I'm home !... [sampai je rumah petang tadi, terus cari lappy. nak update blog] :)
Seronoknyaaaaaa.....:) I'm speechless, actually.
Usrah kami bermula pada petang tadi untuk kali pertamanya... Begini, selepas selesainya kelas Bahasa Arab tengah hari tadi, Ustzh membawa kami semua ke Surau Saujana untuk usrah. Kami bersetuju dengan cadangan beliau untuk jalankan usrah di luar kawasan sekolah. Ada juga beberapa rakan usrah yang tidak dapat menyertai usrah kali ini lantaran sibuk terlibat dengan pelbagai aktiviti sekolah. Good news, ahli usrah bertambah. Alhamdulillah... :)
" tak mengapa, kita mulakan dengan apa yang ada dahulu. harapnya kita juga akan terus ISTIQAMAH dengan usrah ini..." - Ustzh Anida. - =)
Saya dapat merasakan sesuatu yang memang " totally different " ketika melangkah masuk ke surau. I'm speechless ! Memang tak dapat diungkap dengan kata - kata masa itu. Selepas menunaikan solat Zohor berjemaah, usrah bermula.
Pada usrah kali ini, ustzh menerangkan tentang rukun usrah. Ustzh ada juga beri briefing tentang usrah. Maklumlah, kami semua masih hijau lagi tentang usrah ni. Seterusnya, ustzh membincangkan tentang rukun usrah. Ada 3 semuanya. Antaranya ialah :-
-> Taa'ruf - perkenalan. Nampak macam mudahkan? Perkenalan. Hanya perlu tanya siapanamanya dan itu pun kita dah consider " aku kenal dia ". Oh, silap. Taa'ruf bukan sahajahanya kenal pada nama. Tetapi, juga perlu kenal hati budi, tahu apa kegemarannya, apayang tidak disukainya, dan siapa yang sebenar - benarnya dia. :)
-> Tafahum - persefahaman. Ini pun penting juga. Persefahaman antara semua ahli usrah.Faham tentang apa yang dibincangkan semasa sesi usrah. Sekiranya sesuatu masalah tiimbul, kembalilah pada syariat. =)
-> Takaful - saling melengkapi antara satu sama lain. Hadis Nabi, " Bantulah sahabat kamu ketika dia menzalimi dan dizalimi ". sentiasa bantu rakan. Apabila sahabatmu terjatuh, tersungkur, bantulah, tolonglah dia untuk bangkit kembali. Apabila sahabatmu melakukan kesalahan, kesilapan, bantulah, tolonglah dia untuk memperbaikinya. :)
" Sahabat yang benar - benar baik ialah sahabat yang apabila kita memandangnya, mengingatkan kita siapa pencipta kita. "
Itulah serba sedikit perkongsian usrah pada hari ini.... =)
Insha Allah, saya akan terus berkongsi hasil dapatan saya daripada usrah yang dijalankan. :)
السلام عليكم و الى اللقاء
<3


Alhamdulillah, moga kita semua beroleh manfaat drpd usrah ini,dan menjadikan kita lebih dekat dengan Dia:) insyaAllah!:)
ReplyDeleteinsyaAllah...amin :)
ReplyDelete