There Are Reasons Behind It..=)

" Kadang - Kadang manusia mudah putus asa akan rahmat Allah sebelum melakukan sesuatu, kadang - kadang manusia terlalu mahukan yang terbaik tanpa berusaha yang terbaik, kadang - kadang manusia jahil dalam ilmunya tanpa berusaha memperbaikinya, Ingatlah keberkatan dalam hidup ini perlukan HIJRAH ke arah yang MAKRUF. " =]

"Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang memuji anda, tetapi orang yg dapat menunjukkan kesalahan anda. Kasihilah musuh anda kerana ia telah menyebutkan kesalahan anda. Lazimnya pujian itu menjauhkan dirimu dari kebenaran. Salah satu hal yg mesti engkau mohon pada Allah ialah dijauhkan dari perasaan sudah sempurna, kerana pada saat dirimu telah merasa sempurna, disitulah sebenarnya kekurangannya.."

KURSUS KEJURULATIHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA [PRS] GEMILANG,
DAERAH HULU LANGAT 2011,
KEM IDAMAN NURANI, SG LEPOH,
HULU LANGAT,
25 JULAI - 27 JULAI 2011
ISNIN - RABU

Seramai 4 orang wakil dari SMK Saujana Impian telah terpilih menyertai kursus ini. Sebanyak 31 buah sekolah sekitar Hulu Langat menyertainya. Alhamdulillah, syukur kerana saya dan tiga rakan sejawatan yang lain, Farhana, Nizar & Falihin, telah terpilih untuk menyertai kursus ini. Pada awalnya, saya sedikit keberatan untuk menyertainya kerana memikirkan hari Ahad itu baru sahaja pulang dari UKM menghadiri Persidangan Kebangsaan Pelajar Islam & tempat kursus tersebut merupakan tempat yang sama Kem PRS sekolah diadakan. Tetapi, terselit juga rasa ingin menyertainya. Pada ketika itu, saya telah menelefon mama, bertanyakan pendapatnya serta menyatakan keinginan untuk menyertainya. Alhamdulillah, Mama mengizinkan saya untuk menyertainya. Terima kasih juga diucapkan kepada Kaunselor, Kak Chik [Pn Rohana] & Abi [En Zahir] kerana telah memberi peluang kepada kami untuk menyertai kursus ini.

HARI PERTAMA,
=> ISNIN, 25 JULAI 2011. =D

Kami berempat bertolak ke Kem Idaman Nurani pada jam 12.30 tgh hari. Sebelum bertolak, saya sempat menyerahkan modul & buku SPS Chemistry kepada Ilham serta bertemu dengan rakan - rakan sekelas. Dalam perjalanan kami ke Kem Idaman Nurani bersama Cikgu Farihah, kami berbual - bual tentang perancangan masa hadapan kami. Cikgu banyak menceritakan tentang pengalamannya dan sebab dia memilih untuk menjadi kaunselor sekolah. Salah seorang rakan saya, Nizar mengatakan bahawa dia lebih berminat untuk menceburi bidang kulinari. Ada juga cikgu Farihah bertanyakan tentang beg ABIM yang saya bawa bersama ketika itu. Beg itu saya perolehi ketika menghadiri Persidangan Kebangsaan Pelajar Islam yang diadakan di UKM pada hari Sabtu & Ahad yang lepas [23 Julai - 24 Julai 2011]

Setibanya kami di Kem Idaman Nurani, kami dikehendaki untuk mendaftar, solat zohor serta menyiapkan keperluan untuk aktiviti seterusnya. Selepas solat zohor, saya & Farhana mengambil keputusan untuk terus duduk menanti arahan seterusnya di dewan serbaguna tersebut. Sedang kami seronok berbual - bual, Farhana bertemu dengan rakan lamanya. Saya dapat rasakan gembiranya Farhana bertemu dengan rakan lamanya, Fadzilah & Fadhilah. Dan untuk saya pula, mereka berdua merupakan orang yang mula - mula saya kenali di Kem ini.

Selepas solat Asar, Kursus diteruskan dengan slot "Pecah Bendungan". It's sounds weird, haha. "Ice breaking lah !". Banyak yang kami pelajari dalam slot ini. Aktiviti yang kami jalankan sepanjang slot ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan persahabatan antara ahli PRS dan menyingkirkan rasa malu yang berlebihan. Pada saya, aktiviti tersebut telah berjaya membuatkan saya lebih friendly & peramah dengan rakan - rakan yang baru serta menyingkirkan rasa malu pada perkara yang tidak sepatutnya.

"Di sini, di sini, kita berkumpul,
Di sini di sini kita berkumpul,
Salam, Salam, Salam, Salam, Salam,
Hoi, "

" Here we are, here we are,
Here we are again,
Here we are, here we are,
Here we are again,
Hello, Hello, Hello, Hello, Hello,
Hoi, "

" Cai celi, Cai celi Woh Men Cai Celi,
Cai celi, Cai celi Woh Men Cai Celi,
How Ma, How Ma, How Ma, How Ma, How Ma,
Hoi, "

" Enggeye, Enggeye, Engli porengeh,
Enggeye, Enggeye, Engli porengeh,
Vanikam, Vanikam, Vanikam, Vanikam, Vanikam,
Hoi, "

" Nengkene, Nengkene Ketemu Mering,
Nengkene, Nengkene Ketemu Mering,
Kabare, Kabare, Kabare, Kabare, Kabare,
Hoi. "

" Awak pegang saya punya,
Saya pegang awak punya,
Kita sama - sama pegang,
Pegang TANGANNYA. "

* yg kat atas ni lagu2 yg kami nyanyikan masa slot. Seronok ! =) *

Selepas itu, pemilihan Tok Batin & Nek Batin diadakan. Teh Chee Hong telah dipilih sebagai Tok Batin. Dia yang mencadangkan dirinya sendiri dan menang TANPA bertanding sebab tidak ada orang yang nak cabar beliau. Untuk jawatan Nek Batin pula, ada seorang calon yang saya tidak pasti dari sekolah mana. Rakannya yang mencadangkan dia. Pada ketika itu, Abi, selaku Kem Komandan kami bertanyakan sama ada untuk terus memilih beliau tanpa undian atau secara undian. Ramai yang bersetuju untuk pilih beliau tanpa undian. Saya yang tidak bersetuju ketika itu berbisik kepada rakan sebelah untuk cabar calon tersebut. Rakan tersebut pula memulangkan paku buah kerasnya kepada saya. Dia pula yang minta saya untuk cabar calon tersebut. Tanpa berlengah & berfikir panjang, saya terus mengangkat tangan. Abi bertanya kepada saya " awak nak cabar dia? " Saya hanya mengangguk dan terus kehadapan. Seingat saya ada tiga orang calon Nek Batin ketika itu. Tujuan saya ketika itu hanyalah untuk melatih sifat & mengasah bakat kepimpinan saya. Bukan untuk mendapatkan gelaran semata - mata. Setelah memperkenalkan diri masing - masing & undian dijalankan, Alhamdulillah Allah memahami hasrat saya. =)

Saya dilantik menjadi Nek Batin. =)

Pada sebelah malam, selepas solat maghrib, bacaan Yasin, Solat hajat & Solat Isyak, aktiviti kami diteruskan lagi dengan sesi Taaruf. Selepas itu, kami diperingatkan oleh Tuan Mahadzir tentang Khalifah dalam slotnya KHALIFAH BUMI (WORLD CALIPHS). Banyak yang di perolehi pada malam itu. Antaranya,

"kita semua adalah khalifah di muka bumi ini. Allah tidak menciptakan manusia kecuali hanya untuk beribadah kepada Nya. Allah tidak menciptakan kita secara sia - sia. Sebagai khalifah, kita ditugaskan untuk memakmurkan bumi Allah ini. "

"Sebagai khalifah, apa yang telah engkau lakukan untuk memakmurkan bumi Allah ini? "

"Sedarlah, kau tiada masa lagi untuk main - main."

" Banyak yang perlu engkau lakukan. "

Selepas minum malam, aktiviti di teruskan lagi dengan night walk. Berjalan meredah hutan dalam kegelapan malam. Pada ketika itu, hanya ketua kumpulan yang dibenarkan untuk memegang lampu suluh. Bayangkanlah betapa gelapnya hutan & sejuknya air sungai ketika itu. Kami bagai orang buta malam itu. Mengingatkan kami supaya menggunakan nikmat pancaindera yang dikurniakan Allah dengan sebaik - baiknya. Subhanallah, nyamannya udara ketika itu. =) Alhamdulillah.

HARI KEDUA,
=> SELASA, 26 JULAI 2011 =)

Selepas senaman & sarapan pagi, aktiviti kami dimulakan dengan ceramah bersama Tuan Rosli. Dalam ceramah ini, kami didedahkan dengan KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING. Berikut adalah antara kemahiran asas kaunseling yang kami pelajari;

* KEMAHIRAN JIWA.

- Bersedia.
Kaunselor / PRS perlu bersedia untuk mendengar. Juga tidak terganggu dengan emosi sendiri. Jika masa itu merupakan masa klien untuk meluahkan masalah tidak sesuai dengan masa kita, (kita belum cukup bersedia) cuba tolak dengan baik dan menangguhkan sesi pada waktu yang sesuai.

- Ikhlas
Kita perlu ikhlas. Ikhlas disini ialah melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan daripada orang yang dibantu. Juga hanya untuk mengharapkan redha Allah. Kita perlu ikhlas menerima klien tanpa meletakkan sebarang syarat.

- Tidak Berperasangka
Kita tidak seharusnya meletakkan persepsi terhadap klien. Juga tidak patut & tidak layak untuk menghakimi klien. Tolak tepi dan buang jauh - jauh tanggapan negatif terhadap klien.

- Empati
Kemahiran tertinggi seorang kaunselor / PRS. Empati ialah memahami dan merasai dengan mendalam apa yang dirasai oleh klien. Secara mudahnya, kita meletakkan diri kita dalam situasi klien. Kita merasai apa yang dirasai oleh klien.

* KEMAHIRAN KOMUNIKASI

- Eye Contact.
Adanya hubungan pandangan dengan klien. Pandangan tersebut perlulah dilakukan dengan ikhlas. Namun, jika klien kita itu berlawanan jenis, elakkan daripada terlalu lama memandang matanya. Perlu juga kita alihkan pandangan mata sekali sekala.

- Dorongan Minima.
Perbuatan yang mengiyakan seperti mengangguk - anggukkan kepala & apa sahaja perbuatan yang menunjukkan rasa berminat untuk mendengar masalah klien. Perlu untuk menggalakkan klien untuk terus menceritakan masalahnya.

- Soalan Tertutup.
Soalan yang ringkas untuk jawapan yang pendek. Contoh,

"Siapa nama awak?"
"Diyana"

Perlu untuk dapatkan kepastian & maklumat.

- Soalan Terbuka.
Perlu untuk menggalakkan klien terus berkongsi. Juga untuk mendapatkan penjelasan yang lebih luas dan panjang.

- Parafarsa.
Ulang apa yang klien kongsi dengan perkataan sendiri. Bertujuan untuk memudahkan seseorang mengingat masalah klien. Hanya cukup dengan mengulang isi - isi penting sahaja. Kesannya, membuatkan klien rasa difahami.

- Rumusan.
Rumuskan apa yang telah diperkatakan oleh klien.

Pada sebelah tengah harinya pula, aktiviti jungle trekking diadakan. Seronok! Pengalaman yang saya dapat sepanjang jungle trekking ialah Jangan mudah berputus asa. Hadapilah segala cabaran dan halangan dengan tabah. Pengalaman yang paling berharga pada saya ialah, menunaikan solat zohor dalam hutan. Hanya beralaskan daun sebaai tempat sujud. Subhanallah!

" Layakkah engkau mempunyai rasa sombong, riya' & bongkak sedangkan engaku hanyalah hambanya yang telah diciptakan oleh Nya dan akan kembali kepada Nya jua? "

Pada sebelah petang, ada aktiviti Ultimate challenge. Sungguh mencabar & menyeronokkan. Ada 7 halangan yang perlu dilalui semuanya. Salah satu halangan yang sangat mencabar untuk saya ialah berenang melepasi halangan. Agak risau ketika itu. Namun, Alhamdulillah kami berjaya melepasi halangan tersebut. * Alhamdulillah, syukur saya masih bernafas =D

Pada sebelah malamnya pula, aktiviti kami diteruskan lagi dengan forum bertajuk REMAJA: REALITI, CABARAN DAN HARAPAN. Forum ini seronok! Forum ini dikendalikan oleh beberapa orang PRS lelaki. Lebih membincangkan tentang remaja masa kini.

Selepas solat Isyak, aktiviti kami diteruskan lagi dengan Ceramah undangan, KOMUNIKASI BERKESAN oleh TUAN SHAMSUL BAHRAIN. Selepas tamatnya forum, saya dipanggil oleh Tuan Rosli dan beliau memberi tugas yang agak mencabar bagi saya malam itu. Saya ditugaskan untuk menjadi PENGACARA MAJLIS. Saya hanya menerimanya walaupun bergelut dengan rasa gementar ketika itu. Sebelum memulakan majlis, saya berjumpa dengan Tuan Rosli mengatakan bahawa "ini merupakan kali pertama saya ditugaskan menjadi Pengacara majlis. Saya mohon ampun & maaf sekiranya apa yang Tuan Rosli harapkan tidak menjadi seperti apa yang Tuan harapkan." Tuan Rosli hanya meminta saya untuk bertenang dan memberikan kata - kata semangat kepada saya ketika itu. Saya ingat lagi kata - kata beliau ketika itu,

" yakinlah yang kamu boleh melakukannya, InsyaAllah, boleh. Allah bantu."

Selepas itu juga, Abi juga sempat memberikan kata - kata semangatnya buat saya. Katanya,

"awak lakukan yang terbaik. sehabis mungkin. InsyaAllah, boleh. Allah bantu"

Saya memulakan ucapan saya dengan doa. Ya, mulut saya terkumat kamit membaca doa ketika itu. Seusai membaca doa, saya menarik nafas dalam - dalam dan membisikkan kepada diri yang saya boleh melakukannya. Seorang rakan saya yang duduk dihadapan ketika itu, yang mungkin memahami keadaan saya ketika itu, senyum dan menunjukkan 'thumbs up' nya kepada saya sebagai tanda sokongan.

Alhamdulillah, Ya Allah. Kau memahami hasratku Ya Allah. Walaupun ada kekurangan pada malam itu, namun ianya satu percubaan pertama yang baik untuk saya. *need to practice more*

Ada pengajaran yang amat bernilai yang saya perolehi pada malam itu. Antaranya, pentingnya kebergantungan kita, HambaNya dengan pencipta Kita, Allah. Sentiasalah mengharap kepada Allah juga sentiasalah kita mendekatkan diri & mentaati Allah.

Selesainya ceramah, slot MENJUNJUNG KASIH bersama Tuan Rosli pula menyusul. Secara jujurnya, slot ini merupakan slot yang banyak memberi kesan yang cukup mendalam kepadaku. Kami diperingatkan tentang AMANAH.

" Ibu adalah pemegang amanah yang cukup setia. Walaupun ibu kesakitan ketika mengandungkan kita, namun Ibu cukup tabah. Walaupun ibu merintih kesakitan ketika mengandungkan kita, Ibu tetap mengandungkan kita. Walaupun ibu hampir - hampir hilang nyawanya ketika melahirkan kita, Ibu tetap melahirkan kita. Kerana apa? Kerana, kita adalah amanahnya. Ingatlah bahawa Ibu adalah amanah buat kita. Jangan sesekali kau persia - siakan mereka, amanah yang dipertanggungjawabkan Allah ke atasmu. "

" Ada lagi amanah yang dipertanggungjawabkan keatasmu. Masih ingat lagi perjanjianmu dengan Allah? Ketahuilah, perjanjian itu bukanlah ditulis diatas lembaran kertas. Namun perjanjian itu telah terpahat kemas didalam hatimu. Apa yang telah engkau lakukan dengan perjanjian & amanah tersebut? Adakah kau telah melaksanakannya dengan baik? "

" Beratnya amanah Mu ini Ya Allah. Lebih berat daripada apa yang ada di bumi ini. Letakkan amanah tersebut di hati. Jalankanlah amanah tersebut dengan sebaik - baiknya. Selagi kita masih hidup, peganglah & jalankanlah amanah tersebut dengan sebaik yang mungkin. "

Ya Allah, beratnya amanahMu yang telah di pertanggungjawabkan ke atasku. Bantulah aku, melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan keatasku dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah. Allah ya Qawiy, bantulah aku melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas ku Ya Allah.

HARI TERAKHIR
=> RABU, 27 JULAI 2011.

Pagi ini, aktiviti dimulakan dengan senaman pagi oleh Tuan Zahir (gelaran untuk Abi ketika kursus). Selepas itu, kami semua diperuntukkan masa untuk sarapan pagi dan mengemas barang - barang kami. Terasa sayu pada pagi itu kerana kami akan berpisah setelah 3 hari berkampung di Kem Idaman Nurani. Pada jam 9.30 pagi, aktiviti diteruskan dengan slot RUMUSAN dalam kumpulan. Dalam slot ini, kami semua merumuskan apa yang kami perolehi sepanjang mengikuti kursus ini.

Setelah tamatnya slot rumusan & sementara menanti ketibaan Tetamu kehormat untuk majlis penutup, kami mengambil kesempatan ini untuk merakamkan detik - detik indah kami bersama. =) *rindu kalian*

Bersama ahli kumpulan, cikgu Azri (fasilitator kumpulan kami), Tuan Zahir, Tuan Rosli & 2 org Fasilitator yg saya lupa namanya. *hehe, maaf2*

Bergambar di hadapan scoreboard bersama rakan - rakan.

Petai !!! =)

Selepas ucapan tetamu kehormat, acara diteruskan dengan acara penyampaian hadiah. Alhamdulillah, kumpulan kami memenangi hadiah kumpulan terbaik dan ketua kumpulan kami di angkat sebagai Peserta Perempuan Terbaik. =)

Seusai pembahagian hadiah bersama rakan - rakan, kami semua turun ke dewan makan untuk makan tengah hari seterusnya bersiap - siap untuk pulang. Sedih & sayu masa ini. Tidak mengapalah. "Setiap pertemuan ada perpisahan & Seandainya ini pertemuan kita yang terakhir, moga syurga menjadi tempat pertemuan kita seterusnya "

Kursus ini banyak mengajar saya untuk lebih menghargai sesuatu. Banyak lagi sebenarnya. Tetapi itulah pengajaran yang paling bermakna buat saya. Alhamdulillah. =D

*semua gambar di atas di rakam pada hari terakhir Kursus.*
- credits to Pei Yee. Thanks Pei Yee for the such memorable and awesome pics ! -

0 comments:

Post a Comment

Friday, July 29, 2011

Kursus Kejurulatihan PRS Daerah =)

No comments:

Post a Comment

♥ Aim

Aku ingin menjadi seorang Mukmin Profesional yang memiliki High Touch & High Tech untukku menyepadukan antara kehidupan di Dunia dan Akhirat. :)

♥ Status

Can I push my self harder ? leisure time should not be wasted just only for the social network. Goodbye all. I need to be focus. My passion towards books, never ends :)

♥ Greetings :'D

♥ Self Reminder

Allah adalah KEKUATAN. Untuk mencari kekuatan, carilah Allah.
Optimislah ! :')

♥ Blog Post

♥ Friendships :')

♥ Friendships :')
Diyana & Jehaada

Fathin, Ashikin, Yam & Diyana

Fourlks Of Charisma ♥

♥ Compliments

Proudly Posted By Nurdiyana Mohd Rohaizad ♥. Powered by Blogger.