Now, I want to take a break after doing add maths and bahasa arab... (huh, baru buat sikit, dah nak rehat.) It's okay, I'll continue doing both subjects after this.
Hari ni, semua dah kembali bersekolah seperti biasa selepas seminggu bercuti. hmm...pelbagai reaksi..ada yang tak mahu bersekolah kembali. katanya, cuti sekolah tak cukup lah...tak puas rehat.. ada juga yang tidak sabar - sabar untuk kembali ke sekolah.. Dah lama tak bersua dengan rakan - rakan.. Tak sabar nak amik markah ujian yang lepas.
Alamakkk...markah ujian ... tak nak amik boleh tak? huh, mengada - ngada! dah jawab, markah kau, ambil jelah. terima keputusan tu dengan redha. tak payah nak menangis - nangis segala. sia - sia jer air mata tu ! menangis air mata darah pun, keputusan tu takkan berubah. Yang perlu berubah, KAU ! Tingkatkan usaha. Rancang strategi belajar yang berkesan. Baiki kesalahan & kesilapan. Muhasabah diri.
Saya suka pada frasa "MUHASABAH DIRI". Apa yang dimaksudkan dengan muhasabah diri ni? Kita selalu dengar kan? Menurut fikiran sendiri & ilmu yang masih lagi tidak seberapa ni, saya merasakan muhasabah diri membawa maksud semak semula diri. cari kelemahan dan kekurangan diri. cari seberapa banyak kelemahan dan kesalahan yang telah dilakukan untuk diperbaiki. semak apa yang tidak kena dengan diri. cari apa yang tidak kena dengan rutin kamu seharian. kadang - kadang, perkara yang kecil & perkara yang kita pandang remeh dan leceh itulah yang banyak memberi kesan negatif kepada diri. semak semula niat kamu. cari juga apa yang tidak kena dengan hubungan kamu dengan Allah. Itu juga merupakan faktor utama.
As for today, we got our English, Biology, Sejarah, Physics and Bahasa Arab marks. ada yang lulus, ada yang cukup - cukup makan. ada yang markahnya betul - betul atas pagar. ada juga yang gagal. Itu pun masih lagi dijadikan gurauan....'E'xcellent katanya..ada jugak yang kata,
"tak perlah.., kan baru first time ujian.. form 4 mana sama dengan PMR dulu..kita tak biasa dengan bentuk soalannya..so, takpalah..."
Saya akui bahawa saya tidak merasakan ujian kali pertama ini adalah seperti ujian yang sebenar - benarnya ujian. Saya juga akui saya juga tergolong dengan orang - orang berikut. Namun, penyesalan tak sudah - sudah pula menghantui diri. "alamakk.., ruginya aku..menyesal betul tak buat ulangkaji sungguh - sungguh masa tu. macamnana reaksi mak ayah nanti?" huh, sesal yang tiada gunanya lagi...Nasi sudah pun dimasak jadi bubur dan bubur pula sekali - sekali takkan boleh jadi nasi kembali. (bubur pun sedap dimakan, kan? hahaha..gurau - gurau).
Saya agak tersentak semasa proses muhasabah diri yang telah dilakukan oleh Ustazah Anida, sebelum dia menyerahkan kertas Bahasa Arab kami semua petang tadi. Banyak daripada apa yang diperkatakannya mengena tepat ke diriku. Banyak sangat... Antaranya, jangan lepaskan kekecewaan dan kemarahan kamu pada Bahasa Arab. Ini bahasa Al - Quran. Bahasa yang dicipta oleh pencipta kita semua. Kamu kena bersyukur kerana kamu semua terpilih dan diberi peluang untuk mempelajari dan memahaminya. Tolong ambil serius. Tolong jangan main - main. Muhasabah diri. - Syukran Ustazah ! =)
Saya akui, memang sejak kebelakangan ini saya merasakan apa yang saya usahakan dan bakal usahakan tak akan membuahkan hasil. segigih mana pun saya berusaha, saya tetap akan mendapat hasil yang sama. semangat juang saya untuk terus meneruskan perjuangan dalam pelajaran seolah - olah hilang. Adakalanya juga saya merasakan ada sesuatu yang menghalang saya untuk terus...terus...dan terus berjuang.
Kini, masalah keyakinan pula menghantui... bolehkah aku??? benarkah yang aku boleh melakukannya? betulkah?.................
Ya Allah....bantulah hambaMu ini. Bukan saya tidak percaya atau meragui kekuasaanNya...bukan itu maksud saya...Namun, adakalanya hati dan fikiran ini mula memikirkan yang bukan - bukan...
"Diyana, kamu kena yakin yang kamu boleh buat ! semua orang diberikan peluang yang sama. Tidak mengapa sekiranya kamu pernah gagal sekali dalam mencipta kejayaan kerana kejayaan bermula dengan kegagalan. Yang penting kamu terus ber Doa, ber Usaha, Istiqamah & Tawakkal.. Letakkan harapan bulat - bulat kepada Allah. ! "
Itulah kata - kata yang selalu diucapkan untuk mengembalikan keyakinan dan kepercayaan kepada diri yang lemah ini...Saya juga berharap selepas ini saya boleh terus mengekalkan keyakinan tersebut dengan bantuanNya jua.........
End of my stories..,
السلام عليكم ورحمة الله وبراكاته


0 comments:
Post a Comment