huarhh... I came home from school late today. We had two interesting program today. In the morning, we had our BP MY SCIENCE with Cendekia. :) It's mostly about environment, oil, science and more. It is fun. The program has two session.
First session - talk session with the BP person in charged. I don't remember his name. It's okay lah... and we had quizzes to answer. :)
Second session - Game session. I'm so so sorry because I don't remember what's the name of that program.. It's quite interesting but tiring. :)
But, program ni habis lambat daripada masa yang telah di beritahu oleh cikgu Siti semalam. Cikgu kata habis dalam pukul 12.00. but terlajak pulak sampai pukul 1.25 tgh hari. Habis program, kami terus rehat. :')
We enjoyed the program... :')
Second Program in the evening... :')
PROGRAM PERKONGSIAN BERSAMA MEREKA YANG TELAH BERJAYA..[II] :')
Kali ini dengan seorang doktor pakar ENT, Prof Asma. Wajah prof Asma ada iras2 dengan muka ustzh Anida. Best sgt ! Peramah orangnya. Banyak yang aku dapat daripada ceramah prof Asma tadi. Rasa - rasanya, akulah org yg pertama jmpa Prof Asma.. [ haha, perasan jer !] sebab, sku sempat berjumpa ustzh & prof Asma sebelum program bermula.

Yang bertudung merah itu Ustazah Anida, guru Bahasa Arab kami & yang bertudung putih itulah Prof Asma. Muka mereka seiras kan? (:
Mula program, seperti biasalah Prof Asma mulakan dengan menerangkan steps to further studies in Medic. She explained about the Qualifications, academics, university and more. Then she talked about the steps to excellent in SPM. Antaranya ialah,
-> Jangan Tangguh Kerja :o
-> Sentiasa bantu sahabat [ jangan sesekali kedekut ilmu dengan rakan - rakan] :')
-> Hormat ibu bapa
-> Jangan sesekali tinggal solat.
-> Rajin buat LATIHAN [especially for ADD MATHS, PHYSICS, CHEMISTRY & MATHS. or subject yang kita rasa susah]
-> Sentiasa berdoa, tawakkal & sentiasa solat hajat. [boleh juga tambah dengan amalan sunat yang lain]
-> Istiqamah.
:)
Kemudian, Prof Asma ada juga memperkatakan tentang Tips Berjaya Dunia Akhirat. Firstly, kita mesti tahu apa tujuan kita hidup di muka bumi Allah ini. Tujuannya ialah untuk beribadah kepada Allah. Dalam Al - Quran sendiri Allah dah kata, "Tidak aku jadikan manusia selain daripada untuk beribadah kepada Ku."
Seterusnya, kita hendaklah tahu apa Tanggungjawab kita semua sebagai hamba Allah. Pada ketika inilah saya agak tersentak apabila Prof memanggil nama saya untuk menjawab soalannya. "Diyana, kan?" [ sblm program bermula, prof Asma sempat bertanyakan namaku... :') ]
" Ya,?", jawabku..
" Diyana, apa tanggungjawab kita sebagai hamba Allah? "
Pada ketika ini saya agak tersentak apabila ditanyakan soalan sebegitu. Bukan bermakna saya tidak tahu. Namun, kadang - kadang saya merasakan bahawa saya bukanlah orang yang layak untuk mengatakan perkara - perkara tersebut. Saya mengalih muka kepada sahabat sebelah saya sambil berkata, " Fathin, nak jawab apa ya? " dan ketika itu jugalah Ustzh Anida pandang ke arah saya sambil melemparkan senyumannya yang manis. Seperti orang telah mendapat kekuatan, dengan ilmu yang masih lagi tidak seberapa, saya menjawab soalan tersebut, " Untuk memakmurkan bumi Allah "... " Lagi Diyana?, prof bertanya lagi... Saya terus memberikan jawapan " Sebagai KHALIFAH "..
Kemudian, prof Asma meminta saya untuk menerangkan dan menghuraikan maksud KHALIFAH. Prof juga mengingatkan saya akan frasa "KHULAFA AR RASYIDIN". Saya telah memberikan jawapan " PEMIMPIN ". Seolah - olah setuju dengan maksud tersebut, Prof Asma menyambung maksud KHALIFAH yang tidak saya jawab dengan lengkap tadi.
" Khalifah ialah pemimpin. Orang yang pandai meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Banyak yang saya dapat daripada prof Asma hari ini. Apa yang diperkatakan juga tepat mengena kepada diri saya. :') Ianya sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada saya.
Satu kenangan manis yang saya akan ingat sampai bila - bila, Insya Allah, ialah minum petang bersama Ustzh Anida & Prof Asma selepas selesai program. Begini, 2 org sahabat, Ili & Nadiah, ke kantin untuk membeli sesuatu. Kebetulan juga Ustzh Anida & Prof Asma ada di sana dan terus mengajak Ili & Nadiah untuk minum petang bersama mereka. 2 sahabat tersebut kemudiannya mengajak saya untuk turut serta. Asalnya kami agak keberatan untuk menyertai mereka, tapi sungguh2 ustzh & prof mengajak kami bertiga turut serta. Kami pun turut serta.Kemudian ditambah pula dengan Fitrah & Aqilah Najwa. Masa minum petang itu, bnyk yg diperkatakan oleh prof betul - betul tepat mengena diriku. Ada juga prof kata tentang group USRAH. Lihatlah bagaimana nanti. Doakan agar ianya dapat diwujudkan. =) Setelah selesai, kami pun mengambil haluan masing2. Tiada kata yang lebih indah untuk ku ucapkan kepada Prof Asma ketika itu selain darpada perkataan "TERIMA KASIH"..Syukran jazilan. ! :')





0 comments:
Post a Comment