Puisi Cinta Yang Hakiki
Kadangkala tertawa
Apabila melihat manusia mensempadankan cinta
Sebatas hubungan lelaki dan perempuan semata
Kerna tercemarnya pemikiran mereka
Sedang aku mencintaimu juga
Wahai sahabat sejenis yang selama ini bersama,
Sedang aku mencintai kalian juga
Wahai keluarga yang selama ini bersungguh menjaga,
Sedang aku mencintai kamu juga
Wahai berlawanan jenis yang selama ini berkenalan di atas dunia,
Sedang aku mencintai semua
Masyarakat yang wujud di alam fana,
Kerana
Cinta padaku adalah hendak membawa semua ke syurga
Menarik jauh dari neraka
Mustahil pencinta akan melemparkan apa yang dicintanya ke dalam api
Begitulah aku memahami cinta yang hakiki
Kadangkala bermuram durja
Kerana tidak ramai yang memahami perkara ini
Hilang di dalam pelukan jahiliyyah
Tidak wujud di dalam kehidupan manusia kini
~Hilal Asyraf~
1729
051011
Close My Eyes
Irbid,
Jordan
Kitab Cinta.

p/s : Saya mula menggemari hasil nukilan Hilal Asyraf. Mengenali beliau daripada seorang rakan FB yang selalu 'share' artikel, cerpen & hasil nukilan beliau di FB. Secara jujurnya, saya tak kenal pun siapa dia. Tak pernah tahu pun bahawa dia ni seorang penulis. Setelah membaca hasil nukilannya di laman web nya , Langitilahi.com & juga melalui fan pagenya Hilal Asyraf(Official) saya jadi tertarik dengan gaya penulisannya yang mengajak kita pulang kepada - Nya.=) Hari ini, Alhamdulillah, Allah telah mengizinkan saya untuk memiliki salah satu novel hasil karya Hilal Asyraf. SINERGI. - KEIMANAN ADALAH PAKSI - =)
TERIMA KASIH YA ALLAH. Moga pembacaan ku kali ini bermanfaat buatku, InsyaAllah =)
MOGA ALLAH REDHA, AMEEN.=)
MARI MENJADI HAMBA !

0 comments:
Post a Comment