melakukan sesuatu. Kau perlu teruskan usaha untuk merubah diri menjadi insan kamil yang lebih baik. Mulakan secara perlahan lahan kerana ianya lebih baik daripada melakukan perubahan secara mendadak, kemudian tersungkur kerana tidak mampu melakukannya. Mulakan dengan perlahan lahan. Terus istiqamah dan setelah telah berjaya melakukannya secara konsisten, mulakan perubahan daripada aspek yang lain pula.

BERDOA. Doa senjata mukmin. Tiada doa yang sia - sia. Kerana, Allah akan memperkenankan doanya di dunia, sekiranya bukan di dunia ini, di akhirat kelak. Percayalah dan yakinlah bahawa Allah sentiasa memperkenankan doa hambaNya.

" Wahai tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati kami untuk mentaati perintah Mu. Ya Allah, aku bermohon kepada Mu kurniakanlah kekuatan & ketabahan hati agar dapat menempuh ujianMu, juga agar aku dapat beristiqamah dengan perubahan yang sedang ku lakukan ini."

- USAHA - ISTIQAMAH - DOA - TAWAKKAL -
=)

Merupakan ingatan buat diri yang lemah ini serta semua yang membaca. =)
semoga kita semua mendapat keredaanNya.

Friday, March 25, 2011

Today's Lessons...[3]

Don't :-

-> Don't you easily give up !

-> Don't easily make yourself fall in Love with BOYS because it doesn't have any benefit. Plus, your right time has not come yet.

-> Do not talk while the teacher are teaching.

-> Don't be over confident and don't you feel ever feel that you can't do it because everyone has the same chances.

-> Don't be afraid.

-> Don't be sad when you are not deserve to get something. [Kita selalu dapat apa yang kita perlukan. Tak semua yang kita mahukan, kita akan dapat. Sebab, kita dah dapat lebih daripada apa yang kita inginkan. Bersyukurlah ! ] =)

Do :-

:) Remember HIM always.

:) Pay attention while the teacher are teaching.

:) Listen to others advises.

:) Do your own revision. [ sampai bila nak harapkan guru semata - mata tanpa adanya usaha daripada diri sendiri?]

:) Please take care of yourself and others too.

:) Do think before you act.

:) Please respect others.

:) Accept others advises because it will helps you to change yourself.

:) Increase your effort.

Saturday, February 26, 2011

Homeworks !....

Lain kali, cikgu bagi homework terus buat !
Jangan tangguh tangguh...
Tengok sekarang ni, kerja berlambak lambak kat meja tuh !...
Padan muka kau, siapa suruh x siapkan homework....
Dah tahu kerja melambak2 lg kat meja tu, pergilah buat !
Ini tidak, menghadap " muka buku " jer kerjanya..
Sampai bila2 pun kerja tu x kan siap !...

Kesian Diyana....

Sudah2, jangan layan sangat rasa malas tu, tutup " muka buku " tu, sambung buat kerja sekolah....

kamu tak nak kena marah dengan cikgu kan?..
Nanti, kalau kena marah, kamu juga yang sakit hati nanti...
Kamu juga yang geram dengan cikgu nanti...
Kamu juga yang benci dengan subjek tuh...
&...
KAMU JUGA YANG RUGI...
Kamu tak nak jadi orang yang rugi kan?...

Bukankah, sebelum ni kamu juga yang nak jadi PELAJAR yang sentiasa BERUNTUNG?...
Bukankah sebelum ini kamu juga yang nak jadi PELAJAR yang sentiasa KEHADAPAN?...
Bukankah sebelum ini kamu juga yang nak jadi PELAJAR yang SENTIASA MENYELESAIKAN TUGASAN DENGAN BAIK DAN SEMPURNA?
Bukankah sebelum ini kamu juga yang nak jadi PELAJAR yang senantiasa TAAT PADA PERINTAH ALLAH, TAAT KEPADA KEDUA IBU BAPA & PATUH PADA GURU?

Kamu dah lupa pada AZAM tahun baru kamu?
Apa yang dah jadi dengan azam baru kamu?
KANU NAK AZAM KAMU TU BERKUBUR BEGITU SAHAJA???
aaahhh..., sia - sia saja kamu memperbaharui azam kamu, kalau begitulah kesudahannya.....

Kamu dah lupa dengan janji - janji yang kamu sendiri lafazkan kepada diri kamu yang kamu akan sentiasa berusaha menjadi yang terbaik dalam semua aspek?
Adakah kamu ingin menyesal tika kamu telah memungkiri janji tersebut?
ahhh......... masa tu nak menyesal pun sudah tiada gunanya lagi...
DAH TERLAMBAT..." NASI SUDAH PUN MENJADI BUBUR & BUBUR SEKALI KALI TAKKAN MENJADI NASI SEMULA"...

JADI,
Sementara kamu mempunyai kesempatan untuk berubah.....,
Sementara kamu mempunyai kehidupan di muka bumi ini....,
Sementara kamu masih lagi bernafas....,
Sementara kamu masih lagi dipinjamkan nikmat NYA....,
BERSYUKURLAH !
DAN...
BERUBAHLAH,
MENJADI SESEORANG YANG LEBIH BAIK !

Kau boleh lakukannya, Diyana !!!...=)

Wednesday, February 9, 2011

Look Into YOURSELF...........^__^

Look into yourself.... Please give yourself a chance... Please believe in yourself... Look what has happened to your life... Look what have you done to yourself... LOOK... LOOK... & LOOK with your heart.. OPEN YOUR EYES, HEARTS, AND MINDS... What is left is left... what is done is done... what is past is past... You can't NEVER turn back the time... So after this, I don't want to say. "I wish I could turn back the time again".. as that sentence is not exist in my life.. It's not worth it.. Life has to go on... You must carry on your life..:) If you did mistake in your past life, you still have the time to correct it... YOU STILL HAVE THE TIME... YOU STILL.. Don't despair... Don't you ever lose hope... Allah is always be with all his servant... Use the remaining time to correct your mistakes... use it to improve yourself... use it to make yourself better than before... Ask for HIS help and guidance...Insha Allah, He'll help you...

p/s : I should do this way in order to make myself better...So much mistakes and sins I have done before...:'(

The end of my stories...

والسلام عليكم و الى اللقاء....

Friday, December 17, 2010

Adakah Aku Juga Buih - Buih di Lautan?

Menikmati pemandangan indah di tepi pantai sungguh mengasyikkkan buatku. Kesempatan yang ada padaku kini, untuk menikmatinya tidak akan ku sia - siakan begitu sahaja. Memandang kearah lautan yang luas begitu menyenangkan buatku. Sungguh, aku sangat gembira. Aku dapat merasakan satu ketenangan yang sungguh luar biasa.

Ada suatu ketika, sedang ku asyik menikmati pemandangan tersebut, terlintas di fikiranku sebuah hadis Rasulullah SAW;

"Adapun umatku paling ramai pada suatu zaman, mereka itu hanyalah seperti buih - buih di lautan"

Aku tersentak pabila teringatkan hadis tersebut. Apabila aku melihat akan buih - buih di pantai tersebut, terlintas lagi sebuah pertanyaan yang menuntut kekuatan untukku jawab dengan sejujur - jujurnya dan dengan seikhlas - ikhlas hati, " Adakah aku juga telah menjadi buih - buih di lautan?".... "Adakah aku masih lagi menjadi buih - buih di lautan?"...Astaghfirullah...Alangkah ruginya aku!....Hampir saja aku menitiskan airmata menyesali segala perbuatanku selama ini...Pada ketika itu juga, aku berazam, Aku tidak ingin lagi menjadi buih - buih di lautan. Lihat sahajalah buih - buih tersebut, bergerak mengikut pergerakan ombak di lautan dan kemudiannya, apabila di hempas ombak, hilang begitu sahaja....Sia - sia sahaja sekiranya aku terus menjadi buih - buih di lautan...Tidak ada gunanya sekiranya aku terus - terusan menjadi buih di lautan...Tiada gunanya..

" Ya Allah, ampunkanlah aku, hambaMu yang lemah ini atas segala dosa- dosa silam ku...Ya Allah, kurniakanlah hambaMu ini kekuatan untuk terus merubah diri kearah kebaikan... Ya Allah, permudahkanlah urusanku...Ya Allah, sesungguhnya, hambaMu ini tidak lagi ingin menjadi buih - buih di lautan...- Amin -

♥ Aim

Aku ingin menjadi seorang Mukmin Profesional yang memiliki High Touch & High Tech untukku menyepadukan antara kehidupan di Dunia dan Akhirat. :)

♥ Status

Can I push my self harder ? leisure time should not be wasted just only for the social network. Goodbye all. I need to be focus. My passion towards books, never ends :)

♥ Greetings :'D

♥ Self Reminder

Allah adalah KEKUATAN. Untuk mencari kekuatan, carilah Allah.
Optimislah ! :')

♥ Blog Post

♥ Friendships :')

♥ Friendships :')
Diyana & Jehaada

Fathin, Ashikin, Yam & Diyana

Fourlks Of Charisma ♥

♥ Compliments

Proudly Posted By Nurdiyana Mohd Rohaizad ♥. Powered by Blogger.