Usrah hari ini menyeronokkan. mana ada usrah yang tak best kan? haha =) Ya, setiap apa yang dibincangkan tadi masa usrah tepat mengena diriku.
Kami membincangkan tentang " dugaan " Setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Ya! saya tahu itu. Saya percaya itu. Saya pegang kuat - kuat kata - kata itu. Namun apa yang merunsingkan saya ketika itu adalah
"Perlukah kita mencari apakah hikmah di sebalik kejadian itu?"
Soalan itu saya ajukan kepada Ustzh Anida. Kata Ustzh, kita perlu. Tapi, bukan menyoalkan dan mengapa perkara ini terjadi kepada kita. Bukan juga menidakkan mengapa kita yang di uji. Siapalah kita untuk mempersoalkan, menidakkan itu semua. Kenapa? Kerana apa?
KERANA,
Kita, Kita, Kita HANYALAH hamba Allah yang kerdil.
Kita mencari hikmah tersebut agar ianya dapat memberi manfaat kepada diri sendiri & orang lain. Kita juga mencari hikmah di sebalik dugaan, peristiwa dan apa sahaja yang berlaku ke atas diri kita menjadi amanah kepada kita untuk berkongsi dengan yang lain. Allah juga tidak akan menjadikan sesuatu secara sia - sia. Setiap kejadian yang Allah ciptakan ada manfaatnya. Allah tidak menjadikan kita secara sia - sia. Setiap apa yang Allah jadikan di atas muka bumi ini ada sebabnya. Begitulah juga dengan apa yang berlaku ke atas kita. Pasti ada sebab dan musababnya.
Setiap KESUSAHAN merupakan ujian dan setiap KESENANGAN juga merupakan ujian. Yang penting, positifkan diri ketika di uji. Katakan pada diri bahawa " Alhamdulillah, aku beruntung kerana aku di uji oleh Mu, Ya Allah. " Allah uji kita kerana dia sayangkan kita. Macam kita sendiri, mesti kita nak tahu sama ada orang yang kita sayang sayangkan kita atau tidak. Sedalam mana rasa sayangnya terhadap kita. Begitu jualah Allah. Dia uji tanda Dia sayang.
Be positive when you're tested by Allah. Think positive. Act positively. Kita perlu memohon kepada Allah. Tapi, jangan sekali - kali kita mendesak Allah untuk memperkenankan setiap permohonan kita. Kerana Allah mempunyai caranya yang tersendiri untuk mengurniakan sesuatu kepada Hamba Nya.
Dengan adanya ujian, kita akan jadi lebih kuat untuk menghadapi dugaan hidup. Kita juga akan jadi lebih tabah, yakin dalam apa jua situasi. Ujian merupakan sesuatu yang pahit untuk di telan. Namun kita perlu menghadapiya. Tetapi, sepahit mana pun ujian, ada keistimewaannya. Ia mampu menjadikan kita lebih kuat. Umpama kita terpaksa menelan, makan ubat yang pahit ketika sakit. Walaupun kita tahu, ubat itu pahit, kita tetap menelannya dengan sabar dengan harapan kita akan cepat sembuh. Akhirnya kita sihat kembali kan?
Kita tidak boleh lari daripada ujian. Hadapilah ia dengan SABAR. Oleh itu BERSABARLAH !
Moga - moga dengan ujian tersebut mampu membuatkan semakin bertambah rasa kasih & sayang kita kepada Allah. - Amin-


0 comments:
Post a Comment