Menikmati pemandangan indah di tepi pantai sungguh mengasyikkkan buatku. Kesempatan yang ada padaku kini, untuk menikmatinya tidak akan ku sia - siakan begitu sahaja. Memandang kearah lautan yang luas begitu menyenangkan buatku. Sungguh, aku sangat gembira. Aku dapat merasakan satu ketenangan yang sungguh luar biasa.
Ada suatu ketika, sedang ku asyik menikmati pemandangan tersebut, terlintas di fikiranku sebuah hadis Rasulullah SAW;
"Adapun umatku paling ramai pada suatu zaman, mereka itu hanyalah seperti buih - buih di lautan"
Aku tersentak pabila teringatkan hadis tersebut. Apabila aku melihat akan buih - buih di pantai tersebut, terlintas lagi sebuah pertanyaan yang menuntut kekuatan untukku jawab dengan sejujur - jujurnya dan dengan seikhlas - ikhlas hati, " Adakah aku juga telah menjadi buih - buih di lautan?".... "Adakah aku masih lagi menjadi buih - buih di lautan?"...Astaghfirullah...Alangkah ruginya aku!....Hampir saja aku menitiskan airmata menyesali segala perbuatanku selama ini...Pada ketika itu juga, aku berazam, Aku tidak ingin lagi menjadi buih - buih di lautan. Lihat sahajalah buih - buih tersebut, bergerak mengikut pergerakan ombak di lautan dan kemudiannya, apabila di hempas ombak, hilang begitu sahaja....Sia - sia sahaja sekiranya aku terus menjadi buih - buih di lautan...Tidak ada gunanya sekiranya aku terus - terusan menjadi buih di lautan...Tiada gunanya..
" Ya Allah, ampunkanlah aku, hambaMu yang lemah ini atas segala dosa- dosa silam ku...Ya Allah, kurniakanlah hambaMu ini kekuatan untuk terus merubah diri kearah kebaikan... Ya Allah, permudahkanlah urusanku...Ya Allah, sesungguhnya, hambaMu ini tidak lagi ingin menjadi buih - buih di lautan...- Amin -


0 comments:
Post a Comment